Sunday, July 29, 2012

Bukan Salah Nur Suryani Si Ibu Mengandung, Gagal di Olimpik



Di kota sebesar London, ada harapan besar jugak diletakkan di bahu penembak tunggal negara siapa lagi kalau bukan si ibu mengandung, Nur Suryani Mohamed Taibi yang juga pemenang pingat emas Sukan Komanwel Delhi 2010 dan pingat gangsa di Sukan Asia Guangzhou 2010. Dia dijadual melahirkan anak sulung pertamanya pada 13 September ini. Apapun bukan salah ibu mengandung ini selepas dia gagal meneruskan saingan 10 meter air rifle di Lapang Sasar The Royal Artillerry Barracks semalam.

Dia gagal menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik ke pusingan akhir selepas melengkapkan rutin dengan 392 mata (98, 97, 99, 98) untuk menduduki tempat ke-34 daripada 59 penyertaan, jauh daripada apa yang diharapkan untuk menempatkan diri dalam kelompok 10 penembak terbaik dunia.

Apapun aku tabik juga dengan Pegawai TLDM ini yang kekal tenang sepanjang pertandingan walaupun adakalanya dia merasai pergerakan bayi (foetal movement) dalam kandungannnya.

3 comments:

Unknown said...

:( Takde rezeki buat dia kali ni. Tapi memang besar gila pengorbanan dia, bukan senang untuk ada disiplin yang tinggi time mengandung, sebab akan selalu ada perubahan pada hormone badan kan.

QasehnyaRania said...

ya betul itukan rezeki namanya...dia dahcuba yang terbaik utk diri dan negara ;D
follow sini...salam kenal
meh singgah sini

http://lobaksusue.blogspot.com/2012/07/peserta-masterchef-follow-qr.html

mama aini said...

ehem..respect kat dia..masih mampu utk mewakili malaysia keolimpik walaupun mengandung..hu2x..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...