Monday, July 30, 2012

Apabila Anak Berusia Setahun Turut Berbuka Puasa

Kashif juga 'berbuka'

Kebab Daging RM2.50

Sejak awal Ramadhan, Kashif seperti orang berpuasa juga. Agak kurang selera nak makan pada siang hari. Sebaliknya, ketika hendak berbuka puasa, dialah yang paling awal dah tunggu di meja makan.

Apabila masuk waktu berbuka, maka waktu tu lah baru dia mula berbunyi 'ek..ek..ek'.
Setiap kali itulah, dia minta disuap dan minta air. Biasanya ada 2-3 jenis air, semua air dia akan minum. Kalau lambat sikit suap nasik atau air, mulalah dia berbunyi 'ek..ek..ek'.

Lewat petang semalam kami ke bazar Ramadhan jam 7 petang. Pilihan utama kami petang tu ialah Kebab Daging. Yer lah, agak jemu meratah makanan ruji tiap kali berbuka. Sebagai pembasah tekak,
3 bungkus air menjadi pilihan iaitu air keladi, tembikai susu dan ABC...3 bungkus tu cuma RM2.00.


2 comments:

eLL said...

comelnya dia... hikhik

Kasih Salina said...

eLL, aha ha, kami ada sehari berbuka tanpa dia sebab tertidur, senyap sangat rasanya ..(tapi slot masa tu diganti ke waktu bersahur pulak..aduhhh)

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...