Saturday, July 21, 2012

Kepentingan Bersahur



BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fekah akan berkata: "Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja." Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.

Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).

Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud :

عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فَصْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السُّحُورِ
Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur
(Hadis riwayat An-Nasaie.)

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Bersahurlah, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air. Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh.

Dari Anas bin Malik R.A bahawa Zaid bin Thabit pernah berkata: "Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh) dan kadarnya (di antara sahur dan solat subuh) adalah menyamai bacaan 50 atau 60 ayat al-Quran. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Zaid ditanya : "Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?" Berkata Zaid: "Sekadar membaca 50 ayat al-Quran." (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir.

Di sebalik begitu pentingnya sahur, janganlah pula lupa yang sangat wajib ditunaikan, yakni SOLAT SUBUH. :)
 
Sumber: ILuvIslam
 
 

5 comments:

Azee Hana said...

tq,,,,,baru tau...sebab selalu saya memang malas nak bangun sahur..ni dah tau,,iallah bangun..=)

NzA said...

Selamat berpuasa...

Sejak kecil akak xleh langsung brsahur..kalau brsahur kesihatan akak akn trjejas sepjg hari..pernah dikejarkan ke hospital gara2 brsahur.....redha dgn ketentuan ni n syukur alhamdulillah akak mampu brpuasa sprti org lain....

Kayu Manis said...

alhamdulillah,anak2 senang utk bgn sahur..muhammad bru thn ni nak belajar berpuasa..5 thn.harap terbaik dr dia..

Kasih Salina said...

Ya, saya pun hampir2 terlepas waktu bersahur pagi tadi. Syukur Allah bagi peluang untuk merasai nikmat bersahur walaupun jangka masanya singkat...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

terima kasih kongsi info pasai sahur ni..
selamat menjalani ibadah puasa. :-)

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...