Beijing – Hujan lebat yang melanda Beijing dalam tempoh 60 tahun lalu telah mengorbankan 10 orang dengan kebanyakan mangsa maut akibat terkena panahan petir, dihanyutkan arus deras dan tanah runtuh.
Salah seorang mangsa, meninggal dunia selepas keretanya terperangkap di dalam air berhampiran bandar.
Hujan lebat juga mengakibatkan lebih 80,000 penumpang terkandas di lapangan terbang selepas 229 penerbangan tempatan dan 14 penerbangan antarabangsa terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan.
Dijangkakan lebih banyak penerbangan akan ditunda.
Cuaca buruk itu juga menyebabkan lapan kawasan terputus bekalan air dan elektrik.
Pada Ahad, pihak berkuasa memberi amaran ribut bakal melanda bahagian timur China dalam tempoh 24 jam.
Setakat ini, seramai 14,500 orang telah dipindahkan susulan jangkaan banjir bertambah buruk.
Tindakan itu terpaksa diambil selepas rumah mereka berada dalam keadaan bahaya dan berisiko tinggi dilanda tanah runtuh.
Dalam pada itu, seorang pelajar Britain, Tom Smith yang menetap di China memaklumkan, hujan yang mencurah itu umpama air terjun.
“Keadaan jadi merbahaya apabila lubang-lubang dilitupi air, hingga menyukarkan orang ramai mengenal pasti di mana lubang berkenaan,” katanya.
3 comments:
kite hujan sbb perubahan monsun kot..tp suka..tenang je x panas..
Tapi kat JB dah 2 hari ini panaslah. Kalau redup bagus juga buat bebudak yg puasa.
dasyat juga banjir kt sana...kiranya 6 dekad yg trburuk nie......
Post a Comment