Bulan puasa ni asyik duk cerita hal makanan jer, boleh jadi kurus juga puasa kalu lagu ni gak.. tapi nak buat macam mana, orang perempuan dalam fikiran tu sentiasa duk fikir menu untuk masak buka puasa nanti. Ketupat sotong ni merupakan makanan tradisional orang Terengganu jugak tu, masa kat kampung dulu-dulu sempat juga la aku belajar membuat ketupat sotong ni. Ketupat Sotong yang aku buat kali ni nampak macam gemuk jer, banyak sangat aku sumbat pulutnya. Tapi sedap la bila dimakan mengikut selera aku. Hubby plak first time dia makan, sebelum ni memang dia tak kenal dan tak tau pun ketupat sotong ni.. Nak buka puasa kemarin aku buat sikit jer, takut tak habis, membazir la plak kan..
Resepi Ketupat Sotong Terengganu Sedap
Sotong (ikut selera masing2 nak sotong kecik ke besar)
- buang kulit sotong yang lembut tu, jika tidak warna akan jadi merah
Beras pulut (agak2 la banyak mana sotong yang ada)
Santan pekat (untuk membuat kuah)
Santan cair (untuk rendam beras pulut)
Sedikit halba (rendam dgn air panas bagi naik bau)
awang merah (dimayang)
halia (dimayang)
Gula dan garam secukup rasa
Cara membuatnya:
- Baasuh beras pulut dulu, rendamkan beras pulut dengan santan cair lebih kurang 2 jam.
- Kemudian, masukkan beras pulut ke dalam sotong dan sematkan dengan lidi.
- Masukkan sotong ke dalam periuk, santan pekat dan masak di atas dapur dengan api sederhana.
- Masukkan bawang merah, halba, halia, garam dan gula.
- Sentiasa kacau supaya santan tak berketul.
- Masak lebih kurang 20-30 minit dan sedia untuk dihidang.
- Boleh makan dengan nasi putih atau makan begitu sahaja sebab rasanya sedap, lemak-lemak manis jer.
8 comments:
wah,selera tgok..perut kosong ni..tgok masakan apa pun sedap kan ks
yup sy suke tupat sotong!!thanks:)
http://www.kotak-lirik-lagu.com
Sis belum pernah makan...nampak mcm sedap aje.
sedapnya..ni peberet En Hubby ni bila bulan pose...tiap2 tahun mesti dia request wat ketupat sotong ni..kalau beli kt kedai mahal yang amat..sekor jer dh 4 hengget...baik la buat sendiri makan la byk mana pun..
sedap nye ketupat ni..
nyam2..
makan masa buka memang best la..
terima kasih kongsi resepi ni..
ermmm..nak kena cari sotong hari ni...ketupat sotong my feveret...sedapnyaaaaaaaa
aisey ketupat sotong..sedapnya kalau ada kuah percik...
kelmarin baru buat ketupat sotong versi Terengganu atas permintaan kwn2 ofis..
Post a Comment