Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya pahala yang mula-mula diberikan kepada hamba yang beriman sesudah matinya ialah semua orang yang mengiringi jenazahnya mendapatkan keampunan (dari Allah) (Riwayat Baihaki melalui Ibnu Abbas r.a.)
Daripada Thauban maula Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa menyembahyangkan jenazah, maka baginya satu qirat pahala. Dan apabila dia turut serta menyaksikan pengebumiannya, maka baginya dua qirat pahala. (Ditanya baginda: Apakah itu qirat wahai Rasulullah?) Sedangkan besar satu qirat itu seperti besarnya gunung Uhud”
Mengiringi jenazah adalah salah satu daripada lima hak seorang muslim terhadap saudaranya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ada lima hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah.
Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al Khudri r.a. : Rasulullah Saw pernah bersabda, “Apabila jenazah telah siap dan para lelaki mengusungnya di atas bahunya, jenazah orang soleh akan berkata, ‘cepatlah’. Tetapi jenazah orang yang tidak soleh akan berkata, ‘celakah ! ke mana kamu akan membawaku?’. Suaranya terdengar oleh semua alam, kecuali manusia. Dan sekiranya manusia (dapat mendengarnya) ia akan jatuh pengsan”.
Dalam mazhab Syafie, sunnah dalam mengiringi jenazah adalah orang ramai pergi dahulu ke kubur sebelum jenazah mengikuti dari belakang. Manakala dalam mazhab Hanafi pula, jenazah dihantar terlebih dahulu sebelum orang ramai pergi ke kubur. Kedua-duanya adalah sunnah Nabi dari hadith-hadith.
Sebutlah Kebaikan Jenazah
Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:“Dari Ibnu Umar telah berkata: Sabda Rasululllah s.a.w.: Sebutlah kebaikan orang yang telah mati dan berhentilah dari menyebut keburukan mereka”. (Riwayat at-Tirmizi).
Dari Anas r.a katanya:”Satu jenazah diusung melalui satu tempat. Lalu orang ramai memuji bahawa itu adalah jenazah orang yang baik. “Ya, wajib (pasti).” Berkata rasulullah s.a.w. menyetujuinya. Kemudian berlalu pula usungan jenazah yang lain. Orang ramai berkata pula:”Mayat yang jahat.” Berkata Rasulullah saw.:”Ya, wajib (pasti)!” Maka bertanya Umar bin al-Khattab:”Apakah yang wajib (pasti) ya Rasulullah?” jawab baginda:”Kamu katakan mayat itu baik, maka ia pasti masuk syurga. Kamu katakan pula mayat si anu itu jahat, pasti pula ia masuk ke neraka. Kamu semua adalah para saksi Allah di bumi.”(Riwayat Muslim)
2 comments:
ASSALAMUALAIKUM KS.
CANTIK INFO NI..BYKAN JENAZAH KITA NANTI...
pendek kata ianya sbg penghormatan terakhir kita buat si mati..
Post a Comment