Showing posts with label Kisah Nabi. Show all posts
Showing posts with label Kisah Nabi. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Sang Maut Datang Menjemput Rasulullah Saw



Sang Maut Datang Menjemput Rasulullah Saw.

Sakaratul Maut mulai menghampiri diri Rasulullah Saw. A'isyah menyandarkan Beliau ke Badannya. Maka dari itu dia pernah berkata: Sungguh termasuk Anugerah Allah untukku ialah Rasulullah Saw wafat di Bilikku, pada hari giliranku dan di antara Perut dan Dadaku serta Allah mengumpulkan ludah Beliau dan ludahku. Hal ini terjadi karena menjelang Beliau wafat, Abdur Rahman bin Abu Bakar masuk dan membawa Siwak, sedangkan saat itu Rasulullah Saw, bersandar di Tubuhku. Aku tahu Beliau melihatnya dan Aku tahu bahwa Beliau amat menyukai Siwak.

Maka kutanyakan kepadanya, Apa mau saya ambilkan untuknmu? Beliau mengangguk. Kemudian kuambil dan kubalik ternyata masih kasar. Kutanyakan: Saya lunakkan utukmu? Beliau meng-iyakan dengan anggukan. Maka kulunakkan, terus Beliau bersiwak dengannya.

Dalam sebuah Riwayat, lalu Beliau bersiwak dengan amat sempurna. Pada saat itu, di hadapan Beliau terdapat Bejana berisi Air, maka Beliau memasukkan tangannya dan mengusap Wajahnya seraya berkata: "Laa ilaaha illaallaah, sungguh Kematian itu memiliki Sakarat (rasa sakit yang amat sangat)". Tak berselang lama setelah bersiwak, Beliau mengangkat tangan dan jarinya ke atas, Matanya memandang ke atap dan kedua belah bibirnya bergerak. A'isyah mendengarnya, ternyata Beliau mengucapkan:

"Ma'alladziina an'amta 'alaihim minan Nabiyyiina wash shiddiiqiina wasy syuhadaa-i wash shaalihiin . Allaahummagh firlii war hamnii wal hiqnii birrafiiqil a'laa (Golongan para Penghuni Surga yang Tertinggi)”. Ya Allah, Ar Rafiiqul a’laa 3x.

("Bersama Orang-Orang yang Engkau beri Anugerah baik dari kelompok para Nabi, Orang-Orang yang Jjujur, Syuhada dan Orang-Orang Shalih. Ya Allah Ampunilah diriku, Rahmatilah dan Pertemukanlah diriku dengan Ar-Rafiiul a'laa”). Ya Allah, Ar-Rafiiqul a'laa. Beliau mengulangi kalimat terakhir tiga kali. Kemudian tangannya terkulai dan Beliau menemui Ar-Rafiiqul a'laa. Akhirnya, Innaa lillaahi wa-innaa ilaihi raaji'uun.

Singkatnya, setelah itu Abu Bakar keluar, sedangkan Umar mengkhatbahi Orang-Orang. Maka dia berkata: Umar, duduklah. Tapi Umar, saat itu tak menanggapinya sebab Kesedihan mendalam yang menyelimutinya. Kemudian Abu Bakar berbicara, dan Orang-Orang beralih kepadanya dari hadapan Umar. Setelah Abu Bakar memuji Allah, dia berkata:

“Hai sekalian Manusia, siapa di antara kalian yang menyembah Muhammad maka sungguh Beliau benar-benar telah Wafat. Sedangkan yang menyembah Allah, maka Allah hidup Kekal dan tidak akan Mati. Allah Swt berfirman:

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَى عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ

"Muhammad itu tiada lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa Rasul. Apakah jika dia Mati atau terbunuh, kalian akan berbalik ke belakang (Murtad)? Siapa saja yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan Mudharat kepada Allah sedikitpun; dan Allah akan memberi balasan kepda Orang-Orang yang Bersyukur." (Qs.[3]:144).

Ibnu Musayyab meriwayatkan, Umar berkata: Demi Allah, ketika kudengar Abu Bakar membaca Ayat tersebut, maka lemah lunglai diriku dan kedua kakiku tak kuat menyangga, maka jatuhl lunglaiah diriku ke tanah dan aku baru meyakini bahwa Rasulullah Saw benar-benar telah Wafat. 
 
 
FB: Al-kariim Hanafiah
 
 

Monday, February 4, 2013

Apakah Bukti Nabi Muhammad Itu Rahmat ke Seluruh Alam



Apakah Bukti Nabi Muhammad Itu Rahmat ke Seluruh Alam?

Terdapat beberapa riwayat yang membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw diutus kepada seluruh alam. Contohnya benda yang tidak bernyawa. Pada suatu ketika, Nabi Muhammad saw memanggil seorang Badwi datang kepada Baginda dan menawarkannya memeluk Islam. 

Lelaki Badwi tadi mengatakan, "kalau kamu boleh panggil pokok ini datang kepada kamu dan bersaksikan bahawa kamu adalah Rasul, maka aku akan beriman!"

Lalu Nabi Muhammad saw memanggil pokok itu dan ditanyakan siapa baginda. Pokok itu menjawab, "Aku bersakti tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi sesungguhnya kamu adalah Rasulullah." 

Setelah beriman, Badwi tadi kembali kepada kaumnya dan menyampaikan dakwah kepada mereka.


Sumber: Majalah Q&A, Isu No.13
Foto: Google image



Saturday, January 26, 2013

Tip Amalan Harian: 15 Sunnah Rasulullah SAW


Tip Amalan Harian: 15 Sunnah Rasulullah SAW
 
Berikut merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam dan ia menjadi sunnah buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah ‘soleh wa musleh’.

1. Senyuman
Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)

2. Dahulukan Kanan

Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.“ (Hadis riwayat Muslim)

3. Berpakaian

Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam ialah pakaian Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

4. Bercelak

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda: “Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

5. Memakai Cincin

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.)

6. Makan

Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan Baginda menjilati ketiga-tiganya.” (Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)

7. Minum

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)

8. Bersilaturrahim

Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.” (Riwayat Ibnu Majah).

9. Berjalan

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)

10. Berkata

Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)

11. Tertawa

Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi )

12. Bergurau

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam menggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’” (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)

13. Tidur

Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam selalu menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

14. Membaca al-Quran

Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)

15. Ibadah

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam menjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)
Sumber: shafiqolbu

Thursday, January 24, 2013

Peristiwa Di Sebalik Kelahiran Nabi Muhammad SAW



Peristiwa Kelahiran Nabi Muhammad SAW


Banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, antaranya:

1. Malaikat Memberitahu

Aminah tidak perasan kehamilannya hinggalah ke 9 bulan, sebab tidak ada tanda atau kesan. Kehamilan Aminah hanya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Setiap malam mimpinya jumpa perempuan-perempuan mulia seperti Siti Asyiah, Masyitah dan lain lain yang memberitahu dia, “Hai Aminah bertuahlah engkau, engkau akan melahirkan anak yang menjadi Nabi akhir zaman.”

“Iya ke? Aku tidak mengandung!” kata Aminah. Hampir setiap malam, beliau bermimpi dan kata-kata itu kerap diulangi, “Hai Aminah bertuahnya engkau, kerana akan melahirkan Nabi akhir zaman.” Aminah hairan, sebab mimpi dan realiti tidak sama, kerana dia berikiran dia tidak mengandung.
 
2. Wajah Ibu Bapa Bercahaya

Abdullah bin Abdul Muthalib yang bakal mewariskan zuriat Nabi akhir zaman telah Allah berikan tanda di dahinya cahaya dari usia kecil lagi. Terutama waktu malam, apabila dia pergi ke mana-mana orang akan nampak cahaya di dahi, mereka berkata, ini Abdullah datang, sebab mana ada orang bercahaya di dahi. Kemudian setelah kehamilan Aminah, cahaya tersebut berpindah daripada wajahnya Abdullah ke wajah isterinya.
3. Semua Makhluk Berkata

Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah SWT memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

4. Mimpi Menakjubkan

Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata, “Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.”

Semasa kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Aminah ketika itu ia seperti mendapat isyarat bahawa anaknya, Muhammad akan mempunyai darjat yang lebih tinggi daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman dan ia memiliki kekuasaan yang lebih besar dan membawa ajaran yang telah disempurnakan.

5. Cahaya Terpancar

Semasa Baginda dilahirkan, bondanya Siti Aminah menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti meluncurnya anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

6. Diselimuti Awan
Aminah sendiri melihat Baginda dalam keadaan berbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar suatu seruan, “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik.”

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit kemudian meletakkan tangannya ke tanah lalu bersujud ke arah kiblat sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

7. Bersih Tanpa Darah

Aminah semasa mengandungkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, dia tidak pernah merasa sakit dan susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu hamil yang lain. Waktu lahir, Baginda tidak macam anak-anak lain lahir, jika anak-anak lain emaknya akan rasa sakit dan keluar darah. Ini bersih, elok dan bagus. Anak-anak lain bila keluar menangis, dia tidak menangis malahan tersenyum.

8. Telah Terputus


Aminah juga menyedari kelahiran bayinya tidak seperti anak-anak baru lahir yang lain. Dengan kehendak Allah SWT, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan (bersunat) dan tali pusatnya juga telah siap diputuskan.

9. Kehancuran Tentera Bergajah
Kedatangan tentera bergajah hendak menyerang kota Mekah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil. Ia diketuai oleh Abrahah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah SWT.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

10. Musnahnya Berhala

Dikatakan juga pada malam kelahiran Sallallahu Alaihi Wasallam, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, “Telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.”

11. Runtuhnya Istana Kisra

Di tempat yang lain pula satu gempa dan goncangan telah berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak seribu, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan penyebab kemusnahan keegoan kekuasaan dan tanda-tanda kejatuhan serta runtuhnya kerajaan tersebut.

12. Padamnya Api Sembahan
Api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah terpadam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

13. Semua Gereja Sanrah Roboh

Berbagai keajaiban di luar jangka telah terjadi pada hari kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, termasuk gereja-gereja batu di sekitar Wadi Sanrah roboh ranap setelah di landa gempa bumi.

14. Lenyapnya Tasik Sava
Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalla, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah ditelan bumi. Maka telah lenyap satu lagi pusat sembahan yang dibanggakan.

15. Berakhirnya Pengetahuan Ghaib

Setelah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

16. Rahmat Seluruh Alam

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa’diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

17. Malaikat Membelah Dada
Ketika berusia empat tahun, sedang Baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.

Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya.

Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 :


“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?”


Kesimpulan

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah ‘khatamun nubuwwah’, penutup segala nabi. Di samping itu, bukti-bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

Perkara-perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di sisi Allah SWT, sekali gus sebagai bukti Kerasulan Baginda. Maka Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam adalah teristimewa dan tidaklah boleh disamakan dengan mana-mana anak kecil dan manusia lain di dunia ini sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak yang hanya bertujuan memesongkan pemikiran umat dan menidakkan kerasulan Baginda dan keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
  Keterangan Lanjut di Sini: shafiqolbu   

Monday, January 21, 2013

Apa Menu Harian Rasulullah SAW

Susu dan kurma ajwa
 
 Apa Menu Harian Rasulullah SAW|Makan Ikut Sunnah Nabi

NABI Muhammad SAW memulakan makan dengan menyebut kalimah Basmallah, kemudian membaca doa makan dan makan menggunakan tangan kanan serta makan makanan yang berada berdekatan dengan baginda. 

Sebelum menjamah makanan, Rasulullah SAW makan secubit garam dan disudahi dengan menjilat jari serta mengucapkan Alhamdulillah.

Baginda menggunakan tiga jari untuk makan iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah serta baginda mengunyah makanan sebanyak 40 kali. Baginda tidak bernafas ketika minum air iaitu bernafas di luar bekas minuman serta baginda minum air seteguk-seteguk dengan dimulakan dengan Bismillah.

Menu harian Rasulullah SAW di pagi hari ialah segelas air dicampur sesudu madu dan selesai solat sunat dhuha, baginda SAW akan memakan tujuh biji kurma ajwa.

Sekiranya berpuasa, baginda akan berbuka dengan segelas susu dan kurma. Baginda menambahkan cuka dan minyak zaitun di dalam makanannya pada waktu petang.

Bahkan, baginda melarang umatnya meneruskan makan sekiranya sudah kenyang kerana perut harus dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu makanan, air dan udara.

Seminar yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan, Selayang Baru, Selangor ini telah mendapat kerjasama Perkim Bahagian Negeri Selangor dan Perkim Cawangan Selayang Baru, Selangor.

Dalam pemakanan juga umat Islam harus mengamalkan kaedah mengikut sunnah Nabi kerana Allah akan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda serta mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Terdapat kisah wali Allah, Ibrahim bin Adham ketika beliau berhenti di persinggahan untuk ke tandas, lalu dikenakan bayaran kepadanya. Lantas Ibrahim menangis teresak-esak kerana memikirkan tempat yang sejijik itupun dikenakan bayaran, inikan pula syurga Allah yang perlu dibayar dengan amal ibadah. 


# Risau dan bimbang dengan kenyataan di bawah ni: 
 
- Masyarakat Islam perlu sedar kerana majoriti umat Islam sanggup menghabiskan masa di restoran yang tidak sahih status kehalalannya, berbanding di restoran Islam itu sendiri. Mereka ini berselindung di sebalik ayat-ayat al-Quran dan serta menggunakan pelaris. Ini semua diperoleh daripada hasil risikan dan serbuan pihak PPIM.






Wednesday, January 16, 2013

Semut Nabi Sulaiman | Semut Pertama Masuk Syurga

 
 Semut Nabi Sulaiman | Semut Pertama Masuk Syurga
 
Seekor semut yang pernah berbicara dengan Nabi Sulaiman dan kisah ini terkandung dlm Al Quran. Semut trsebut juga merupakan satu diantara 10 haiwan pertama yang akan memasuki syurga. 

Berikut ialah sedikit penerangan dari kisah semut tersebut..

Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, "hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyadari."

Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Katanya, "Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh." (An-Naml: 16-19)

Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, "Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?"
"Sebesar biji gandum," jawabnya.

Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.
"Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?" tanya Nabi Sulaiman.

"Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah," jawab si semut. "Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahwa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.".


Sumber: pseudosupra



Sunday, January 13, 2013

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW


Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "
 
 
 
Sumber: Islam2u
 
 
 

Wednesday, October 17, 2012

Kisah Nabi Musa dengan Seorang Wanita - Dosa Yang Lebih Besar Dari Zina



Pada senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah menghantui hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam

"Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala dia berkata,

"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.""Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s terkejut.
"Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik.
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun bercerita, "Saya ......telah berzina." 

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... Cekik lehernya sampai......meninggal", ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang dia mengherdik perempuan tersebut. "Nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.


Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?


Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina Dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan itu?"
" Ada !" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya nabi Musa.
"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa sesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahawa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.


"Jangan sesekali kita semua permudahkan solat, kerana terlalu besar nisbah dosa meninggalkan solat" kalau tertidur atau terlupa qada' je solat tu.. jangan sesekali tidak berasa bersalah,, yg mana ada yg tertinggal masa muda2 atau saje2 tak nak solat.. janganlah putus asa.. sesungguhnya allah itu maha pengampun.. penbanyakkan "solat sunat" untuk menampung semua solat yg kita tinggalkan insyaallah" 
Sumber: Nenek Kebaya

Tuesday, August 14, 2012

Kisah Unta Menjadi Hakim


Kisah Unta Menjadi Hakim

Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh seorang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik.

Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan akan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu rasa kebingungan. Maka dia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu." Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini." Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."

Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar." Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."

Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya. 
 
 
 
 

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...