Showing posts with label Petikan Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Petikan Akhbar. Show all posts

Saturday, February 2, 2013

Hentikan Drama Sahara yang Menghina Islam


Hentikan Drama Sahara yang Menghina Islam

DRAMA terbitan sebuah saluran TV berbayar, Sahara dikritik penonton berikutan lakonan wanita berpurdah dalam drama tersebut yang didakwa menghina Islam.

Sehubungan itu, mereka menggesa agar pihak saluran TV terbabit menghentikan penerbitan drama itu.

Sebuah akaun fanpage Facebook yang berdaftar atas nama Hentikan Drama Sahara telah diwujudkan.

Pemilik akaun tersebut membangkitkan soal kesucian Islam yang cuba ditonjolkan pengarah drama terbabit.

"Pengarah sepatutnya memikirkan bagaimana nak menonjolkan kesucian Islam bukan memperlekehkan pakaian sunah.

“Mungkin drama ini konsepnya dakwah komedi tetapi harus terang perkara-perkara yang merosakkan akidah,” tulisnya.

Isu ini juga mendapat perhatian Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Beliau memberi respons kepada laman fanpage itu dengan menulis, “drama ini patut dikritik dan dihentikan siarannya kerana merosakkan imej wanita berhijab.”

Zaharuddin juga menyentuh soal penghinaan Islam yang dilakukan oleh orang beragama Islam sendiri.

“Wanita berhijab tidaklah sedemikian murah untuk bertemu janji, berpegangan tangan dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram.

“Kalau kita marah orang bukan Islam menghina dan memberi gambaran salah terhadap kalimah ALLAH dan Nabi serta ajaran Islam, kini ia dilakukan oleh manusia yang beragama Isalam sendiri,” tulisnya.

Drama 30 episod yang mengisahkan tentang seorang gadis liar yang terpaksa tinggal di sebuah sekolah pondok itu sudah mula disiarkan sejak awal bulan ini.



p/s: Aku pun tak pernah tengok drama Sahara ni, cuma mengetahui kewujudan drama Sahara ni melalui link FB Hentikan Drama Sahara.

walau apa pun alasannya, kalau ia akan mencemarkan dan menghina Islam, orang Islam kena bertindak menggesa supaya menghentikan drama yang berunsurkan macam tu.


Friday, January 18, 2013

Bayi Pertama Lahir Di Mahkamah

Nama cadangan bayi ini ialah Mohd Arif Hakim - sesuai dengan tempat kelahiran.

 Bayi Pertama Lahir Di Mahkamah

Seorang wanita di Kangar, Shahidawati Shabudin, 37, ketika menunggu suaminya yang sedang mendapatkan perintah mahkamah mengikut Seksyen 4 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) selamat melahirkan seorang bayi lelaki di pekarangan Mahkamah Majistret Kangar.
Kejadian berlaku pada jam 10.45 pagi, ketika itu seorang tukang cuci secara kebetulan melalui kawasan berkenaan terdengar suara wanita sedang menangis sambil meminta tolong. 
Pekerja terbabit terus bergegas mendapatkan mangsa dan melihat kepala bayi hampir keluar daripada rahim ibunya. 
Dalam keadaan kelam kabut dia cuba menenangkan keadaan dengan memanggil orang ramai berhampiran Kompleks Mahkamah untuk sama-sama membantu wanita berkenaan.

Ibu dan bayi itu berjaya diselamatkan namun, urinya masih tersangkut dan tidak boleh keluar bersama bayi yang dilahirkan sebelum ambulans dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF) tiba 10 minit kemudian di tempat kejadian.

Walau bagaimanapun selepas ramai membantu, mangsa dan anaknya dibawa ke hospital untuk rawatan susulan dan kami hanya menyerahkan perkara itu kepada pihak hospital untuk langkah selanjutnya.

Bayi lelaki itu merupakan anak keempat mereka yang dijangka akan dilahirkan pada 1 Februari ini dan berkemungkinan boleh dijadikan sebagai anak angkat mahkamah dengan mencadangkan nama Mohd Arif Hakim ke-pada ibunya.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan kepada tertuduh supaya berubah dan insaf dengan kejadian yang berlaku selepas melihat keadaan isterinya yang bertarung nyawa melahirkan anak mereka.

Sejurus kejadian itu, suasana tegang bertukar pilu apabila tertuduh, Narizam Saad, 37, menangis setelah melihat isterinya bersalin sewaktu dia sedang dibicarakan.

Sementara itu, Majistret, Tuan Zuhair Rosli, yang juga menyaksikan kejadian itu akhirnya membuat keputusan agar tertuduh, dibebaskan dengan pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam tempoh dua tahun. 

Saturday, September 8, 2012

Agaknya Apa yang Difikirkan Pada Masa Itu





Pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri semasa malam Ambang Merdeka baru-baru ini, secara peribadi memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, dia menyesal apa yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sedemikian.

"Saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak," kata beliau pada satu sidang media di sini, petang ini.

Dia juga berkata, segala apa yang dilakukannya pada malam 30 Ogos adalah atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

"Saya sedar apa yang saya lakukan ini satu kesilapan. Saya juga berjanji pada diri sendiri, saya tidak akan mengulanginya di masa hadapan,” katanya dengan wajah tenang di hadapan pihak media di rumahnya, di sini.

Menurutnya, dia juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Najib atas perbuatan biadabnya dan jika diberi peluang, dia bersedia bertemu pemimpin negara itu untuk memohon maaf secara peribadi.

“Sekiranya dikenakan tindakan undang-undang, saya juga terima dengan reda," katanya.

Mengimbas kembali kejadian malam 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar berkata, dia langsung tidak merancang ke Dataran Merdeka kerana pada asalnya bercadang untuk pulang ke kampung.

"Saya bertukar fikiran apabila menerima pelawaan rakan," katanya.

Bagaimanapun dia menafikan tindakan yang dilakukan dipengaruhi atau dibayar oleh mana-mana pihak.

"Apa yang saya lakukan adalah semata-mata kerana kesilapan diri sendiri. Saya seperti orang tidak sedar semasa melakukannya, bukan dipengaruhi atau dibayar sesiapa," jelasnya. SINAR HARIAN


Friday, June 8, 2012

JPJ: Datuk Seri Liow Tiong Lai Boleh Dapat "WWW 15" Secara Percuma

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mempunyai tiga pilihan, termasuk mendapatkan nombor pendaftaran 'WWW 15' secara percuma, sesuai dengan kelayakan yang diberi kepadanya oleh kerajaan iaitu sebagaimana yang dipohon dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata Liow juga mempunyai dua pilihan lain iaitu membayar dengan harga tertinggi yang ditawarkan iaitu RM24,200 untuk mendapatkan nombor pendaftaran itu atau menolak tawaran tersebut jika tidak berminat.

Solah berkata JPJ menerima permohonan untuk mendapatkan nombor 'WWW 15' daripada Liow untuk kegunaan kenderaan rasmi melalui surat permohonan bertarikh 14 Mei 2012, iaitu pada hari terakhir nombor pendaftaran 'WWW' dibuka untuk bidaan.

Katanya Jawatankuasa Penilai Tempahan Nombor Pendaftaran Siri 'WWW' seterusnya memutuskan bahawa nombor pendaftaran itu ditawarkan kepada Liow dengan harga tertinggi iaitu RM24,200.

Beliau berkata JPJ juga memaparkan nama pembida berjaya kepada umum selaras dengan prinsip ketelusan yang diamalkan dalam pengurusan tempahan nombor pendaftaran.

"Ia juga kerana bidaan telah dibuat oleh orang ramai, sudah tentu mereka ingin tahu siapa yang memenangi nombor yang dibida. Pemenang bagi siri-siri sebelum ini juga kita paparkan," katanya.

- Bernama
 
 

Monday, May 7, 2012

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Jadi Kelam Kabut Apabila dipenuhi Asap



KOTA BAHARU: Orang ramai dan penumpang di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, kelam-kabut apabila sebahagian bangunan terminal lapangan terbang itu, dipenuhi asap yang keluar melalui lubang pendingin hawa.

Keadaan yang dikhuatiri akibat kebakaran itu menyebabkan pihak pengurusan Malaysia Airport Berhad (MAB) mengarahkan orang ramai mengosongkan bangunan terminal itu kira-kira 30 minit bagi membolehkan pihak keselamatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat mengawal keadaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Raja Arisan Raja Ismail berkata hasil pemeriksaan, asap berkenaan didapati berpunca daripada kebakaran kotak suiz pendingin hawa yang terletak di tingkat satu berhampiran sebuah restoran makanan segera.

Katanya kejadian yang berlaku pukul 6.27 petang itu dipercayai daripada litar pintas selepas disambar petir sewaktu hujan lebat di kawasan berkenaan.

Raja Arisan berkata pihaknya dengan 10 anggota, termasuk anggota bomba sukarela bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Pengurusan MAB.

"Setibanya di tempat kejadian, kami membuat pemeriksaan dan pemantauan, mendapati kebakaran kotak suiz penghawa dingin menjadi punca asap keluar," katanya.

Turut berada di lapangan terbang berkenaan ketika kejadian ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang dijadual menaiki pesawat ke Kuala Lumpur.

Jurucakap lapangan terbang itu berkata kejadian itu tidak menjejaskan operasi penerbangan di lapangan terbang itu. BERNAMA 
 
 
 
 

Thursday, May 3, 2012

Budak diculik, Nayati Shamelin Selamat Kembali




PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nayati Shamelin Moodliar, yang diculik minggu lalu, ditemui selamat pagi Khamis.

Nayati ditemui di Rawang pada pukul 7.30 pagi Khamis.

Dia diculik pada pukul 7.35 pagi ketika menuju ke sekolahnya di Sekolah Antarabangsa Mont Kiara (MKIS) di sini, Jumaat lalu.

Menurut saksi, kedua-dua lelaki itu menarik Nayati ketika dia berjalan menghampiri sekolahnya sebelum melarikan kanak-kanak tersebut.
 
 
Sumber: Mstar
 
 
 

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...