Spain pertahan kejuaraan? |
Sepanyol bakal memulakan kempen Euro 2012 berbekalkan reputasi hebat selaku juara dunia dan juara bertahan kejohanan.
Namun, sekiranya mereka berhajat untuk menyinar di Poland dan
Ukraine, pasukan itu harus melakukan keajaiban yang tidak pernah terjadi
sebelum ini atau dalam kata lain, melepaskan diri daripada ‘sumpahan
Euro’.
Sebabnya sampai sekarang ni tiada lagi pasukan yang berjaya mengekalkan
kejuaraan dua kali berturut-turut sejak kejohanan diperkenalkan pada
1960. Malah, kebanyakan juara ditimpa nasib malang pada edisi
berikutnya.
Menarik atau tak, itu bukan soalnya. Cuma apakah nasib Sepanyol
kali ini? Mungkinkah masanya sudah tiba untuk Sepanyol membuang sumpahan
Euro ? Inilah suatu yang bakal menjadi tumpuan utama apabila kempen dibuka
, Jumaat ini. Sepanyol diletak dalam Kumpulan B bersama Itali, Ireland
dan Croatia. - Ubahsuai dari Agensi
No comments:
Post a Comment