Friday, June 8, 2012

Kesan Budak-budak Buat Bising di Masjid



Hari ni hari Jumaat - seperti biasa orang lelaki akan bersolat Jumaat di masjid. Ada yang bujang akan pergi dengan rakan-rakan atau bersendirian. Ada yang dah ada anak, akan bawa sekali anak lelaki walaupun kecil lagi. Ada yang kanak-kanak lelaki dah pandai bawa diri akan pergi dengan rela hati bersama-sama dengan rakan-rakan.

Tapi adakah mereka semua benar-benar akan menunaikan solat fardhu itu dengan betul-betul mengikut orang yang lebih dewasa? Atau sekurang-kurangnya tidak membuat bising. Malah yang dah masuk sekolah menengah dan remaja juga tidak kurang 'degilnya'. Ini sebabnya, ramai yang datang duduk paling belakang atau di luar masjid datang hanya membuat bising, bersembang atas motor, hisap rokok dan macam-macam lagi. Inilah yang laki aku kerap cerita kalau balik sembahyang Jumaat. Aku pun pernah tengok banyak kali juga kalau terpaksa tunggu dalam kereta sementara suami aku menunaikan solat di masjid mana-mana sekalipun. Malah dia sendiri pernah tegur seorang budak yang memakai kopiah putih dan ada yang beserban kerana main ketuk-ketuk meja seperti 'bergendang'.

Apa kesannya jika budak-budak ini membuat bising? Banyak. Antaranya mengganggu jemaah untuk kusyuk mendengar khutbah. Menganggu solat. Itu sudah cukup, sebab ada sub-kesan lagi daripada 2 point yang aku dah bagi tu. Contohnya, ketika khutbah - maka kurang jelas apa yang disampaikan. Jika ketika solat - akan terjejas tumpuan dalam bacaan atau mungkin terdetik untuk marah.

Pihak masjid, para jemaah dan ibu bapa kena berbuat sesuatu. Jangan jadi semakin parah!


No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...