Thursday, June 7, 2012

Bikin Panas - Nafi Kena Taja VIP Tapi Beli Baju RM 28,000 DiTemani Bodyguard

Gambar hiasan saja
Hohoho..bikin panas lagi ya.. Selebriti yang ditaja orang kenamaan atau VIP bukan satu perkara baru dalam industri hiburan. Namun siapa yang mahu mengaku yang hidupnya bergantung atas orang lain.

Seorang selebriti wanita baru-baru ini hebat dikaitkan dengan seorang VIP tetapi kedua dua pihak menafikan mereka pernah berhubungan apatah lagi menjalani kehidupan terlarang.

Menurut sumber dari rotikaya, salah seorang pekerja di butik pakaian mewah berjenama V datang bercerita tentang perihal selebriti ini yang tidak pernah teragak melaburkan wang untuk fesyen.

Dua hari sebelum berlangsungnya majlis anugerah di Genting Highlands tempoh hari, pekerja butik ini menerima arahan untuk menutup operasi selama beberapa jam untuk kunjungan VIP.

Agak terkejut pekerja butik ini bersama pengurusnya apabila selebriti ini yang melangkah masuk dengan beberapa orang pengawal peribadi ke butik mewah di tengah Kuala Lumpur itu.

Selebriti itu dikhabarkan meninggalkan butik dengan sehelai persalinan pilihan berharga RM28,000 yang dibayar dengan tunai, dibawa oleh salah seorang pengawal beliau. Huhh..senangnya retis ni dapat duit ye. Semoga beliau berubah dan berhenti dari jadi hipokrit dan berterusan menipu peminatnya. Moga cepat-cepat mendapat hidayah dari Allah swt.
 
 

1 comment:

dear anies said...

tasha shila ya? ;-)

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...