KUALA LUMPUR – Festival Kuala Lumpur (KL Festival) 2012 yang bermula 1 Julai ini menawarkan sambutan lebih unik dengan kehadiran bulan Ramadan menerusi pelbagai program bersesuaian dengan bulan mulia umat Islam itu.
Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata banyak program yang diatur kali ini tidak ada pada sambutan lepas, sekali gus memberi kelainan kepada pengunjung.
“Contohnya pesta makanan halal, pertandingan memasak, bazar Ramadan serta aktiviti seumpama itu yang akan diadakan pada tahun ini tidak ada pada tahun-tahun sebelum itu, ia dapat menunjukkan kepada pelancong asing keunikan sambutan budaya masyarakat tempatan berbilang kaum terhadap bulan Ramadan.
“Selain itu, program-program yang dilakukan pada sebelah malam seperti festival nasyid, pertunjukan dikir barat dan sebagainya mampu memeriahkan sambutan Festival Kuala Lumpur pada sebelah malam selepas waktu berbuka puasa,” katanya ketika ditemu ramah pada program bicara Bernama TV “Hello Malaysia”. Katanya KL Festival kali ini akan lebih meriah apabila program Kibar Jalur Gemilang turut menjadi antara acara sambutan. – BERNAMA
1 comment:
bestnya kalau dapat kesana, mcm2 ada..tapi memasuki KL bererti akan sangkut jam..
Post a Comment