Friday, June 29, 2012

DBKL Tutup Sementara Jalan Pudu 30 Jun


KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Jalan Pudu di sini bermula 30 Jun ini.

DBKL melalui satu kenyataan media memberitahu, penutupan itu bermula dari persimpangan Jalan Pudu Lama hingga persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Tun Tan Cheng Lok.

“Kedua-dua hala jalan berkenaan akan ditutup bermula pukul 1 pagi hingga 4 pagi pada hari berkenaan.

“Penutupan sementara ini bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jejantas dilaksanakan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda lalu lintas yang dipasang di lokasi berkenaan bersempena penutupan tersebut.

Kata kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Pengangkutan Bandar DBKL.
 

1 comment:

mama aini said...

ehem bertambah jammmlah jln kat KL nanti bila jln ni ditutup..hu2x..mama paling tak suka kalau ada urusan kat sana..hu2x..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...