Dah besar panjang anak Nora Danish, Putra Rayqal Ramli |
Sangat hebat dugaan dan kontroversi yang melanda diri Nora Danish sejak beliau berada di Tanah Suci lagi. Ternyata ketenangan yang diperolehi ketika berada di Mekah baru-baru ini tidak berpanjangan apabila kepulangannya disambut dengan kontroversi. Sebaik sahaja kaki mencecah ke bumi tercinta, namanya terpalit sebagai ‘orang ketiga’ yang hampir menyebabkan keruntuhan rumah tangga rakan selokasi, Adi Putra yang membuat keputusan untuk bercerai dengan isterinya hanya selepas dua hari pulang mengerjakan umrah.
Namun begitu, Nora tidak mahu terlalu ambil pusing dengan gosip itu. Malah dia mengakui pemergiannya mengerjakan umrah telah memberikan satu ketenangan hakiki yang tidak mampu dijual beli.
“Jika tahun lalu saya lebih banyak berdoa untuk kehidupan, kebahagiaan dan jodoh namun kali ini saya lebih banyak berserah kepada-Nya," katanya yang ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bukan tidak mahu lagi memikirkan soal jodoh namun kata Nora, adalah lebih baik untuknya berserah kepada Yang Maha Esa kerana Dia lebih mengetahui yang terbaik buat hamba-Nya.
Sebagai duta syarikat Triways Hujjaj International Services Sdn. Bhd. (This), Nora turut memberitahu, sepanjang 13 hari di sana pada April lalu, dia sangat senang dengan para jemaah lain yang tidak lokek berkongsi ilmu denganya.
Optimis dengan keadaan itu, Nora berkata, sudah lumrah dunia artis untuk dihambat gosip dan kontroversi. Namun tegasnya, selagi termampu dia akan terus bertahan dan menjelaskan keadaan sebenar kepada khalayak.
Selepas dikaitkan menjadi orang ketiga dalam masalah rumah tangga Adi Putra, dia dikejutkan pula dengan penyebaran gambar dirinya sedang berhibur di kelab malam dan lebih mengelirukan gambar tersebut diambil selepas dia pulang dari menunaikan umrah.
“Itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya saya sendiri bingung dengan motif penyebaran gambar itu.
“Seperti yang kita tahu, selepas pulang dari Mekah, malaikat akan berada bersama kita selama 44 hari. Sudah tentu saya mahu berkelakuan sebaik mungkin selepas pulang dari sana," katanya tersenyum.
Sambungan cerita Nora Danish yang lebih menarik, ikuti di SINI.

2 comments:
Kesihan Nora ye...moga beliau tabah menghadapi dugaan yang melanda.
ujian yg hebat.....
Post a Comment