Terkejut aku penerbit filem yang juga peserta rancangan memasak realiti, Raja Azmi Raja
Sulaiman diceraikan oleh suaminya, Mohd. Jalani Mohd. Sidek dengan talak
satu hari ini yang aku dapat tahu pulak ialah ulang tahun kelahiran Raja Azmi yang ke-53. Aduhai..
Lafaz cerai yang diucapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur
dekat sini turut disaksikan oleh anak kedua pasangan itu, Puteri Suaida,
23, dengan linangan air mata.
Mohd. Jalani, 49, mengucapkan lafaz tersebut selepas Hakim Syarie,
Shaiful Azli Jamaludin berpuas hati bahawa tiada lagi kasih sayang di
antara pasangan itu dan sering berlaku syiqah (konflik) berterusan
sehingga perkahwinan yang dibina sejak 28 tahun itu tidak boleh
diselamatkan lagi.
Selepas pelbagai kontroversi akhirnya begini jadinya...
Sumber: Utusan
4 comments:
Berpuluh tahun hidup bersama akhirnya dikatakan telah tida rasa kasih.. menakjubkan.
Sedih pada anak-anak walau dah besar...
hmmm kesian kan..
kalu dah hilang sabar..
apalah yg kurang kat mereka ni...
Post a Comment