Showing posts with label Serius. Show all posts
Showing posts with label Serius. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

Tragedi Pencerobohan Lahad Datu, Sabah


Takziah buat keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban dan beberapa orang lagi yang tercedera...

Kronologi Pencerobohan Lahad Datu

 


Kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina;

9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari – Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

14 Feb – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.

Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

14 Februari – Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Februari – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Februari – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac – Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.
Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.

2 Mac - Jam 1830hrs. Di mana sepasukan anggota polis telah diserang hendap oleh suspek dengan menggunakan senjatapi sewaktu mereka membuat serbuan di kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Serbuan tersebut telah dijalankan berikutan maklumat diterima dimana penjenayah ini dipercayai berada dikawasan tersebut dan mempunyai senjatapi. Dalam serbuan itu, dipercayai 5 orang pegawai/anggota polis terkorban manakala dipihak penceroboh 2 orang terkorban. Berikutan insiden ini pihak polis juga telah mengepung kawasan sekitar di mana penceroboh ini bersembunyi. Butir-butir lengkap pegawai/anggota polis yang terkorban belum dapat didedahkan buat masa ini bagi menghormati keluarga mangsa.

5 Mac - PASUKAN KESELAMATAN LANCAR SERANGAN DI KAMPUNG TANDUO
Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan di sini hari ini.- BERNAMA




Sunday, February 3, 2013

Wartawan Malaysia Mati Tertembak Di Lubnan


Wartawan Malaysia Mati Tertembak Di Lubnan

Wartawan Malaysia Claudia Theophilus, 42, penerbit di syarikat penyiaran Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar, mati dipercayai akibat terkena tembakan dalam satu insiden di Baakleen yang terletak di sebuah kawasan pergunungan di Lubnan, Sabtu.

Duta Besar Malaysia di Lubnan, Ilango Karuppannan berkata menurut laporan awal polis, tiada elemen jenayah dalam kejadian yang menimpa Claudia pada kira-kira 2.30 pagi waktu Lubnan.

"Sebaliknya, ia berlaku secara tidak sengaja yang mana dia (Claudia) terkena tembakan dari satu senjata api," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata mayat Claudia akan dibawa pulang selepas segala urusan forensik dan bedah siasat selesai dijalankan.

Menurutnya, Claudia berkunjung ke Baakleen bersama dua rakannya yang merupakan rakyat Lubnan.

Laporan media menyebut mangsa tiba di Lubnan pada 28 Jan lalu untuk melawat kawannya di negara itu.

Menurut laporan itu, Claudia terkena tembakan ketika beliau dan dua rakannya sedang 'bermain' dengan beberapa laras senapang sebelum senjata itu tiba-tiba meletup.

Mendiang pernah bekerja dengan akhbar The Sun dan portal berita Malaysiakini.


-- BERNAMA

Friday, October 5, 2012

Zed Zaidi Dikritik Ustaz Secara Langsung di RTM Pagi Tadi


Zed Zaidi sebagai Presiden Seniman membalas hujah
Rancangan TV berkonsepkan Islamik iaitu Fikrah jam 9.30-10.30 pagi tadi bersiaran dengan tajuk Akhlak Dalam Seni yang dipengerusi oleh Ustaz Ahmad Syukri Yusof. Panel pula dibarisi oleh Ustaz Mohd Zaidi Ramli (Jawi), Zed Zaidi (Presiden Seniman) dan Jurey Latif Rosli.

Tunduk sebagai tanda kurang setuju dalam diam...

Zed sekadar tergelak bila ditegur
Sekadar renungan:

Zed Zaidi berkata, apabila berlakon sebagai suami isteri walaupun kita tak nak berpegang tangan, tapi terpaksa. Sebab pengarah akan marah. Berpegang tangan untuk timbulkan realiti suami isteri dengan kemesraan.

Zed Zaidi juga berkata, babak bersosial di disko tak salah, untuk tunjukkan realiti orang berubah dari kejahilan kepada kebaikan.

Ustaz dengan tenang menjawab, realiti seperti itu tidak perlu! Seolah-olah apabila ada babak seorang lelaki dan perempuan naik motor atau berdua-duaan adalah selamat dan menjadi contoh tidak baik kepada penonton!




Monday, August 6, 2012

(Konspirasi Yahudi) Kesilapan Apabila Islam di Haramkan di Malaysia


Perkongsian peribadi aku khususnya dalam bulan mulia ni, ada sesuatu yang masih bermain difikiranku. Kita tahu, bagaimana penerimaan 'sebenar' dunia Barat terhadap Islam. Jangankan kata di Barat, begitu juga di bahagian lain di seluruh dunia.

Di bawah ni aku kongsikan contoh bagaimana 'tunjuk perasaan' dengan Islam 'diharamkan' oleh negara-negara bukan Islam. Sedangkan kita sebagai negara Islam (mana-mana negara Islam sekalipun) tetap 'menjaga kebajikan' penduduk atau rakyat yang bukan beragama Islam sejak dulu lagi. Contoh terbaik ialah bagaimana Piagam Madinah yang telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia dengan jelas menyatakan penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing.

(Logo ini bukan dari Malaysia)
(Logo ini bukan dari Malaysia)
(Logo ini dipercayai dari Amerika Syarikat)
(Wording ini ditujukan khas untuk negara-negara Eropah)
TETAPI yang masih mengejutkan ialah unsur-unsur ke arah 'ban Islam' masih ada lagi di Malaysia walaupun telah lama dibuang. Kenapa aku kata macam tu, begini ceritanya - Terus terang aku katakan, semalam 2 Ogos 2012 ketika aku nak print penyata bank di mesin Bank Islam cawangan Universiti Utara Malaysia (UUM) alangkah terkejutnya melihat masih ada logo seperti di bawah tertera di letterhead penyata tersebut.

(Logo ini adalah betul di Malaysia masih wujud dalam diam sampai sekarang)
Sedangkan seingat aku logo yang baru Bank Islam (ketika itu) memang jelas tertera perkataan 'Ban Islam' yang mana kreativiti penciptanya untuk menjadikan huruf 'K' sebagai gabungan huruf dan anak bulan seperti tidak menjadi. Itu cerita tahun 2008, ya dah lama dah. 

Tapi kenapa kertas penyata tersebut masih diguna pakai sampai hari ini? Tiada pihak yang mempersoal?
Aku tahu banyak kos telah dikeluarkan sejak 'kegagalan' Bank Islam mengenalpasti 'kecacatan' imej Islam pada bank itu sendiri. Tetapi soal akidah jangan main-main walaupun mungkin secara halus.

Tak faham? Okay...begini, sila rujuk perkara di bawah pulak.

Kenal tak jata di atas? Itu adalah jata negara Yahudi iaitu Israel. 

Isi jata

  • Menorah, lambang agama Yahudi
  • 2 daun pohon zaitun, simbol sebagai keamanan
  • Tulisan Ibrani yang membawa maksud Israel.
Menorah
Menorah merupakan tapak kaki lilin yang bercabang tujuh. Ia merupakan satu perkakasan upacara yang digunakan di Kuil Suci di Baitulmuqaddis. Ia merupakan simbol kepada agama Yahudi hampir 3000 tahun. Menorah merupakan salah satu simbol yang paling lama digunakan oleh orang Yahudi.

Okay, tak apalah sebab perkara mengenai jata Yahudi ni tak penting pun sebab itu hak mereka. Tapi perkara ni juga pernah menjadi serius pada tahun 2008 juga apabila muncul dalam laman web Bank Islam! Bukan aku nak ungkit cerita lama, tetapi luka lama berdarah kembali angkara letterhead penyata bank itu sendiri masih kekal ke hari ini.

Header ini telahpun dibuang sejak itu
Jadi, percayakah jika benar-benar ada konspirasi Yahudi dalam negara kita yang sebenarnya menyusup secara diam. Perkara ini banyak diperkatakan dalam serba-serbi. Hati-hati.



Thursday, June 28, 2012

Raja Azmi dan Jalani Sidek Sah Bercerai



Terkejut aku penerbit filem yang juga peserta rancangan memasak realiti, Raja Azmi Raja Sulaiman diceraikan oleh suaminya, Mohd. Jalani Mohd. Sidek dengan talak satu hari ini yang aku dapat tahu pulak ialah ulang tahun kelahiran Raja Azmi yang ke-53. Aduhai..
 
Lafaz cerai yang diucapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini turut disaksikan oleh anak kedua pasangan itu, Puteri Suaida, 23, dengan linangan air mata.

Mohd. Jalani, 49, mengucapkan lafaz tersebut selepas Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin berpuas hati bahawa tiada lagi kasih sayang di antara pasangan itu dan sering berlaku syiqah (konflik) berterusan sehingga perkahwinan yang dibina sejak 28 tahun itu tidak boleh diselamatkan lagi.

Selepas pelbagai kontroversi akhirnya begini jadinya...

Sumber: Utusan



Thursday, June 14, 2012

SUARAM Perlu Dedahkan Dokumen Dalam 3 Hari


KUALA LUMPUR – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini meminta Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mendedahkan dokumen yang mengatakan wujudnya transaksi berunsur rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene.

Menurut Presiden JMM, Azwan Din Hamzah pendedahan dokumen itu cukup penting supaya kebenaran dapat ditegakkan dan rakyat tidak ditipu dengan putar belit SUARAM.

“Kalau ada dokumen kenapa tak didedahkan. Ramai yang bertanya mana dokumen itu? Dalam bentuk apa dokumennya. Kenapa SUARAM tak hantar dokumen itu ke pihak SPRM atau Polis untuk disiasat.

“Kita minta SUARAM dedahkan dalam masa tiga hari. Jika tidak, rakyat boleh katakan dan anggap SUARAM menipu,” kata Azwan ketika dihubungi oleh Mynewshub.my di sini hari ini.

Azwan berkata, hakikatnya, tidak perlu diberikan masa kepada SUARAM untuk mendedahkan dokumen penting tersebut.

Sekiranya SUARAM berkata benar, pihak mereka perlu tampil dan membuat laporan berhubung isu rasuah dalam urusan pembelian tersebut, kata beliau.

“SUARAM bercakap tentang isu ini dah lama, tapi kenapa sekarang nak dibisingkan? Kalau betul, tak perlu diberikan tempoh sampai tiga hari, esok juga mereka harus kemukakan bukti itu. Apa sebenarnya mainan politik mereka? Kenapa perlu menunggu satu tempoh yang tak pasti untuk dedahkannya?

Bagi Azwan, rakyat semakin meluat dengan kerenah dan pendirian SUARAM yang suka membuat cerita tanpa memberikan bukti yang kukuh dan sahih.

“SUARAM bukan sahaja suka buat cerita, tapi semakin lama ramai orang yang meluat dengan SUARAM. Mereka tidak pernah bercakap benar dari dahulu lagi.

“Rakyat perlu tahu, bermula dari tahun dahulu lagi, SUARAM suka memulakan cerita dengan menimbulkan perkara-perkara negatif tanpa bukti yang sahih dan kukuk,” katanya.

Isu kapal selam scorpene yang ditimbulkan oleh SUARAM a.k.a pembangkang, telah berlanjutan sejak aduan dibuat mengenainya di mahkamah Perancis pada November 2009.

SUARAM telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya.

Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong menuduh bahawa kerajaan atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga pembunuhan.

SUARAM juga membuat beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan bahawa kes ini kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis. – Mynewshub.my.
 
 

Sunday, June 10, 2012

Manjakan Anak Biarlah Berpada-Pada


Ibu bapa adalah role model kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Muhasabah untuk diri ini supaya melatih dan memberitahu anak-anak cara dan berpakaian sopan mengikut Islam. Melatih anak biar mereka terbiasa dari kecil untuk memakai pakaian yang menutup aurat. 

Ramai ibu bapa sekarang amat mementingkan akademik sehingga mengabaikan suruhan dan perintah Allah swt dalam mendidik anak-anak. Ada yang sanggup hantar anak tuisyen dengan bayaran beratus-ratus ringgit tapi langsung tiada kesedaran untuk menghantar anak mengenal huruf Alif, Ba, Ta, Sa.

Maafkan saya jika ada yang membaca akan terasa menghina dan mengaibkan diri mereka, tetapi adakah anda sedar selama ini anda sendiri yang mengaibkan diri sendiri. Memang pahit untuk kita mengakuinya, bukan? 
 
Begitu juga dalam soal menutup aurat, apa yang saya nampak ramai yang berasa serba salah untuk memulakan memakai tudung ataupun menutup aurat. Belum dapat seru dan hidayah katanya, terdekit dihati nak berubah memakai hijab itu pun hidayah namanya. Tetapi ramai yang menepikan perasaan itu dengan pelbagai alasan dan ego. 
 
Jangan tunggu ‘sampai seru’ kerana sebenarnya seru itu sudah lama. Jangan kata saya ekstrem, cuma saya bimbang yang mengata orang ekstrem itu, adakah dia secara ekstrem melanggar perintah ALLAH. Kadangkala luka perlu untuk kita mendapat kekuatan dan cabaran untuk memulakan sesuatu yang baru. Semoga ALLAH mudahkan perjalanan saya dan orang-orang yang benar mahu berubah.

Bekas Kumpulan New Boyz Berdepan Hukuman Mati

Siapa yang tidak kenal kumpulan New Boyz kan.. Terkini, menurut sumber Metro pemain bass kumpulan New Boyz berdepan hukuman mati apabila didakwa di Mahkamah Tinggi atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara, dua tahun lalu.

Tertuduh, Zack atau nama sebenarnya, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.

Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan kes dibicarakan selama lima hari mulai 24 September depan.



Kisah Benar Anak Paderi Di Sabah Memeluk Islam


Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). “cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu…” Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.

Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;

- Mengapa orang Islam sembah ka’abah

- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan,Ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.

- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3

- konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.

Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita…….. Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……..Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu….

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,”You apa tahu… Islam pun baru setahun jagung…..”

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

Wallahu’alam….

Saturday, June 9, 2012

Taman Negara Endau-Rompin ditutup sementara Sebab Gajah Naik Minyak

 
JOHOR BAHRU - Taman Negara Endau-Rompin kini ditutup sementara kepada pelawat berikutan kejadian apabila seorang gadis Orang Asli cedera dilibas gajah, petang semalam.

Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) Suhairi Hashim berkata, pihaknya menasihati pelawat supaya tidak memasuki kawasan berkenaan atas faktor keselamatan dan laporan polis berhubung kejadian itu dibuat di Balai Polis Kahang dekat Kluang, hari ini.

"Kejadian yang membabitkan kecederaan di kawasan Pantai Burung itu merupakan kejadian pertama.

"Bagaimanapun, kami ada menerima maklumat mengenai sekumpulan kira-kira 30 ekor gajah yang dikatakan naik minyak di kawasan itu sehingga bertindak mengejar pekerja di kompleks Taman Negara beberapa hari lepas," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, sebagai langkah keselamatan, PTNJ membawa keluar 30 pelawat dan penyelidik yang berada di kawasan berkenaan sehingga keadaan kembali pulih.

Katanya, pemantauan terhadap 30 rumah penduduk masyarakat Orang Asli Kampung

Peta turut dilakukan bagi mengelak mereka diancam.

"Gajah-gajah ini merupakan aset Taman Negara Endau-Rompin. Oleh itu, kesemua haiwan itu tidak akan dipindahkan ke kawasan lain. Kita akan kenal pasti punca haiwan ini bertindak agresif dalam masa terdekat," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang semalam, Zubedah Ayong, 19, mengalami patah bahu kiri dan pinggul kanan selepas dilibas belalai haiwan itu ketika sedang mencari pucuk paku di kawasan berkenaan bersama dua kakaknya.

Zubedah yang tinggal di Kampung Peta kini dirawat di Hospital Sultan Ismail, di sini. - Bernama
 
P/s: agaknya gajah-gajah dalam hutan tu tertekan dengan ancaman dari manusia dan pembangunan. Diharapkan pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera untuk menjamin keselamatan para pencinta alam.


Friday, June 8, 2012

Operator Kilang Terpaksa Tanggung Hutang RM 250,000 Selepas Kehilangan Kad Pengenalan

Seorang operator kilang terpaksa berdepan masalah hutang RM250,000 akibat kad pengenalannya yang hilang kira-kira 18 tahun lepas disalahguna individu untuk pinjaman bank dan kad kredit.

Noor Lela Nazri, 40, kehilangan kad pengenalan selepas beg tangannya diragut di Taman Melewar, Gombak di sini pada 1994.

Pada sidang akhbar, Jumaat, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Micheal Chong yang menerima aduan Noor Lela berkata, wanita itu didakwa membuat pinjaman di tiga buah bank tempatan berkaitan empat pinjaman perumahan dan empat kad kredit.

"Dia hanya menyedari kad pengenalannya digunakan orang lain apabila dia gagal dalam memohon untuk membuka akaun di sebuah bank kerana namanya disenaraihitamkan.

"Dia yang menafikan pinjaman tersebut kemudian membuat pemeriksaan di Bank Negara sebelum pihak bank menunjukkan kad pengenalannya yang hilang lebih 10 tahun itu dilekatkan dengan gambar orang lain," kata Micheal.

Micheal berkata mangsa kemudian menerima beberapa panggilan daripada pihak bank yang memintanya melunaskan segala hutang berhubung pinjaman perumahan dan kad kredit itu.

Micheal pula berkata peguam Noor Lela akan membantunya untuk membuat pemeriksaan tandatangan dan perjanjian jual beli di bank-bank berkenaan untuk mendapatkan kesahihan.

"Kami mahu semua pinjaman itu dibatalkan dan bayaran ganti rugi dari bank kerana menyebabkan kesusahan," kata peguam itu, James Ee Kah Fuk. - BERNAMA
 
 

Wednesday, June 6, 2012

Masih Ingat Perang di Bosnia


Aku cuba mengimbas kembali ketika masih di sekolah rendah dulu lebih kurang dalam darjah 5 apabila berlakunya peperangan yang dianggap kepungan paling lama dan dahsyat 
dalam sejarah moden.  

SARAJEVO 6 April - Sejumlah 11,541 kerusi merah disusun dalam barisan sepanjang jalan utama di bandar raya ini, yang merupakan ibu negara Bosnia-Herzegovina, melambangkan setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak yang terbunuh dalam kepungan paling lama dalam sejarah moden.
Sarajevo, hari ini memperingati ulang tahun ke-20 tercetusnya perang Bosnia.
Pameran, konsert dan persembahan diadakan tetapi tiada satu pun yang boleh menandingi kesan beratus-ratus barisan kerusi merah, yang lebih kecil melambangkan kanak-kanak yang terkorban, diletakkan di dataran yang sama di mana konflik itu mula meletus pada 6 April, 1992.

Ketika perang meletus
"Penduduk bandar raya ini perlu berhenti sejenak dan memberi penghormatan kepada warganya yang terkorban," kata penganjur 'Garisan Merah Sarajevo', Haris Pasovic.
Kepungan pengganas Serb ke atas Sarajevo berlarutan selama 44 bulan atau selama 11,825 hari, lebih lama daripada kepungan tentera Nazi Jerman ke atas bandar raya Leningrad (kini St. Petersburg) 
semasa Perang Dunia Kedua.


Seramai 380,000 penduduk di Sarajevo pada waktu itu tidak mempunyai bekalan elektrik, air atau alat pemanas, dan terpaksa bersembunyi daripada terkena 330 tembakan meriam yang dilepaskan oleh pengganas Serb setiap hari ke atas bandar raya ini.

Sarajevo yang ranap
Pada 6 April, 1992, kira-kira 40,000 penduduk di negara ini, terdiri daripada etnik Bosnia yang beragama Islam, puak Serb yang beragama Kristian Ortodoks dan etnik Croat penganut Roman Katolik membanjiri dataran Sarajevo untuk menuntut perdamaian daripada para 
pemimpin politik mereka yang berfahaman nasionalis.


Komuniti Eropah (EC) telah mengiktiraf Bosnia sebagai sebuah negara merdeka selepas majoriti penduduknya mengundi menyokong kemerdekaan daripada Republik Yugoslavia pada waktu itu.
Namun, pengundian dilakukan mengikut garis-garis etnik, dengan penduduk Bosnia dan Croat menyokong kemerdekaan tetapi Serb Bosnia memilih untuk terus berada dalam Yugoslavia yang 
didominasi oleh puak Serb.
 
Perpaduan etnik yang ditunjukkan di dataran Sarajevo membangkitkan kemarahan golongan nasionalis Serb yang kemudian melepaskan tembakan ke arah orang ramai dari sebuah hotel berdekatan, menyebabkan lima orang maut dan mencetuskan perang 1992-1995 itu. - AGENSI


Khalid, Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen Akan Dibicara Jumaat Ni


SHAH ALAM - Penuntut jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath akan dibicarakan oleh lembaga tatatertib universiti itu, Jumaat ini, antara lain berkaitan dengan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Khalid, 22, yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) berkata, beliau dikenakan tiga tuduhan iaitu tidak menghadiri ujian bulanan, menggunakan laman Facebook berbaur ugutan bunuh terhadap polis dan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kalungan bunga pada demonstrasi hapuskan PTPTN.

Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah UiTM ini pada jam 9 pagi mengikut Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

“Saya akan berbincang dengan peguam dahulu sama ada ia perlu atau tidak saya hadir ke perbicaraan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, setakat ini beliau mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajian bagi mencari ketenangan ekoran kontroversi dilaluinya.

Tuesday, June 5, 2012

Ibu Nyaris Kehilangan Anak Yang Ditinggalklan Dalam Kereta

Gambar Hiasan

Di Johor Baharu, seorang suri rumah menempuh detik mencemaskan apabila anaknya yang ditinggalkan dalam kereta dengan enjin yang masih hidup, dilarikan seorang lelaki di Bandar Baru Kangkar Pulai. Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, Si ibu meninggalkan dua anak perempuannya, Nor Sabrina Damiah, 6, dan Nor Sofea Hadirah, 4, serta Mohd Ryan dalam kereta untuk membeli barang di sebuah kedai runcit di kawasan berkenaan.

"Sebelum keluar, saya sudah mengunci pintu kereta, tetapi tidak lama selepas itu, Damiah datang kepada saya dan belum sempat dia membuka mulut saya terdengar Hadirah menjerit.

"Saya terus keluar dari kedai runcit dan ternampak Hadirah berada di luar kereta sambil menjerit dan dalam sekelip mata, kereta saya dalam keadaan pintu yang masih terbuka dilarikan oleh seorang lelaki dengan anak bongsu saya berada dalam kereta," katanya.

Nasib baik, tidak sampai sejam selepas itu, polis Nusajaya menerima laporan mengenai penemuan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditinggalkan di hadapan sebuah restoran, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Dengan bantuan orang ramai, pihak polis berjaya mengesan kenderaan tersebut kira-kira pukul 11.30 malam semalam di Jalan Trus dan menahan tiga lelaki berumur antara 24 dan 26 tahun. Beliau berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiga lelaki terbabit juga terlibat dengan penyalahgunaan dadah selain dipercayai mempunyai kaitan dengan tujuh kes kecurian kenderaan sekitar Nusajaya dan Johor Baharu Selatan. - Bernama

Tergamaknya - Anggota Trafik Kritikal Dibelasah Mat Rempit

Jika tak dibendung makin berleluasa dan mengganas ikut suka hati, tapi bila ada operasi mencegah insan yang tak bersalah pula yang menjadi mangsa. Terkini, tergamaknya Mat Rempit membelasah Anggota Trafik hingga berada dalam keadaan nazak dan masih kritikal keadaan beliau.

KLANG – “Ayah hanya bergantung harap pada mesin untuk hidup, jika tidak…”

Kata-kata Mohd Hafiz, 21, tidak dapat diteruskan ketika ditanya keadaan ayahnya, Koperal Mustaghni Tabri, 48, yang terlantar di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Di raut wajah anak muda itu dilihat penuh rasa terkilan dengan kejadian yang menimpa ayahnya.

Sambil menyifatkan mat rempit itu kejam, di fikiran Mohd Hafiz didesak dengan satu soalan.

“Mengapa mereka tergamak buat ayah seperti ini? Mereka pukul kepala ayah…mungkin guna fork lock (pengunci motosikal).

“Ayah tidak sedarkan diri. Bernafas pun guna mesin. Ini semua sebab kesan pukulan kuat di kepalanya,” katanya, semalam.

Menceritakan kejadian itu, awalnya, ibu, Norizan Shahidin, 53, enggan menceritakan berita malang itu kepadanya.

Mungkin tidak mahu hatinya risau, namun adiknya, Khairunnissa, 20, menelefonnya dan memaklumkan ayahnya tenat.

“Selepas lima jam baru saya tahu berita ini. Ketika itu ayah sedang nazak, otaknya mengecut dan perlu dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh. Kuasa Allah, ayah kembali stabil,” katanya.

Ibunya, tidak henti-henti mengalirkan air mata. Sambil beberapa bacaan surah diperdengarkan kepada ayahnya.

Mustaghni parah dirempuh dan dihentak dengan topi keledar oleh dua mat rempit di Jalan Bunga Raya, Taman Gembira, kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira jam 1.45 pagi itu, Mustaghni sedang bertugas dalam operasi cegah lumba haram.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi berkata, gerakan memburu dua lelaki tersebut sedang dijalankan. (Sinar Harian)
 
 

Dahsyat Pesawat Terhempas di Lagos, Nigeria Rempuh Bangunan


Keadaan menyayat hati (Sunday Alamba/AP)
Aku sekadar berkongsi bagaimana sebuah pesawat yang sarat dengan penumpang terhempas semalam 4 Jun 2012 berikutan masalah enjin. Penerbangan dari Abuja ke Lagos sudah hampir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Murtala Muhammed sebelum juruterbang memaklumkan terdapatnya kecemasan kepada menara kawalan. Seramai 153 orang terbunuh termasuk enam anak kapal dan dipercayai 10 orang terbunuh apabila pesawat tersebut merempuh bangunan kediaman 2 tingkat di Lagos.


Friday, June 1, 2012

SPRM - Kes Ditutup Dan Shahrizat Tidak Terlibat Dalam Proses Perolehan Pinjaman NFC RM250 Juta


Menurut Bernama bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil didapati tidak terbabit dalam proses perolehan pinjaman RM250 juta daripada kerajaan Persekutuan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), yang dimilki suami dan anaknya.

Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil Khamis berkata kertas siasatan SPRM dan laporan Pejabat Peguam Negara mendapati Shahrizat tidak terlibat dan kes itu ditutup.

Katanya Ketua Wanita Umno itu tidak terlibat langsung dalam proses perolehan pinjaman yang dibuat oleh suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang juga pengerusi NFC.

Berikutan isu pinjaman itu, Shahrizat telah meletakkan jawatan menteri berkenaan apabila tempoh beliau sebagai senator tamat pada 8 April lepas.

Suaminya kini menghadapi perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan pecah amanah melibatkan wang RM49.7 juta dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1965. 

Diharapkan pihak SPRM sentiasa membuat penyiasatan yang telus dan tidak menindas mana-mana pihak.


Tuesday, May 29, 2012

(Isu Panas) Nizar Persoal Sultan Johor Beli Nombor Plat WWW1




Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menyatakan sesuatu mengenai tindakan Sultan Johor membeli nombor Plat WWW 1 yang berharga RM 520,000.00 dalam laman twitternya.

Nizar membidas Tengku Mahkota Johor dengan kenyataan yang berani yang menyatakan bahawa keluarga DiRaja Johor telah menggunakan duit Rakyat untuk membida nombor kenderaan "WWW1".



Kritikan Nizar

Kenyataan balas TMJ
 "Keluarga Diraja Johor tidak pernah mengambil apa-apa Wang daripada kerajaan sejak zaman Almarhum Sultan Ibrahim. Selesa untuk tidak meminta dari MB atau dari mana-mana pegawai Kerajaan. Wang yang diperuntukkan kepada Bapa saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Ini bertujuan (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) untuk membantu rakyat dan Kerajaan Negeri Johor. Sejak saya menjadi Raja Muda, tidak sekali-kali saya mengambil 1 sen daripada kerajaan hingga ke hari ini. Ia Wang Rakyat saya. Jadi sebelum Anda buka mulut anda, sila selidik."

*Sekadar Share 

Dah Dekat Nak Raya Emas RM200,000 Hilang


Gambar orang membeli emas...
Banyak persediaan sebelum perayaan Aidilfitri dibuat. Biasanya baju raya seawal 2-3 bulan orang dah mula tempah. Tapi macam mana dengan emas, pernahkah ada orang tempah emas awal?

Bukan itu soalnya, sebab sebuah kedai emas di Jalan Nara dekat Pasir Puteh kerugian RM200,000 apabila dipecah masuk pencuri2 hari lepas selepas disedari kira-kira pukul 10 pagi selepas seorang pekerjanya.

Didapati peti besi tempat simpanan emas ditebuk di bahagian tepi manakala jeriji pintu belakang kedai dipotong.

Suspek dipercayai menggunakan mesin pencanai untuk membuka peti besi berkenaan dan melarikan wang RM10,000 dan barang kemas yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM200,000.
Malangnya kedai berkenaan tidak mempunyai CCTV (kamera litar tertutup).

*Sepatutnya kedai emas kena ada CCTV...hmm





Monday, May 28, 2012

(Video) Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim Dalam Acara Menyanyi





Maaf gambar di atas bukan dalam acara menyanyi dengan 'pitch' tinggi...tapi dalam satu ceramah yang menimbulkan kecoh di Lembah Pantai pada minggu lepas.

Video (di bawah) menunjukkan hujah-hujah biasa yang DSAI bawakan kepada pengikut-pengikutnya. Isunya juga menjadi hangat apabila ada selingan 'lontaran batu'...yang dikatakan bermula daripada pihak UMNO.

Aku rasa DSAI telah memulakan ceramah dengan cukup baik, pun begitu lenggok bahasa dan gerakan badannya terus melonjak menjadi seperti 'marah'. Kelihatan agak kusut sedikit dalam tutur kata mungkin sebab hadirin yang agak sesak dan rapat. jadi apabila berucap dalam keadaan sebegitu memang tidak selesa. Ya, aku pernah dengar ceramah atau hujah yang jauh lebih baik daripada yang ini. Antara yang paling baik ialah ketika berucap 'memalukan' Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek pada 15 Julai 2008.



Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...