Sunday, June 10, 2012

Satria Neo Pakai No. Plat WWW1 Bernilai RM 520, 000


Menurut sumber milosuam, salah seorang sahabat pembaca mengirimkan gambar nombor plat yang menjadi kontroversi baru-baru ini iaitu WWW1. Nombor plat ini dimiliki oleh Sultan Johor yang dibida pada harga RM520,000.

Tentu ramai yang tertanya-tanya mengenai kereta kenderaan apakah yang akan menggunakan nombor plat paling mahal ini. Ini berikutan Sultan Johor memiliki banyak koleksi kereta-kereta mewah termasuk supercar paling mahal di dunia.

Teka-teki mengenai kereta manakah yang bakal menggunakan nombor plat termahal itu akhirnya terjawab apabila ia dilihat terpasang pada sebuah kereta buatan Malaysia, Proton Satria Neo.


No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...