Showing posts with label Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Akhbar. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Datuk Yahya Sulung Meninggal Dunia

Allahyarham Yahya Sulung

Datuk Yahya Sulung Meninggal Dunia

Datuk Yahya Sulong merupakan pelakon dan pelawak veteran yang berusia 85 tahun telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 6.45 petang tadi.
 
Allahyarham meninggal dunia kerana sakit tua dan banyak kali keluar masuk hospital. “Jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Teluk Intan, Perak pada malam ini juga. 
 
Menurut isteri Allahyarham, Datin Alisah Ali memberitahu iaitu pada Ogos tahun lepas Allahyarham koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi HKL akibat terjatuh di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul. 
 

Tuesday, June 12, 2012

Menutup Aurat Bukan Sekadar Bertudung

Fenomena baharu sejak kebelakangan ini apabila ramai dari kalangan artis, selebriti mula memakai tudung selepas ‘puas’ berada dalam bentuk free hair. Gambar free hair mereka sebenarnya sudah terlalu banyak terpapar di internet.

Alhamdulillah, iman yang masih ada dalam diri masih menjerit-jerit secara halus meminta supaya mereka kembali kepada fitrah. Di antara fitrah itu ialah menutup aurat mereka terutama dari kalangan wanita. Ia bukan kongkongan tetapi bermaksud membimbing masyarakat nmenjadi baik.

Bagi mereka yang belum insaf, maka ambillah peluang lebih awal sebelum gambar-gambar free hair dan ‘berpakaian tapi bertelanjang’ mereka terpampang dengan banyaknya dalam internet.

Bagi mereka yang mula sedar dan insaf, kita ucapkan tahniah dan terus Istiqamah dengan bertudung. Cuma satu perkara yang mesti difahami oleh semua ialah apabila seorang wanita Islam mula bertudung, maka ia sebenarnya baharu kembali kepada fitrah dan bukanlah bermakna ia sudah menjadi ‘malaikat’.

Menutup aurat sebenarnya mesti melihat pelbagai aspek-cara bertudung, jenis pakaian, cara berinteraksi, perangai lama yang masih ada, termasuk konsep tabarruj yang masih jauh dilaksanakan oleh ramai wanita Islam. Sekali lagi ingin saya tegaskan, semua hukum ini tidak bermaksud mengongkong wanita Islam tetapi ia adalah sebagai tanda iman, tanda tunduk kepada perintah Allah, tanda menundukkan nafsu di bawah kehendak Allah dan tanda wanita itu menjaga maruah dan harga dirinya.

Justeru, Kempen Setahun Menjaga Aurat Sepanjang Hayat yang dilancarkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Persatuan Persaudaraan Muslimah Negeri Kedah (Salimah) dan Badan Gabungan NGO Islam Kedah (Wehdah) yang bermula sehari dua ini sangat-sangat dialukan. Kempen bertemakan “Menjaga Aurat, Hidup Berkat, Masyarakat Selamat” mesti disokong sepenuhnya oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta masyarakat seluruhnya.

Harakahdaily melaporkan Kempen Jaga Aurat Sepanjang Hayat akan menyebarkan maklumat dan kesedaran ke seluruh masyarakat Islam agar menghayati hikmah dan manfaat menjaga aurat dalam membina watak masyarakat Islam yang bermaruah, berakhlak dan berprinsip.

Sebagaimana laporan, Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, walaupun memakai tudung di kalangan wanita Islam kelihatan sangat meluas dewasa ini, namun pakaian tudung dengan segala bentuk dan corak yang difahami oleh masyarakat telah menghilangkan makna menutup aurat seperti yang ditekankan dalam Islam. Beliau berkata, fesyen berpakaian ketat tetapi bertudung, menggunakan tudung hanya waktu tertentu sahaja, wujudnya kaum lelaki yang tidak menjaga aurat dalam beriadah dan berseni adalah antara gejala yang kini berleluasa dalam masyarakat. Tudung yang kini dilihat suatu fesyen terbaru ditanggapi hanya sebagai trend semasa yang akhirnya memesongkan kefahaman masyarakat terhadap pengertian sebenar menutup aurat seperti yang dituntut oleh Islam.

Menurutnya, kini gaya berpakaian bertudung sedang menjalani era komersialisasi yang amat pesat sehingga ramai artis dan wanita muda memakai tudung bukan kerana kefahaman dan penghayatan yang mendalam, tetapi kerana ia dilihat sebagai trend.

“Kempen ini akan melibatkan seluruh lapisan masyarakat serta pelbagai agensi dan pertubuhan Islam supaya konsep menjaga aurat dihayati dan mencapai kesan yang sepatutnya. Ia juga akan melibatkan agensi media, kesatuan sekerja , badan belia, pertubuhan wanita, badan professional, badan korporat dan persatuan mahasiswa IPT,” katanya lagi.

Kempen itu, ujarnya akan melibatkan pelbagai aktiviti seperti menyebar risalah dan poster, forum, ceramah penerangan, dialog, khutbah, penerangan di institusi pendidikan dan demonstrasi tatacara berpakaian dalam Islam.

Menurutnya lagi, kempen itu akan menarik institusi masjid dan surau untuk menyertainya yang akan melibatkan seluruh institusi masjid sebanyak lebih 500 buah di negeri Kedah.

“Memorandum khas mengenai kempen ini juga akan diserahkan kepada kerajaan negeri Kedah, jabatan dan agensi swasta untuk mendapatkan perakuan persetujuan dan sokongan mereka terhadap etika menjaga aurat sebagai kod berpakaian pekerja.

Para wanita Islam sepatutnya mengingati hadis Nabi SAW “Dua golongan dari kalangan ahli neraka, aku tidak akan memandang mereka di hari akhirat, iaitu lelaki yang bersama mereka cemeti sambil memukul-mukul manusia dan wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, berjalan sambil menggoyangkan kepala dan badan, di atas kepala mereka seumpama bonggol unta”.

Oleh: ustaznik
 
Sumber: metro online


Monday, June 11, 2012

30,000 Rakyat Johor Berhimpun Di Istana


JOHOR BHARU – Kira-Kira 30,000 rakyat Johor pelbagai kaum dan agama berhimpun secara aman di pekarangan Istana Pasir Pelangi bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Mereka membawa pelbagai sepanduk dan mula berhimpun sejak 10 pagi tadi di Sangkar Kristal, Taman Pelangi sebelum berarak sejauh satu kilometer ke Istana Pasir Pelangi, yang merupakan kediaman rasmi Sultan Johor pada jam 2 petang.

Sultan Johor turut berangkat ke Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor itu, yang dianjurkan Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung).

Suasana di pekarangan istana yang penuh sesak bertukar menjadi emosional apabila baginda tiba-tiba menjadi sebak dan menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan ringkas kepada hadirin.

“Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini,” kata baginda sambil mengesatkan air mata dan laungan “Daulat Tuanku” rakyat yang menghadiri perhimpunan itu terus berkumandang.

Sultan Ibrahim yang berterima kasih kepada mereka yang menghadiri perhimpunan itu berkata adalah menjadi amanahnya sebagai Sultan Johor untuk menyayangi rakyat.

“Tidak ada rakyat, tiadalah raja. Raja dan rakyat berpisah tiada,” katanya sambil mengingatkan seluruh rakyat negeri Johor, tanpa mengira kaum dan agama, supaya terus bersatu padu.

“Jika bersatu, kita akan kuat,” titah baginda yang ditemani isteri, Raja Zarith Sofia dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris serta kerabat diraja Johor lain.

Perhimpunan itu sebagai reaksi balas terhadap kenyataan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menerusi laman Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.

Terdahulu, baginda menerima lafaz ikrar taat setia wakil Gabung Ahmad Tarmizi Yusof serta kunjungan hormat 14 wakil NGO Johor yang menghadiri perhimpunan itu. – BERNAMA
 
 

Sunday, June 10, 2012

Satria Neo Pakai No. Plat WWW1 Bernilai RM 520, 000


Menurut sumber milosuam, salah seorang sahabat pembaca mengirimkan gambar nombor plat yang menjadi kontroversi baru-baru ini iaitu WWW1. Nombor plat ini dimiliki oleh Sultan Johor yang dibida pada harga RM520,000.

Tentu ramai yang tertanya-tanya mengenai kereta kenderaan apakah yang akan menggunakan nombor plat paling mahal ini. Ini berikutan Sultan Johor memiliki banyak koleksi kereta-kereta mewah termasuk supercar paling mahal di dunia.

Teka-teki mengenai kereta manakah yang bakal menggunakan nombor plat termahal itu akhirnya terjawab apabila ia dilihat terpasang pada sebuah kereta buatan Malaysia, Proton Satria Neo.


Toyota Avanza Remuk Teruk Dalam Kemalangan Di Setiu Mengorbankan Tiga Mangsa

Toyota Avanza yang remuk dalam kemalangan yang mengorbankan tiga mangsa di Setiu

KUALA TERENGGANU – Jurutera di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini, Shairyzal Mohamad Azizan, 30, begitu seronok dengan berita kunjungan keluarga bapa saudaranya dari Permatang Pauh, Pulau Pinang ke rumahnya di sini sehingga dia membuat beberapa panggilan telefon untuk mengetahui keadaan perjalanan mereka.

Namun, tanpa diduga, panggilan yang dibuatnya pada pukul 4.25 petang kelmarin untuk bertanyakan mengenai perjalanan bapa saudaranya itu, Abdul Razak Othman, 49, atau Pak Su bersama enam lagi ahli keluarga mereka rupa-rupanya perbualan yang terakhir.

Lima minit kemudian, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dikatakan terbabas memasuki laluan Toyota Avanza yang dipandu oleh Abdul Razak sebelum kedua-duanya bergesel dan berpusing di Kilometer 62 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu.

Lokasi kejadian itu hanya kira-kira 40 kilometer dari rumah Shairyzal.

“Ketika dalam perjalanan, saya beberapa kali menghubungi mereka untuk bertanyakan keadaan dan kali terakhir saya menghubungi mereka lima minit sebelum kejadian.

“Selepas itu, saya cuba hubungi mereka sekali lagi tetapi tidak dijawab sehinggalah ada orang telefon saya memberitahu bapa saudara saya terlibat dalam kemalangan,” ceritanya ketika ditemui di Balai Polis Setiu sejurus selepas kejadian.

Insiden yang berlaku dalam hujan lebat itu menyebabkan anak Abdul Razak iaitu Siti Suraya, 14, dan kakak Abdul Razak, Fathilah Othman, 53, tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal dunia di tempat kejadian. (Sinar)
 
p/s: Berhati-hatilah ketika memandu, jangan terlampau seronok ketika memandu kedenderaan. 
 
 
 

Saturday, June 9, 2012

Artis Veteran Tuntut AGM 14 Seniman Dibatalkan Sebab Ada Penyelewengan


AMPANG: Persatuan Kebajikan Artis Veteran (PKAV) menuntut pembatalan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-14 Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pada 25 Jun lalu kerana gagal memenuhi empat perkara dalam perlembagaan persatuan terbabit.

Wakil PKAV, pelakon veteran Abu Bakar Omar, 63, berkata AGM 14 gagal mengeluarkan notis mesyuarat kepada ahli secara sah serta gagal membentang dan meluluskan minit mesyuarat AGM 13.

Mesyuarat berkenaan juga gagal membentangkan laporan kewangan persatuan bagi 2011 dan butiran transaksi pembelian sebuah bangunan di Setapak dekat sini berjumlah RM330,000 serta kos ubahsuai bangunan itu sebanyak RM33,000.

"Kami tidak mempunyai sebarang isu peribadi terhadap pelantikan Zed Zaidi sebagai presiden Seniman.

"Sebagai artis veteran yang juga ahli Seniman kami hanya mahu hentikan penyelewangan dalam persatuan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

"Sebab itu kami kemukakan tuntutan membatalkan AGM 14 menerusi saluran undang-undang kerana mesyuarat itu diadakan dengan mengetepikan empat perkara dalam perlembagaan persatuan," katanya kepada mStar Online, petang Jumaat.
Antara artis veteran yang hadir hadir pada sidang media dan taklimat berhubung pembatalan AGM 14.

Abu Bakar dan kira-kira 80 artis veteran hadir pada sidang media dan taklimat bersama wakil peguam berhubung petisyen pembatalan AGM 14 di Pawagam P. Ramlee, Kompleks Studio Merdeka Finas, Hulu Kelang di sini.

Abu Bakar berkata, petisyen itu sekali gus membawa kepada pembatalan pemilihan dan pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan bagi sesi 2012 hingga 2015.

PKAV turut memohon satu Injuksi Interim yang menghalang AJK yang dilantik pada AGM 14 daripada melaksanakan tugas-tugas jawatan sehingga tindakan Mahkamah/Tribunal diputuskan kelak.

Katanya, mereka turut memohon apa-apa relif lain yang bermanfaat kepada persatuan.

"Petisyen sudah dikemukan, jadi kami serahkan selebihnya kepada peguam. Kami hanya mahu AGM 14 itu dibatalkan dan AJK tersebut digantung sehingga keputusan mahkamah diputuskan," katanya.

Antara yang hadir pada taklimat tersebut adalah bekas presiden Seniman Datuk Mustapha Maarof dan barisan artis veteran antaranya Datuk Aziz Sattar, Datuk Yahya Sulong, Mariani Ismail dan penerbit filem Datuk Yusof Haslam.

Pada pertemuan itu, sebanyak RM1,100 berjaya dikutip hasil sumbangan barisan artis veteran yang hadir bagi mengumpulkan dana untuk kos peguam kelak. (Mstar)
 
 

Monday, June 4, 2012

Bot Langgar Feri Di Langkawi - Pelancong Hong Kong Parah

Gambar Hiasan
LANGKAWI — Seorang pelancong Hong Kong cedera parah apabila bot pelancong yang dinaiki berlanggar dengan sebuah feri penumpang dekat jeti Kuah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt. Hariph Kam Abdullah berkata, Weng Heng Hee, 24, yang cedera di kepala, sedang dirawat di Hospital Langkawi.

Ketika kejadian, Weng menaiki bot itu bersama 11 pelancong lain.

Katanya, feri berkenaan baru saja bertolak 50 meter dari jeti Kuah di sini kira-kira 1.15 tengah hari apabila berlanggar dengan sebuah feri penumpang yang dalam perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah.

Beliau berkata, punca kejadian masih disiasat.— BERNAMA 
 
#  Sebab tu lah KS takut kalo naik feri nak ke Langkawi ni, tapi apa pilihan yang ada? Hanya mampu berdoa jer lah setiap kali naik feri nak ke Langkawi. Kadang-kadang terfikir juga adakah pengusaha feri di Langkawi ni betol-betol menjaga aspek keselamatan penumpangnya.



Wednesday, May 16, 2012

Nazmi Faiz Diburu Akhbar Portugal



Akhbar berbahasa Portugis ni menemuramah Nazmi seperti pemain bintang
Gambar yang aku tunjuk dalam entri sebelum ni, adalah daripada ESPN Star, yang mana gambar sama adalah daripada akhbar berbahasa Portugis yang telah memberi tumpuan khas kepada kehadiran pemain muda Malaysia ini. Bangga apabila kehadiran Nazmi mendapat liputan luas akhbar kerana ejen yang membawa Nazmi bukan calang-calang. 

Aku terjemah tajuk artikel akhbar tu:

alcancar = achieve
o = the
sonho = dream
de = of
jogar = play
na = in
Europa = Europe


*haa..pandai dah kita cakap Portugis disebabkan si Nazmi ni..


Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...