Tuesday, June 12, 2012

Mata Kakak 'Senyap'

Kamila (Kakak) dengan lahapnya...
Kakak memang makan tak tentu, biasanya kalau malam-malam, roti canai dan burger daging antara pilihan favourite-nya. Kalau pekena burger, dia boleh habiskan dalam masa yang hampir sama seorang dewasa makan.

Tertidur dengan gaya tersendiri...

Lepas makan dia layan Astro Ceria, nak tengok kartun katanya. Aku biar dia sorang-sorang kat ruang tamu. Lama lepas tu, ketika si ibu sibuk melayan blognya, terasa senyap jer di luar sana di ruang tamu..rupa-rupanya tertidur dah si kakak ni dengan gaya kekenyangan, mujur tak tergolek, terjatuh ke bawah...

Dengan pipi yang bulat
Tidur lena dah kakak malam tu dengan sebijik burger jadi mangsanya. Kalau pejam mata dia akan kata "Mata kakak senyap". Malam tu abah dia yang nampak dulu lalu abah mengangkatnya ke bilik tidur. Lantas malam tu, berlalu dengan senyap tanpa telatah nakal si kakak yang tak pernah berhenti membuat bising!

2 comments:

Kakcik Seroja said...

Comel je dia tidur. :)

Kakzakie Purvit said...

Anak yg masih bersih dari dosa. Apalah dia nak fikir selain main-makan kenyang perut senang hati tidurlah... apa yg dia mahu semua dapat...

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...