Tuesday, June 5, 2012

'Kembara Menjejak Al-Hamra' Bersama Farid Kamil

Majlis Pelancaran 'Kembara Menjejak Al-Hamra' bersama Farid Kamil di restoran Rebung

Dalam program 'Kembara Menjejak Al-Hamra', Farid mengajak para peminatnya untuk bersama-sama bercuti di dua buah negara yang penuh dengan sejarah keislaman dunia iaitu Sepanyol dan Maghribi bermula pada 11 hingga 22 November depan.

Antara destinasi yang akan dikunjungi di Sepanyol ialah Kota Madrid, stadium bola sepak Real Madrid, Toledo, Cardoba, Costa De Sol dan Algreciras.

Manakala di Maghribi pula, peminat-peminat Farid akan dibawa melawat ke ibu negaranya iaitu Casablanca, Fez, Old Medina, Marrakesh, Rabat dan Tangiers.

"Negara yang saya tidak sabar-sabar untuk lawati ialah Sepanyol dan stadium bola sepak Real Madrid adalah lokasi pertama yang ingin dilawati.

"Saya percaya para peminat pasti akan seronok dengan percutian ini dan akan membawa ibu untuk turut serta. Ia merupakan hadiah daripada saya selepas menghantarnya menunaikan Umrah pada Mac lalu," ujarnya yang menjadi ikon kepada pakej percutian tersebut anjuran safirgotravel.com.

Bagi yang ingin menyertai 'Kembara Menjejak Al-Hamra', pakej bagi seorang dewasa adalah sebanyak RM9,990 manakala bagi golongan warga emas, diskaun diberi dengan harga RM9,880 (seorang).

Tempahan boleh dilakukan dengan melayari safirgotravel.com atau menghubungi talian 03-83204090, 03-89203040 dan 019-3151038.

Orang ramai juga boleh membuat tempahan dengan berkunjung terus ke pejabat urusan Speed Travel & Tours Sdn Bhd, 45B jalan 3/69, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor. (Mstar)
 
 

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...