Sunday, June 10, 2012

Cincin Tunang Miley Cyrus Dianggarkan Bernilai AS$100,000 (RM316,847)

SEMARAK cinta pelakon, Miley Cyrus, 19, masuk ke fasa lebih serius apabila remaja popular itu selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Liam Hemsworth, minggu lalu.

Miley yang gembira dengan status baharunya itu membuat kenyataan menerusi laman sosial Twitter:

"Terima kasih kepada semua. Saya begitu gembira untuk berkongsi berita ini dan berasa seperti semua impian saya menjadi kenyataan. (Saya berharap) semoga hari (ini) anda (turut menjadi) ceria," ungkap Miley kepada 5.8 juta peminat di laman sosial tersebut.

Pelakon siri televisyen Hannah Montana itu menerima sebentuk cincin 18 karat bertatahkan berlian 3.5 karat oleh tunangnya sebagai tanda memiliki hati gadis tersebut.

Pakar permata dan berlian profesional menaksirkan bahawa harga sebenar cincin itu dianggarkan bernilai AS$100,000 (RM316,847) berpandukan warna berliannya.

Menurut laporan Kosmo, pasangan itu mula bercinta di lokasi penggambaran filem The Last Song pada 2009. Mereka bagaimanapun mengumumkan tidak mahu tergesa-gesa untuk mendirikan rumah tangga.
 
 

1 comment:

mama aini said...

ehem mahalnya harga cincin tunang diaorg..hu2x..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...