Showing posts with label Artis dan Selebriti Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Artis dan Selebriti Luar Negara. Show all posts

Monday, February 4, 2013

Harper Anak Beckham - Pemain Bola Sepak Terkaya Dunia

HARPER seronok bermain dengan bola.
Abang-abangnya, Brooklyn, Romeo dan Cruz menunjukkan minat mengikut profesyen bapa mereka de­ngan mengambil bahagian dalam kebanyakan latihan bola sepak di sekolah ma­sing-masing.

Dan nampaknya, anak perempuan Beckham dan Victoria, Harper sudah bersedia untuk turut sama dalam permainan itu.

Kanak-kanak perempuan berusia setahun itu dibawa ibunya untuk me­nyaksikan abangnya me­ngambil bahagian dalam perlawanan bola sepak baru-baru ini.

Harper juga turut berseronok apabila dilihat mempunyai bolanya sendiri.
 


Dia teruja untuk membebaskan diri daripada dukungan ibunya dengan mengutip dan bermain bola selepas perlawanan tamat.

Dengan memakai riben hitam di rambutnya, sandal dan jumpsuit, ia bukanlah imej yang tepat untuk permainan bola sepak.

Victoria dilihat bertepuk tangan dan bersorak di tempat duduk penonton sambil menyuap­kan snek kepada Harper.

Selain me­ngikut jejak langkah bapa­nya yang aktif, Harper juga mempu­nyai masa depan menjadi fesyenista seperti ibunya.


Tampil dengan tumit ting­gi wedges, Victoria yang berusia 38 tahun itu kelihatan lebih glamor berbanding wanita lain yang duduk di sekelilingnya. Mereka datang untuk menyaksikan anak masing-masing bermain bola sepak dengan hanya pakaian kasual.

Victoria dilihat meng­genggam erat telefon bimbitnya tetapi perhatiannya diarahkan kepada perlawanan itu.

Fakta: 5 Pemain Terkaya Dunia
  1. David Beckham (ketika di LA Galaxy) - RM 650.5 juta
  2. Rio Ferdinand (Manchester United) - RM 173.5 juta
  3. Ryan Giggs (Manchester United) - RM 144.5 juta
  4. wayne Rooney (Manchester United) - RM 144.5 juta
  5. Steven Gerrard (Liverpool) - RM 130.1 juta
 p/s: Beckham kini baru sahaja diperkenalkan sebagai pemain PSG 
Sumber: Metro 

Friday, January 25, 2013

Marshanda Sinetron Selamat Melahirkan Bayi Perempuan


Marshanda Sinetron Selamat Melahirkan Bayi Perempuan
 
Selain daripada Nia Ramadani, aktres sinetron yang aku suka tengok ialah si Marshanda ni yang khabarnya selamat melahirkan bayi sulungnya.

Aktres berusia 23 tahun itu melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Sienna Amirah Kasyafani, dua minggu lebih awal daripada yang dijadualkan.

"Isteri saya mengadu berasa sakit pada malam semalam, dan saya terus membawanya ke hospital.

"Sebelum ini, doktor menjangkakan isteri saya bersalin pada 3 Februari ini," kata suami aktres tersebut, Ben Kasyafani.

Marshanda dilaporkan melahirkan bayinya menerusi pembedahan ekoran mengalami masalah pada posisi bayi di dalam rahim.

Pasangan suami isteri tersebut melahirkan rasa syukur di atas kelahiran itu dan gembira untuk menjalani kehidupan sebagai ibu bapa.

"Syukur alhamdulillah kerana Marshanda dan anak kami berada dalam keadaan sihat.

"Kami akan membesarkan puteri kami dengan penuh kasih sayang dan melakukan yang terbaik buatnya," jelas Ben. 





Wednesday, August 1, 2012

Siapa Samuel Rizal Ni



Apa yang membuatkan aku tertanya siapakah Samuel Rizal Ni sebab aku tak kenal dia ni penyanyi ke pelakon ye..huhu..Menurut Mstar Samuel Rizal enggan upah pengasuh jaga anak. Dah nama pun aktor, pelakon la kan.. kelahiran anak sulung aktor Samuel Rizal dan Stevianne Agnecya yang bernama Drucilla Kalea Arifin pada 28 Julai lalu adalah hadiah yang sangat bermakna buat pasangan itu.

Bagaimanapun, tidak seperti selebriti-selebriti lain yang mengupah pengasuh untuk menjaga anak-anak mereka, Samuel enggan berbuat demikian.

"Saya tak mahu orang luar menjaga anak kami, biarlah kami menjaga sendiri. Sekiranya masing-masing sibuk, kami akan hantar kepada mana-mana keluarga yang boleh membantu. kalau boleh saya mahu Drucilla belajar berdikari," katanya kepada kapanlagi.com .

Saat Samuel ditemui di Kemang Medical Centre, Jakarta Selatan, pada Isnin, isterinya sedang berehat di sebuah wad eksklusif bagi menjalani rawatan.

Samuel dan Stevianne telah mendirikan rumah tangga pada 12 Februari lalu.
 
 

Sunday, June 10, 2012

Gambar Kereta Porsche Lindsay Lohan Terlibat Kemalangan





SELEBRITI bermasalah Hollywood, Lindsay Lohan mengalami kemalangan apabila kereta yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori semasa dalam perjalanan ke set penggambaran filem Liz & Dick di Los Angeles.

Kejadian yang berlaku di lebuh raya Santa Monica itu telah menyebabkan kereta jenis Porsche hitam milik pelakon itu remuk teruk. Keadaan kereta dari jenis Porsche milik Lindsay yang rosak teruk dalam kemalangan yang berlaku di lebuh raya Santa Monica.

Lindsay dan seorang kenalannya yang turut berada dalam kenderaan berkenaan telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan nasib mereka baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan.

Pihak berkuasa yang mengenadalikan kes berkenaan turut mengesahkan Lindsay dan pemandu lori berkenaan bebas daripada pengaruh alkohol ketika kejadian dan masih menyiasat punca kejadian.
 
 TMZ & Mstar
 
 

Cincin Tunang Miley Cyrus Dianggarkan Bernilai AS$100,000 (RM316,847)

SEMARAK cinta pelakon, Miley Cyrus, 19, masuk ke fasa lebih serius apabila remaja popular itu selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Liam Hemsworth, minggu lalu.

Miley yang gembira dengan status baharunya itu membuat kenyataan menerusi laman sosial Twitter:

"Terima kasih kepada semua. Saya begitu gembira untuk berkongsi berita ini dan berasa seperti semua impian saya menjadi kenyataan. (Saya berharap) semoga hari (ini) anda (turut menjadi) ceria," ungkap Miley kepada 5.8 juta peminat di laman sosial tersebut.

Pelakon siri televisyen Hannah Montana itu menerima sebentuk cincin 18 karat bertatahkan berlian 3.5 karat oleh tunangnya sebagai tanda memiliki hati gadis tersebut.

Pakar permata dan berlian profesional menaksirkan bahawa harga sebenar cincin itu dianggarkan bernilai AS$100,000 (RM316,847) berpandukan warna berliannya.

Menurut laporan Kosmo, pasangan itu mula bercinta di lokasi penggambaran filem The Last Song pada 2009. Mereka bagaimanapun mengumumkan tidak mahu tergesa-gesa untuk mendirikan rumah tangga.
 
 

Friday, June 8, 2012

Megan Fox Mengandung Anak Pertama

Laman-laman berita antarabangsa kecoh apabila pelakon jelita Hollywood dan bintang Transformers, Megan Fox, dikatakan hamil dan dijangka akan melahirkan seorang bayi pada akhir September atau awal Oktober tahun ini.

Sumber memberitahu majalah The Star bahawa Megan dan pasangannya, Brian Austin Green, sedang teruja menanti kelahiran seorang bayi dan anak perempuan suaminya (dari isteri pertama Brian), Kassius, 10, akan menerima seorang adik dari ibu tirinya.

“Sangat jelas bahawa Megan dan Brian sangat gembira tentang bayi tersebut sama ada lelaki atau perempuan. Tapi mereka berdua mungkin risau mengenai reaksi Kassius untuk menerima seorang adik (tidak lama lagi).

“Dia (Megan) dijangka melahirkan bayi pada hujung September atau minggu pertama Oktober ini.

“Megan kini dikaitkan dengan sebuah filem baru, Swindle, namun ia terpaksa ditulis semula (skrip) dan pergambarannya dijangka tidak akan bermula melainkan pada tahun depan, jadi dia boleh menumpukan perhatian kepada bayi dalam kandungannya itu,” kata sumber yang dipetik dari majalah tersebut baru-baru ini.

Megan, 26, dan Brian difahamkan telah menunggu hampir dua tahun untuk memiliki anak dari hasil perkahwinan mereka selama ini.

Lagi berita penuh di Sini


Thursday, June 7, 2012

(Gempaq) Pelakon Mana Bertuah Dapat Hadiah Helikopter


Aktres seksi, Angelina Jolie telah membuat kejutan kepada tunangnya yang merupakan aktor popular, Brad Pitt dengan membeli sebuah helikopter sebagai hadiah.

"Mereka memiliki landasan untuk helikopter di rumah mereka di Chateau Miraval, Perancis. Jadi Angelina fikir ia merupakan idea yang bagus untuk membelikan Brad sebuah helikopter sebagai hadiah kejutan," ujar satu sumber kepada akhbar The Sun.

Bintang "Tomb Raider" ini bukan sahaja membeli helikopter, malah turut menyediakan kursus untuk mengemudikannya.

Pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie dikhabarkan menghadiahkan sebuah helikopter kepada pasangannya, Brad Pitt. Helikopter mewah berharga USD1.6 juta itu turut disertakan dengan pakej kelas penerbangan.


"Walaupun Brad sudah ada lesen juruterbang peribadi, Angelina tetap mahu tunangnya belajar bagaimana mengemudi helikopter dalam masa terdekat. Ini kerana mereka akan menggunakannya untuk terbang pergi dan balik ke Cannes," jelas sumber itu lagi .

**bila dah terlampau kaya, beli helikopter macam beli permainan je. Untungnya . Harga Helikopter berkenaan dianggarkan 1.6 million dollar .
Selain Pitt yang diketahui mempunyai lesen juruterbang, kediaman pasangan ini, Chateau Miraval yang terletak di Selatan Perancis turut dilengkapi dengan kawasan pendaratan helikopter.


Namun begitu, Pitt perlu menghadiri beberapa kelas penerbangan sebelum boleh menerbangkan helikopternya itu. 

Nadia Anuar, Personaliti TV3 Bercinta Dengan Sammy Simorangkir, Penyanyi Dari Seberang

Nadia Anuar, Personaliti TV3 Bercinta Dengan Sammy Simorangkir, Penyanyi Dari Seberang

Bertuah sungguh miliki wajah cantik manis macam ni ye..Aku pun kurang arif siapa Nadia Anuar, Personaliti TV3 ni, kalau tak silap dia pengacara MHI. Kalau sebelum ni Bunga Citra Lestari & Ashraf Sinclair menjalinkan hubungan cinta dan berkahwin akhirnya.

Kekasih Nadia Anuar ni merupakan bekas vokalis kumpulan Kerispatih, Sammy Simorangkir yang baru baru ini hadir ke Malaysia untuk promosi album terbaru. Bukan saja dapat memikat hati peminat-peminat di Malaysia, malah sudah mencuri hati seseorang di Malaysia.

Menurut sumber rotikaya, mereka tampak tidak segan silu meluah rasa cinta juga rindu di Twitter dan Nadia Annuar juga khabarnya pernah terbang ke Jakarta bertemu si buah hati. 

Tuesday, June 5, 2012

Anang & Ashanty Bulan Madu Di Mekah

Anang dan Ashanty telah sah bergelar suami isteri pada 12 Mei lalu dan telah membuat majlis resepsi mereka di Hotel Shangri-La, Jakarta 20 Mei lalu.
 
Penyanyi dan komposer terkenal, Anang Hermansyah dan isteri yang juga merupakan penyanyi, Ashanty telah merancang untuk berbulan madu di Mekah sekaligus dapat menunaikan ibadah Umrah di sana.

"Anang memang mahu perkahwinan kali keduanya ini diberkati. Kerana dia bukan sahaja berkahwin dengan Ashanty tetapi juga mengikat silaturahim antara dua keluarga besar. Berbulan madu sekali dengan menunaikan Umrah sememangnya menjadi keinginan Anang sebelum akad nikah lagi,"ujar pengurus Anang, Yuni.

Mengikut perancangan, pasangan pengantin baru Anang dan Ashanty akan berangkat ke Tanah Suci pada 26 Mei lalu dan kembali pada 1 Jun.

Anang dan Ashanty telah sah bergelar suami isteri pada 12 Mei lalu dan telah membuat majlis resepsi mereka di Hotel Shangri-La, Jakarta 20 Mei lalu. (MH)
 
 

(6 Gambar) Anak Nia Ramadhani, Pelakon Sinetron


Nia Ramadhani, 22, sangat terkenal dalam Sinetron “Bawang Merah, Bawang Putih” yang telah disiarkan antara tahun 2006 sehingga 2007dan kini telah bergelar ibu. Nia Ramadhani telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada hari Sabtu (2 Jun) lepas. Bayi yang diberi nama Mikhayla Zalindra Bakrie telah dilahirkan di Rumah Sakit Pondok Indah (RSPI), Jakarta pukul 7.25 WIB.
 
Mikhayla Zalindra Bakrie, anak Nia Ramadhani telah dilahirkan melalui kaedah ‘caesarian’ dan mempunyai berat 3.1 kilogram, panjang 48 cm ketika dilahirkan. Kedua-dua mereka dilaporkan berada dalam keadaan sihat. Untuk pengetahuan, Nia Ramadhani, 22, telah bernikah dengan Ardi Bakrie pada bulan April tahun 2010.
Saat Nia Ramadhani sedang sarat mengandungkan anaknya Mikhayla Zalindra Bakrie




Kredit Foto: FB weloveniaramadhani


Saturday, May 26, 2012

Aishwarya Rai Tampil Langsing Di Cannes 2012

Aikkk..hari tu nampak Aishwarya Rai gemuk, ni kurus la pulak. Ubat slim apa yang dia makan dan guna ye.. selepas beberapa bulan melahirkan anak pertamanya, pelakon jelita Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan mengambil keputusan untuk membuat kemunculan pertamanya selepas bersalin di Festival Filem Cannes 2012.

Isteri kepada Abhishek Bachchan itu sebelum ini telah dikritik hebat oleh media antarabangsa apabila masih gagal mengembalikan bentuk badan asalnya selepas melahirkan seorang anak perempuan pada November tahun lalu.

Bagaimanapun, Aishwarya telah mengejutkan para peminat apabila tampil lebih langsing pada acara karpet merah dan mendapat pujian daripada pelbagai pihak.

Papparazi berjaya merakam gambar Aishwarya yang kelihatan gemuk selepas beberapa bulan melahirkan anak sulungnya.
 
Tampil dalam busana rekaan Abu Jani-Sandeep Khosla, bekas ratu cantik dunia itu kelihatan menawan dan telah memukau hadiran yang terlihat kelibatnya.

"Walaupun masih kelihatan sedikit berisi auranya sudah cukup untuk membuatkan orang lain terpukau dan Aishwarya cukup cantik," ujar salah seorang peminatnya.

Aishwarya dalam satu temubual sebelum ini pernah memberitahu dia sangat bahagia bergelar seorang ibu dan tidak kisah mengenai masalah berat badan yang sedang dihadapinya. (Mstar)
 
 

Saturday, May 19, 2012

Gambar bayi Jessica Simpson Bernilai RM4 juta

Baru sahaja bergelar ibu, aktres jelita, Jessica Simpson menerima ‘durian runtuh’ apabila majalah terbesar Amerika, People Magazine, membeli foto eksklusif bayinya, Maxwell Drew Johnson.

Menerima bayaran lumayan sebanyak, RM2.5 juta, Jessica dan tunangnya, Eric Johnson, mampu tersenyum dengan nilai itu.

Namun, sumber memberitahu bahawa nilai itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan harga yang pernah diterima, Jennifer Lopez dan Angelina Jolie untuk gambar bayi mereka.

Setelah pelbagai spekulasi diterima, Jessica mula tampil untuk berbincang mengenai harga gambar anaknya.

“Jika difikirkan, memang nilai itu tidak setimpal berbanding dengan gambar anak selebriti lain. Jadi, saya akan berbincang dengan pihak majalah untuk meletakkan harga RM4 juta untuk gambar bayi saya,” katanya.

Jennifer Lopez menerima RM6 juta untuk foto bayinya, Max dan Emme, manakala Angelina Jolie menerima RM11 juta untuk foto bayi kembarnya.

Namun, bukan semua selebriti sanggup menjual gambar anaknya, ada juga yang bermati-matian menolak tawaran media seperti Beyonce Knowles dan Aishwarya Rai.


Tuesday, May 15, 2012

7 Gambar Syahrini, Pelakon Indonesia Bercinta Dengan Kerabat Diraja Selangor

Bertuah nasib badan, untung bangat jadi artis yang cantik dan menawan ni, mudah-mudah jer dapat berpacaran sama Hartawan mahupun VVIP. Terbaru di Detikhot.com, pelakon dari Indonesia yang tak asing lagi namanya, Syahrini telah mendedahkan identiti teman lelakinya yang bernama Raja Mohammad Syazni (Bubu). Jejaka ini dipercayai dari keturunan kerabat Diraja Selangor dan mereka berdua sudah bercinta hampir 2 tahun. Menurut Syahrini, dia bertemu Bubu ketika sambutan tahun baru pada tahun 2010 dan mula bercinta pada bulan Februari 2011. Kebanyakkan forum-forum di Indonesia dah banyak bergosip tentang hal ini yang mana ada juga pendapat yang mengatakan Bubu ni dari keturunan kerabat Diraja Kelantan. Begitulah gosip yang melanda Syahrini selagi mereka berdua tidak mengumumkan secara rasmi status perhubungan mereka kepada peminat.





Monday, May 14, 2012

Anak Beckham, Harper Yang Cute!



Dah tengok kan, nama anak David Beckham yang tersohor tu kat kasut bola dia. Haa..ni lah yang paling kecik nama Harper baru 10 bulan digayakan dengan warna kelabu oleh ibunya yang terkenal dengan fesyen itu ini.





Sunday, April 29, 2012

Iklan Wangian Madonna Diharamkan di stesen TV Amerika


Ratu Pop dunia, Madonna sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila iklan untuk wangian terbarunya, Truth or Dare telah diharamkan penayangan di stesen TV Amerika.

Menurut laporan New York Post, iklan hitam putih itu memperlihatkan Madonna berpakaian seksi di samping membuat pelbagai aksi mengghairahkan yang dirasakan tidak sesuai untuk tontonan umum.

Truth or Dare adalah jenama terbaru keluaran Madonna yang bukan sahaja terhad kepada wangian malah sebelum ini penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Vogue' telah melancarkan koleksi kasut dengan jenama yang sama.
 
 
Sumber: MH
 
 
 

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...