Harga Petrol RON 97 yang orang biasa macam kita pakai selama ni untuk isi kereta mewah akan turun lagi mulai esok sebanyak RM10 sen berikutan penurunan harga minyak global. Maka secara tidak langsung beberapa harga barang kawalan seperti gula, minyak dan tepung akan diturunkan juga mulai esok bukannya secara berperingkat. Ini adalah amalan biasa apabila harga minyak naik dulu, barang-barang seperti inilah yang naik, lalu makanan kegemaran ramai seperti roti canai, murtabak, nasi lemak, teh tarik mendaki naik. Maka selepas subuh esok, bergembiralah kita menikmati roti canai yang murah ataupun nasi lemak yang sedap untuk bersarapan pagi.
Tunggu masa untuk 'ngap'..penurunan harga nasi lemak ini belum diumumkan lagi... |
1 comment:
ehem..kadang2 masih ada peniaga yg berdegil tak mahu menurun harga brg2 yg lain !!..hu2x..
Post a Comment