Dalam soal pemakanan anak-anak memang memeningkan kepala. Apatah lagi yang jenis macam anak aku ni. Sukar sangat untuk makan makanan lain selain susu botol dia walaupun dah usia 3 tahun, nak dapatkan makanan seimbang jauh sekali. Aku memang risau sangat-sangat, dalam usia dia cam gitu memerlukan nutrisi yang seimbang untuk perkembangan otak jugak.
Siapa yang tak mahu anaknya cerdik dan pintar kan. Dalam seminggu tu hanya tiga atau empat kali jer dia makan nasi saja bersama sup. Ikan dan telur kadang-kadang jer makan. Ayam dan daging memang dia tak pernah sentuh langsung. Ayam KFC jer dia makan, itupun empingan yang ranggup jer dia bedal, isi ayamnya tinggal bogel cam gitu jer.
Jenis-jenis Makanan Utama Bagi Kanak-Kanak. Aku refer website Kevin Zahri untuk panduan:

a) Karbohidrat: merupakan keperluan utama bagi kanak-kanak. Kebiasaannya kanak-kanak mendapat bekalan karbohidrat melalui gula-gula, jus buah-buahan, makanan yang diproses dan juga makanan ringan. Pilihan Karbohidrat yang baik ialah buah-buahan, sayuran, roti, bijirin gandum penuh dan lain-lain lagi.
b) Protein: adalah penting kepada kanak-kanak. Namun protin perlu diberi dengan kadar sederhana agar tidak membebankan buah pinggang mereka. Sumber protin yang baik adalah; telur, susu, ayam, keju, ikan, daging dan sebagainya.
c) Lemak: Tidak ada keperluan bagi kanak-kanak untuk menikmati hidangan rendah lemak. Lemak adalah komponen terpenting didalam diet mereka. Masalah hanya akan timbul jika pengambilan makanan berlemak yang tinggi nilai kalorinya. Lemak yang baik untuk membantu pertumbuhan kanak-kanak boleh didapati melalui Omega-3 ( tuna, sardin, salmon, kacang) dan Omega-6 (Jagung, avokado, badam).
Panduan Asas
- Elakkan kanak-kanak mengambil makanan segera seperti makanan dingin beku
- Jangan jadikan makanan segera atau makanan ringan sebagai ganjaran untuk kanak-kanak melakukan sesuatu
- Sediakan buah-buahan sebagai makanan ringan dirumah bagi mengelakkan mereka memilih makanan yang tidak berkhasiat
Cadangan Dan Contoh Plan Pemakanan Sihat Untuk Kanak-Kanak:
Pagi = Secawan Cornflakess, kismis, badam & susu
Snack Pilihan.
Tengahari = Nasi, ayam & sayuran
Snack Pilihan.
Malam = Roti Pita, fillet ikan dan sayuran
‘snack’ berkhasiat untuk anak kita nikmati seperti Buah, susu dan badam
No comments:
Post a Comment