Huhuuu...sape tahu ni, sila angkat tangan. Kakak kata ni 'meknos' (Mc. Donalds), budak pun tau yang Mc.D terkenal dengan burger. Bukan la kakak..ini Zinger Burger KFC punya, ibu & abah suka makan Zinger Burger. Roti dia best giler rasa. Tapi kesian gan ibu dan abah, kakak yang melantak cheese & empingan ayam yang ranggup dalam burger tuh. Sabo aje ler..
Kuih buah melaka beli kat baazar ramadhan Jitra, masa balik dari airport untuk beli tiket adik Kashif. Harganya RM 1-14 biji, ok la aku rasa reganya tu. Masa kat kampung dulu-dulu aku suka buat buah melaka ni, tapi aku punya versi memang colorful lah, hijau, kuning, merah macam trafic light. Aku suka tengok & makan kalau colorful, membangkitkan selera.
Pajeri Nenas & pajeri terung pun beli kat baazar ramadhan gak. Orang ni buat memang sedap, aku selalu beli lauk-lauk lain kat situ. RM 2 untuk 2 ketul tu. Cukup lah untuk ibu dan abah buat buka puasa. Beli banyak lauk memang tak kan habis, camne nak sumbat dalam perut sekaligus makanan tu semua.
Ikan kembung (ikan temenung orang utara cakap) dan ikan keli bakar. ermmm...boleh la, ok2 saje..dalam ikan kembung tu ada inti kelapa, rasa cam pedas-pedas sikit lah.
No comments:
Post a Comment