Thursday, August 18, 2011

20 Jenis Barangan Harga Terkawal Pada Hari Raya Aidilfitri


Para pengguna boleh menarik nafas lega apabila kerajaan telah mengumumkan dan menetapkan harga maksimum borong dan runcit bagi 20 jenis barangan harga terkawal, ianya berkuat kuasa 23 Ogos hingga 6 September ini di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011.

Langkah ini sangat releven kerana sejak bulan Ramadhan lagi peniaga barangan mentah basah & kering menaikkan harga barangan yang membebankan para pengguna. Antara barang yang tersenarai itu, termasuk dua barangan baru iaitu bawang besar import dan bawang putih import yang mendapat permintaan tinggi menjelang musim perayaan.
Jika peniaga gagal mematuhi peraturan-peraturan, iaitu menaikkan harga melebihi harga maksimum dan tidak mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu, tindakan boleh dikenakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Akta Antipencatutan 2011.

Kalau bercakap mengenai harga barangan mentah ni, memang mengerunkan, apatah lagi kalau menetap di Terengganu, harga barangan melampau-lampau jadinya.

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...