Wednesday, August 17, 2011

17 Ramadhan Merupakan Hari Nuzul Al-Quran (iaitu Turunnya Al-Quran Dari Langit Ke Bumi) Sebagai Panduan Hidup Kita Sebagai Hamba Allah

Sepatutnya kita membacanya setiap hari
Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Mungkin juga sesetengah orang langsung tidak mengetahui erti Nuzul Al-Quran. Alhamdullilah, syukur pada Tuhan aku tidak tergolong dalam golongan yang melupakan mukjizat Allah S.W.T. Bersyukur juga aku pandai membaca Al-Quran walaupun bukan secara rasminya bukan mak bapak aku yang mengajarnya. Cuma terasa sedih pasal isu orang Islam terima bantuan dari GEREJA. 
Kenapa? Mengapa? Sampai sanggup menerima sumbangan dari sumber yang kita tidak tahu halal haramnya. Naif sungguh manusia itu dalam hal dan bab agama. Adakah mereka ini telah MURTAD. Pada pandangan aku memang golongan ini sudah MURTAD kerana mereka sanggup ke GEREJA. Pada logik akalnya, kita sebagai orang Islam, sanggup kah kita melangkah kaki untuk masuk ke tempat NERAKA tersebut. Subhanallah..

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...