Kad Raya, eh..rasa macam lucu pulak mendengarnya. Masih ada lagi ke orang nak menghantar kad raya untuk ucapankan salam kemaafan kepada sanak saudara dan rakan taulan pada zaman SMS yang murah dan Facebook yang percuma ni. Masa zaman-zaman sekolah dulu, kalau dapat kad raya seronok sangat-sangat, siap bangga lagi kalau dapat banyak kad ucapan raya. Kalau berutusan dengan kad raya ni lebih bermakna lagi dan orang menghargainya dengan menyimpan buat kenangan. Itulah bezanya zaman dulu dan sekarang. Kemeriahan dan suasana raya tu terasa.
Memandangkan masih ada lagi dikalangan kita yang mengirimkan kad ucapan raya, pihak Pos Malaysia memberi jaminan bahawa semua kad ucapan raya yang diposkan selewat-lewatnya pada 24 Ogos akan sampai kepada penerimanya sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Bagi melicinkan pemprosesan penghantaran kad raya ke semua destinasi mengikut jadual, Pos Malaysia mengambil 50 pekerja sementara dan mebekukan cuti pekerj. Berdasarkan rekod tahun lepas, daripada 5.11 juta keping kad ucapan raya yang dihantar, Lembah Klang mencatatkan jumlah penghantaran tertinggi iaitu pada kadar 57 peratus.
Pada tahun ini, penghantaran kad raya mungkin meningkat hasil dari pengenalan kempen satu kadar rata bagi kad ucapan perayaan sejak 1 Ogos lalu. Kadar rata serendah 50 sen dikenakan bagi setiap penghantaran kad ucapan perayaan yang tidak melebihi berat 50 gram bagi tempoh sehingga 31 Januari tahun depan.
No comments:
Post a Comment