CAMERON HIGHLANDS: Walaupun kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil telah ditamatkan pada awal pagi Isnin, namun kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai sejak pagi.
Pelbagai lapisan masyarakat sekitar dan luar Cameron Highlands membanjiri perkampungan itu untuk melihat dengan lebih dekat kawasan kejadian yang meraguttujuh nyawa manakala dua lagi cedera parah dalam tragedi pada 5.45 petang Ahad.
Keadaan cuaca yang baik dan panas sejak pagi tadi memudahkan operasi kawalan bencana yang dilakukan oleh polis di kawasan kejadian bagi memudahkan pendudukdan keluarga mangsa mendapatkan sebarang maklumat di situ.
Pada 1.15 petang tadi, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bersama-sama Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai turut melawattempat kejadian dan kemudian menuju ke Dewan Serbaguna Brinchang menziarah 96 keluarga yang dipindahkan dari kawasan tragedi.
Berbeza dengan situasi dari malam sehingga operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 1.50 pagi tadi, suasana di kawasan kejadian sejak pagi hinggapetang ini lebih tenang dan laluan sepanjang dua kilometer dari Jalan Brinchang-Tanah Rata tidak lagi dibanjiri lumpur akibat sebuah projek perumahan yang berhampiran. Ia sekaligus memudahkan laluan penduduk dan orang ramai yang mahu menyaksikan kawasan kejadian.
Tragedi tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di sini meragut tujuh nyawa termasuk empat wanita, manakala dua lagi parah. Polis menghentikanoperasi mencari dan menyelamat pada 1.50 pagi tadi selepas mangsa terakhir ditemui pada 1.20 pagi.
Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil yang terletak kira-kira dua kilometer dari Jalan Brinchang-Tanah Rata mempunyai 45 buah rumah yang didiami kira-kira1,300 penghuni dan merupakan perkampungan Orang Asli yang paling lama wujud di sini. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment