Berhubung dengan isu keseksian Nurul sebagai Duta Glow-Glamour, penyanyi Nurul Wahab melalui pihak pengurusannya memohon maaf. Gambar iklan produk pelangsingan terbabit memaparkan penyanyi itu berpakaian terdedah dan berlatarbelakangkan masjid dan menimbulkan sensitiviti umat Islam pada bulan Ramadhan ini.
Menurut pihak pengurusan Nurul juga, memang sebelum ini Nurul ada mengambil beberapa gambar termasuklah gambar yang dijadikan sebagai iklan Hari Raya bagi tujuan promosi Glow-Glamour pada masa akan datang tetapi Nurul tidak tahu gambar yang terdedah pula menjadi pilihan untuk dipaparkan pada iklan sempena hari Raya Aidilfitri ini.
Pelbagai alasan manusia boleh gunakan untuk melepaskan diri masing-masing dari terus dipersalahkan, tetapi sebagai manusia yang tidak pernah terlepas dari membuat kesalahan, tidak usahlah kita hendak menghukum orang lain.
No comments:
Post a Comment