Saturday, August 20, 2011

Resepi Biskut Aiskrim


Bahan-bahan ( 140 keping ) 

260gm mentega
120gm gula ising
1/8 sk pewarna kuning telur
320gm tepung gandum
40gm tepung jagung
40gm tepung kentang
20gm tepung kastard
1/2 sk serbuk penaik
50gm gajus - panggang dan kisar (jika suka)
hiasan - coklat masakan dan manik urai
 
Cara-cara:

  1. pukul mentega, gula ising dan pewarna kuning telur hingga kembang
  2. masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kentang, tepung kastard serbuk penaik dan gajus kisar gaul sebati hingga menjadi doh
  3. rehatkan doh selama 15 minit, canai dan terap dgn acuan aiskrim dan bakar
  4. sejukkan biskut, celupkan kedlm coklat masakan yg telah dicairkan dan hiaskan dgn manik urai.

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...