Thursday, August 11, 2011

Resepi Kek Lapis Bumi [Kukus]


Bahan-bahan ( 1 loyang 8"x8" ) 

450g Mentega (buttercup)
1 Gelas gula halus
2 Gelas tepung gandum
10 Biji telur
1 Tin sederhana seri kaya
1 Tin kecil susu pekat manis
3/4 Cawan serbuk nescafe
1 Sudu makan esen vanilla
Sedikit Pewarna Hijau dan Kuning

Cara-cara :


  1. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang(putih).
  2. Masukkan telur satu-persatu..(sambil adunan masih dipukul dgn kelajuan sederhana)
  3. Masukkan esen vanila,seri kaya dan susu pekat manis dan diadun sekata..
  4. Setelah itu,masukkan pulak tepung gandum.. (pastikan tepung dah diaayak ye,kang x pasal2 ada bendasing jadik hiasan plak..hehe)
  5. Haa..bila adunan dah sebati,bahagikanlah kpd 3 bahagian.. (i)warnakan hijau (ii)warnakan kuning (iii)masukkan serbuk nescafe dan gaul rata,pastikan serbuknya betul2 sebati dlm adunan
  6. (Pastikan pengukus dah mendidih sebelum mula mengukus ye puan2) Ambil 1 cawan adunan hijau,kukus di dalam loyang yg sudah dioles mentega atau dilapik kertas minyak..kukus kejap je,jgn lama sgt sbb nanti lapisan mdh trtanggal. Tp pastikan la adunan dah tak cair dah ye..asal nampak msk ok la tu.
  7. Lepas tu ambil pulak 1 cawan gak adunan nescafe,kukus lagi. Diikuti adunan kuning. Then ulang lagi warna hijau,nescafe dan kuning sampai habis..
  8. Masak selama 1jam-1stgh jam selepas lapisan terakhir dikukus.
  9. Tips 1: Tutup loyang kek mgunakan aluminium foil semasa sdg mengukus utk mengelakkan air pengukus menitik di ats kek. Tips 2: Bubuh sedikit air suam utk mbancuh nescafe spy lbh sng diadun sebati Tips 3: Jgn mls nak melapis,sbb anda pasti berpuas hati bila bjaya membuatnya. :)

2 comments:

www.facebook.com/saufiaiman said...

Kak, golden churn dah disahkan tak halal berapa minggu lepas oleh jakim. Ade kat surat khabar.

Kasih Salina said...

Sori..resepi ni lupa nak edit..memang golden churn dah disaahkan jakim tak halal..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...