Petang tadi, lebih kurang 5.45 petang kita dikejutkan dengan berita kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang dan menyebabkan tiga buah rumah dilaporkan tertimbus sepenuhnya dalam kejadian tersebut.
Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Brinchang ketika dihubungi Bernama malam ini berkata dua buah rumah lagi yang terletak berhampiran turut mengalami kerosakan, tetapi hanya kerosakan kecil. Pihak polis masih belum dapat mengenal pasti punca kejadian berkenaan sama ada tanah runtuh itu disebabkan oleh hujan.
Menurut pihak polis, mangsa yang cedera telah dikenal pasti sebagai penduduk Orang Asli. Namun, mangsa yang dipercayai terkorban masih belum dikenal pasti identitinya. Terdapat seorang wanita terkorban manakala seorang lelaki dan seorang wanita cedera parah dalam kejadian itu. Mangsa yang cedera parah dan mayat wanita berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata.
Menurut Bernama - Operasi mencari dan menyelamat mangsa lain yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian itu sedang giat dijalankan oleh anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Sama-samalah kita berdoa supaya Tuhan mempermudahkan usaha mencari mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian terbabit.

No comments:
Post a Comment