Wednesday, August 17, 2011

Resepi Tart Gulung


DOH TART:
165g @ 1 1/4 cawan tepung gandum*
8g @ 1 sudu besar rata tepung jagung*
12g @ 1 1/4 sudu besar rata tepung kastad* diayak
8g @ 1 sudu besar rata susu tepung (ikut sukalah nak guna susu apa pun)
113g @ 1/2 cawan mentega, suhu bilik
8g @ 1/2 sudu besar minyak sapi (guna butter pun boleh)
1/2 sudu besar gula kastor@gula kasar dikisar
1/2 biji kuning telor gred A
1/2 sudu teh esen vanilla

INTI JEM NENAS:
2 biji nenas muda
1 1/4 senduk gula pasir
sedikit esen vanilla
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Daun pandan

Sapuan:
1 biji kuning telur
1sb suhu cair/UHT (susu segar)
sedikit pewarna kuning telur

*semua bahan digaul bersama. Kalau nak warna cantik letak sikit susu dan pewarna kuning

Cara buat doh tart:
  1. Pukul mentega, susu tepung, minyak sapi, dan gula hingga sebati.
  2. Masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul hingga sebati dan lembut (kalau susah nak picit keluar dari acuan, tambah mentega. Kalau terlebih lembik, tambah sikit tepung).
  4. Panaskan oven 150C.
  5. Ambil doh dan tekan acuan tart lebih kurang sepanjang 5cm atau lebih, dengan bahagian bergerigi acuan memandang ke bawah (boleh guna acuan semperit). NB: Kadang-kadang masa memicit tu dohnya menggulung dan pecah-pecah. Biasa ku picit atas sehelai kertas baking paper dahulu dengan bahagian rata acuan semperit memandang ke bawah. Lepas tu perlahan-lahan terlangkupkan doh yang dipicit tu. Jadi biar bahagian doh bergerigi pula memandang ke bawah, baru diletakkan inti nenas. Kurang sikit pecah-pecahnya.
  6. Letak inti jem nenas pada hujung doh, kemudian gulung secara perlahan guna hujung jari.
  7. Susun atas dulang membakar (atau boleh juga terus dimasukkan ke dalam cawan kertas ).
  8. Ulangi sehingga habis. Sapu permukaan doh tart dengan kuning telur. Tip: Untuk mudah sapu kuning telur, simpan doh tart yang sudah siap dalam peti sejuk untuk beberapa minit atau hingga doh keras sikit, baru disapu kuning telur. Kalau terus sapu leceh, adunan sangat lembut lebih-lebih lagi kalau guna berus plastik. Atau, 5+- minits sebelum tart betul-betul masak, baru disapu kuning telur.
  9. Bakar pada suhu 150C sehingga 15-17 minit sehingga masak.
  10. TIP: Untuk elak doh mengeras atau kering ketika proses memicit dan menggulung, tutup bekas berisi doh dengan tuala atau cling film.
Cara buat inti jem nenas [Nak guna ready-made pun boleh je]:
  1. Parut nenas dan jangan dibuang airnya.
  2. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.
  3. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.
  4. Kacau tanpa henti hingga likat.
  5. Angkat dan sejukkan.

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...