Tuesday, August 9, 2011

Bertuah - Penjawat Awam Dapat Bonus Sempena Raya


Seperti yang aku jangka, setiap tahun dengan agenda yang sama iaitu Perdana Menteri Malaysia akan mengumumkan bonus yang mana pada tahun ini, Datuk Seri Najib dengan ehsannya memberi setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini kepada 1.27 juta kakitangan awam di Malaysia.

Sungguh beruntung menjadi kakitangan awam, ada orang yang menyuapkan nasi ke mulut tanpa perlu bekerja keras. So, bersyukur pada mereka-mereka yang bakal menerima imbuhan tersebut, jangan asyik nak merungut saja dan fikirkan nasib orang-orang yang tak terbela kehidupannya. Errmmmmm...jelessss la tu kata orang-orang yang bertuah ni. Bohong la kan kalau aku kata aku tak jeles sebab aku bukan dari golongan kerajaan ni. Tapi aku cuma nak memingatkan pada mereka-mereka yang bangga dengan kehidupan mereka yang amat..amat..amat la terbela ni. Aku pun heran juga, golongan-golongan yang terbela ni lah yang kebanyakkannya liat nak bayar duit pinjaman PTPTN. Memang benar pun, golongan macam ni lah yang sebenarnya banyak berhutang dan menanggung hutang.

Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. Nah..bersyukur la anda-anda semua dengan bonus RM 500 yang diperolehi tersebut.




No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...