Showing posts with label Petua dan Tips. Show all posts
Showing posts with label Petua dan Tips. Show all posts

Monday, April 30, 2012

4 Tahap Mendidik Anak Menurut Ulama Islam



Assalamualaikum semua..

Ilmu mendidik anak-anak sangat penting dalam dunia yang moden dan mencabar seperti zaman sekarang. Sebagai ibu bapa kita perlu mengetahui cara yang betul dalam soal mendidik anak-anak dari kecil hingga dewasa. Terdapat 4 tahap mendidik anak-anak yang disarankan oleh ulama.


Menurut ulama Islam, terdapat 4 tahap dalam mendidik anak-anak:

1. Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun).
Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang seperti mana haiwan menjaga anaknya.

2. Tahap Kedua: Anak berumur 7 tahun hingga baligh (14 tahun) 
Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

3. Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) 
Hendaklah kita mendidik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.

4. Tahap Keempat: Anak berumur lebih daripada 21 tahun
Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
 



Friday, January 6, 2012

Khasiat Buah Delima - Anugerah Allah Untuk Manusia



Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular. Buah delima ni juga baik untuk wanita hamil. Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.


Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik. Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tkus kawalan.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi. Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.

Di dalam al-quran ada disebutkan Rahsia Penciptaan Buah Delima

Firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipisyang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Saturday, August 27, 2011

Petua - Sabun Mandi Boleh Hilangkan Kotoran Pada Pakaian

Sabun mandi antabax
Salam semua,

Petua ni kan turun temurun dari mak aku la ni, aku pun tak tau la camne dia boleh tau yang sabun mandi ni boleh guna untuk tanggalkan kotoran pada pakaian. Memang susah nak tanggalkan kotoran pada baju kan, tapi guna sabun mandi ni memang berkesan betol la. Biasanya orang selalu duk guna pencuci Clorox tu jer lah kan. Aku tak penah suka guna Clorox ni coz pedih tangan, bau dia pun tak tahan dan yang paling teruk sekali habis warna baju luntur kalo tak kena gayanya.
Korang boleh guna mana-mana sabun mandi, kalo aku lebih suka guna sabun mandi Antabax ni sebab dia sama handal dengan sabun dettol tu, tapi Antabax ni lebih murah. Caranya, korang gosok la sabun kat baju ataupun tempat terkena kotoran tu, sebelum tu basahkan kain baju tu dulu dan biarkan selama sejam baru la bilas. Jangan biarkan lama sangat atau sampai kering baju tu.. hehe.. aku ada cerita disebalik tu. Penah aku terlupa nak bilas baju anak aku sampai kering, tengok2 habis luntur baju kakak. Jangan buat lah macam aku tuh..

Biasanya kotoran yang penah aku cuba macam darah, minyak, dakwat pen, lampin baby yang terkena poo poo tu lah yg memang susah sangat nak hilang kotor kan.. Selamat Mencuba Semua..

Tips - Kini Tiada Lagi Rambut Gugur

Dove Hair Fall Rescue

Salam semua,

Aku rasa takde sape yang tak kenal dengan botol ni kan!!! hehe..buang tebiat ke aku ni nk promo benda alah ni..saja la suka-suka nak bagi tips kepada sesiapa yang sudi membaca..tak paksa untuk baca pun.. haha.. melalut dah ni..

Straight to the point la..Lama dah aku mengalami masalah rambut gugur ni, banyak shampoo gak la yang dah aku cuba. Secara tak sengaja aku tengok kat watson ada promosi Dove Shampoo ni, teringin la jugak nak mencubanya kan. So, aku pakai cam biasa jer lah.

Sepanjang aku guna Dove Shampoo ni memang best la coz rambut rasa lembut jer, tak kusut dan senang nak bilas. Lama jugak la aku guna baru terperasan yang masalah rambut gugur memang takde langsung dah. Gugur sehelai dua tu normal la kan. Bagi sape2 yang ada masalah yang sama boleh la mencubanya. Banyak2 shampoo yang aku guna, shampoo yang ni la paling aku suka.


 

Wednesday, August 24, 2011

Kelebihan Breast Feeding Berdasarkan Kajian

Salam Semua, 

Berdasarkan kajian-kajian di bawah jelas terbukti kelebihan penyusuan susu ibu berbanding menyusukan anak dengan susu formula. American Academy of Pediatrics menyarankan penyusuan susu ibu sekurang-kurangnya selama 12 bulan usia bayi, walaubagaimanapun dari perspektif Islam disarankan menyusukan bayi sehingga bayi berusia 2 tahun berdasarkan Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 233:
 Bermaksud:
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 233)

Menurut buku teks community medicine karangan Prof. Dr. Ibrahim Soliman Hegazy, ada lebih kurang 20 kelebihan breastfeeding dan antaranya ialah:
  1. Susu ibu mudah didapati dan lebih sterile, maksud sterile ialah bebas dari kuman. Susu ibu juga datang dari perfect container. 
  2. Pada minggu pertama selepas bersalin, susu ibu mengandungi colostrum yang kaya protein dan boleh membekalkan antibodi untuk bayi anda. Colostrum ni  lebih pekat sedikit dan berwarna kekuningan.
  3. Susu ibu juga boleh digunakan sebagai ubat titis mata jikalau bayi anda terkena jangkitan kuman pada mata
  4. Dalam susu ibu juga ada Lactoferrin iaitu protein susu yang bertindak sebagai agen pembunuh bakteria so susu ibu ni tak mudah dicemari bakteria sebab itulah wanita yang berkerja boleh mengumpul susu mereka dan disimpan dalam botol yang sterile.
  5. Susu ibu juga lebih mudah untuk dihadam oleh bayi kerana susu manusia mengandungi kurang protein berbanding susu haiwan
  6. Susu ibu juga ada carnitine yang boleh membantu pertumbuhan hati yang sihat, ia juga membantu bayi anda menyerap kalsium yang penting untuk tulang dan gigi serta membantu pertumbuhan otak
  7. Bayi yang minum susu ibu juga akan develop IQ yang tinggi with better cognitive function and socially developed
Kebaikan penyusuan susu ibu berdasarkan kajian:

          1. Meningkatkan sistem ketahanan bayi
Susu ibu mengandungi protein yang dikenali sebagai CD14. Protein ini berupaya membina B cells iaitu sel-sel ketahanan yang penting untuk menghasilkan antibodi bayi. (Julius M., Proceeding of the National Academy Science, Vol. 98, Issue 2, 603-608).

          2. Mengurangkan risiko diabetes ibu
Ibu yang menyusukan anak akan mengalami perubahan tahap metabolisme yang akan membantu menstabilkan kadar gula dalam darah dan menjadikan badan sensitif kepada hormon insulin, iaitu bertindak mengawal kadar gula dalam darah. Ini bermaksud, semakin lama ibu menyusukan anaknya, semakin kurang risiko kepada ibu untuk menghidap diabetes. Berdasarkan kajian, ibu yang menyusukan anak selama 1 tahun mempunyai 15% kurang risiko untuk menghidap diabetes jenis 2 berbanding ibu yang tidak menyusukan anak. (Stuebe A., Journal of the American Medical Association)

          3. Mengurangkan risiko menghidap penyakit berkaitan jantung
Kajian telah dijalankan ke atas 624 responden yang berusia di antara 48 hingga 53 tahun di mana 83% responden yang pernah menyusu susu ibu dalam tempoh 10 hari kelahiran dan selebihnya menyusu susu lembu. Hasil tersebut mendapati responden yang menyusu susu lembu mempunyai kadar kolesterol yang tinggi berbanding responden yang pernah menyusu susu ibu. Ini menunjukkan bahawa responden – responden yang menyusu susu lembu mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit berkaitan jantung. (Archives of Disease in Children)

          4. Kurang Alahan
Alahan terhadap makanan terjadi apabila protein asing memasuki saluran darah melalui dinding usus. Alahan tersebut dapat dikurangkan dengan hadirnya Immunoglobulin (IgA) dalam tubuh seseorang/individu. IgA ini akan bergabung dengan protein asing dan bertindak menghalang protien asing menembusi dinding usus . IgA hanya dihasilkan sendiri oleh bayi pada usia 6 – 9 bulan. Walaubagaimanapun, sebelum usia 6 – 9 bulan, bayi memperoleh bekalan IgA daripada susu ibu yang kaya dengan IgA. (Merrett T.G., Infant Feeding & Allergy)

          5. Lebih bijak
 Kanak-kanak yang menyusu susu ibu mempunyai skor yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak menyusu susu ibu dalam ujian IQ, pemahaman, matematik dan rating guru. Fakta ini adalah hasil kajian yang telah dijalankan ke atas 1,000 kanak-kanak di mana data keupayaan berfikir dan pencapaian akademik mereka diperhati dan direkod sejak bayi sehingga mereka mencapai usia 18 tahun. (Breastfeeding and Later Cognitive and Academic Outcomes, Pediatrics Vol. 101)

           6. Mengurangkan risiko menghidap penyakit berkaitan paru-paru
 Kajian yang dijalankan ke atas 5,182 responden kanak-kanak menunjukkan bahawa kebarangkalian kanak-kanak yang menyusu ibu untuk menghidapi asma/lelah adalah lebih rendah daripada kanak-kanak yang tidak menyusu ibu. Kajian yang lain pula mendapati susu ibu memberi perlindungan terhadap penyakit paru-paru kronik. (Romieu I. and etc, Journal of Asthma 2000, 37:575-583)

           7. Megurangkan risiko jangkitan penyakit
 Kebarangkalian bagi bayi yang pernah menyusu susu ibu untuk mandapat jangkitan telinga, paru-paru, selsema, herpes simplex dan jangkitan usus adalah amat rendah berbanding bayi yang tidak pernah menyusu susu ibu berdasarkan kajian-kajian ini:
  •  A prospective cohort study on breastfeeding and otitis media in swedish infants (Pediatric Infection Diseases Journal, 13:183-88)
  • Role of breastfeeding in the prevention and treatment of diarrhoea (Journal of Diarrhoeal Dis Res, 8(3):68-81
  • Human milk secretory IgA antibody to non-typeable Haemophilus influenza: possible protective effects against nasopharyngeal colonization (Pediatric Jaournal, 124:193-98)
  • Breast milk and neonatal necrotizing enteral colitis (Lancet, 336:1519-23)
  • Neutralizing activity against herpes simplex in human milk (Breast Feeding REV, 11(2):56-58)
  • Protective effect of breastfeeding against infection (BMJ, 300:11-16)
  • The effects of infant feeding on rotavirus-induced gastroenteritis: a prospective study (Am J Pub Health, 76:259-263)

Monday, August 22, 2011

Petua - Anggur Hitam Boleh Hilangkan Penyakit Kuning / Juandice Pada Bayi



Jaundis merupakan keadaan yang kerap berlaku pada bayi baru lahir. Ia berlaku apabila paras bilirubin dalam darah melebihi paras normal. Bilirubin dihasilkan apabila sel-sel darah merah yang lama pecah. Bagi bayi baru lahir jaundis boleh diketegorikan kepada:
  1. Jaundis fisiologikal
  2. Jaundis patologikal
  3. Jaundis yang berpanjangan (prolonged jaundice)
Hampir semua bayi baru lahir akan kuning di hari ke-3. Itu sebabnya, seluruh bayi perlu diperiksa kadar bilirubin dalam darah pada hari itu. Normalnya, kadar bilirubin adalah 0-1 mcg. Namun, sampai hari ke-7, kadar bilirubin boleh mencecah sehingga 12 mcg.

Jaundis fisiologikal biasanya berlaku pada hari ke 3 atau ke 4 selepas lahir dan disebabkan sel-sel darah merah lama yang pecah dan keadaan hati yang belum cukup matang untuk megeluarkan bilirubin secara efektif dariapada badan.

Jaundis patologikal adalah disebabkan penyakit atau keadaan abnormal badan dan boleh berlaku pada hari pertama lagi.

Jaundis selepas bayi berumur 2 minggu adalah diketogorikan sebagai jaundis yang berpanjangan. Jaundis sebegini memerlukan ujian darah dan air kencing bagi memastikan punca kenapa bayi tersebut masih kuning selepas 2 minggu.

Rawatan Jaundis
Jika paras bilirubin agak tinggi maka rawatan fototerapi perlu bagi menurangkan jaundis pada bayi tersebut. Paras bilirubin yang terlampau tinggi boleh memberi kesan kepada otak bayi jika tidak menerima rawatan yang sewajarnya. Oleh kerana itu jika bayi yang baru lahir jika nampak kuning maka perlulah dibawa berjumpa doktor segera bagi memastikan tahap bilirubin dan menerima rawatan fototerapi jika perlu.

Sumber: Dr.Saiful 

ok. dah tau kan macam mana terjadinya juandis, meh kita tengok macam mana nak merawat juandis tu. Anak kami yang 1st memang langsung takde kuning, sikit pun takde kesan kuning, sampaikan nurse yang mai rumah pun tanya makan apa masa pregnant, anak dr pun ada kuning kata nurse tu. Tapi yang pastinya masa pregnant, aku memang tak sentuh langsung asam ataupun jeruk buah ker.

Anak kami yang 2nd dapat kuning, sebelum keluar wad pada hari ke-3 lagi dah ada kesan juandis. So, hari ke-4 tu kena bawa check kat klinik lagi la, bacaannya 11.5 mcg berbanding hari ke-3, 10.0 mcg jer. Memang susah hati la kami takut berlarutan jadinya. Hubby aku pun search google, ada hamba Allah ni guna anggur hitam untuk rawat anak dia dan petua ni orang putih yang amalkan.

Sebelum nak ke klinik hari ke-5 tu, hubby aku bagi 6 titis air anggur dari anggur segar tu la dalam mulut baby. dari malam tu lagi kami buat sebanyak 3 kali. Pagi hari ke-5 tu pi klinik lagi dan bacaan kuning jadi 5.0 mcg. Terkejut kami dengan hasilnya. Kalau bacaan mcg tu 5 kebawah tak perlu ke klinik dah. Kami teruskan bagi air anggur hitam tu sampai hari ke-8 sekadar langkah berjaga-jaga.

p/s: Kami guna anggur yang merah sket tu, susah nak cari anggur yang betol-betol hitam

Cara Masak Bubur Nasi Bayi


CARA BUAT PUREE BUAH/SAYUR:

1. Rebus/stim buah/sayur. Kalau rebus, kena rebus satu2 buah/sayur... gunakan sikit je air dan api kecik ye. Kalau stim, boleh stim sekali 2/3 jenis2 sayur/buah...

 

Jenis-jenis sayur yangg baby boleh makan: 

Bayam Hijau@Merah, Brocoli, Kentang, Carrot, Pumpkin, Avocado, Cauliflower, Apricot (blend dgn belender kering dulu), Cranberry

Jenis-jenis Buah yang baby leh makan (jangan lupa buang kulit dulu) :
Pear, Apple Merah, Pisang, Strawberry, Blueberry
 

Jenis-jenis Ikan yang boleh di makan (bagi anak makan ikan masa umur 8 bulan)
ikan salmon (mmg banyak khasiat), ikan yu, ikan kurau, Fillet ikan 


2. Bila sayur/buah dah lembut, blend kan asing2... boleh guna blender kering tu je. Cuma tambahkan sikit air sebab sayur/buah ni dah lembut dah.

3. Nasi banyak kabohidrat, so boleh tukar2 dengan oat or beras perang. Saya sarankan guna beras perang.. tak ade kanji.. baby pun senang nak poo-poo Setiap kali saya masak bubur saya mesti masukkan kurma or kismis.. bg rasa.. ikut Sunnah Nabi MUhammad s.a.w.


4. Mcm saya, sy masak sekali dgn nasi@oat.. biar rasa sedap skit...


5. Bg mommies yang nak buat asing untuk simpanan boleh bekukan asing2 dalam baby cubes atau dalam ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer.


CARA BUAT PUREE NASI/ BERAS PERANG /OAT:


1. Masak nasi mcm nak buat bubur. Air lebih dari biasa.. biar nasi tu sampai kembang. (untuk permulaan bg beras kosong, campur EBM ke.. up to mommies)


2. Bila perut baby dah boleh terima solid food, campur dengan vegetable (yang saya list kat atas, untuk permulaan, try satu2 bahan, jgn campur, cuba untuk seminggu.. tgk ade ape perubahan ke, takut perut dia tak leh terima)


3.Pada mommies yang nak antar kat pengasuh.. and mommies yg nak buat asing utk simpanan boleh bekukan asing2 dalam baby cubes atau dalam ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer... jagan beli yg murah.. takut karang kesan tak elok pada anak kita.. steam sayur satu2.. then blend n simpan dlm tpt beku, kalau nk guna.. kuarkan dulu.. and then masuk dalam slow cooker sekali dgn beras.. masak.. and then blend..


4. Masak lama skit pada mommies yg nk campur sekali bahan.. mcm saya dalam sekali masak.. jgn simpan lama2.. tak elok hilang khasiatnya.


5. Seeloknya2 masak bubur dalam slow cooker...tak adelah nk hangit ke or air kering ke


6. Nak simpan dalam freezer simpan dalam tupper kecik, and tagging... (tarikh dgn bahan2)


CARA BUAT PUREE IKAN/AYAM/DAGING


1. Stim/rebus ayam/ikan/daging smpai lembut...


2. Blend smpai lembut (tambahkan air lebih sikit sbb ikan/ayam/daging ni rasa dia kuat). Utk daging, air kena tambah lebih lagi sbb rasa dia mmg kuat utk baby...


3. Bekukan sama mcm sayur/buah.


---- Bila nak guna panaskan dalam warmer, atau pun dalam slow cooker ataupun dalam microwave (microwave tak elok sgt, katenya penyebab barah)...

---- Bg mommies yang asingkan bahan, bila nak guna, cuma masukkan kiub2 puri nasi, sayur atau buah ni dlm periuk dan panaskan. Kalau nak panaskan dalam food warmer atau microwave pun boleh juga...:)


---- Senang bg mommies yg bekerja nak antar kat pengasuh pun senang...


---- Kalau tak nak baby cepat bosan.. campur la sayur2 tu, kentang dgn carrot ke, brocoli dgn kentang ke... pusing2 la... kalau nk tambah ikan bilis pun boleh... beli ikan bilis yang mahal skit... yg kurang garamnya... bakar dlm oven..blend dgn belnder kering.. dalam semggu tu.. 2 kali campur la dgn bubur...


Tempoh penyimpan: freezer storage ---


vegetables / fruits puree=6bln
fish = 10 weeks 
chicken =10 weeks
6bln puree's with milk 4-6 weeks
kalau campur semua bahan 2-3 hari, jangan lama tak elok for baby..

Dgn cara bg asing2 mcm ni (x cmpur mcm2 masa awal2 perkenal solid food), ibu boleh tau anak alergic apa dan apa makanan yg diorang suka/tak suka...


Sumber : Blog Ainaz

 

Tips Dan Petua Untuk Banyakkan Susu Ibu

Bunga Melur
Bunga Melur 
Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi. 
Sumber: melur.com
Kacang Tanah
Kacang Tanah 
Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. 
Sumber: henna96.wordpress.com
Cheese
Makanan Tinggi CLA Memperkayakan Kandungan Susu Ibu 

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

Sumber: [1] Foods High In Conjugated Linoleic Acids Can Enrich Breast Milk, ScienceDaily 28/08/208, [2] Conjugated linoleic acid - Wikipedia, the free encyclopedia


Jintan Hitam
Halba dan Jintan Hitam 


Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba.

Lobak Putih
Lobak Putih Bagus untuk Ibu Menyusu

Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sup lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. 
Sumber: soupqueen.blogspot.com

Longan Kering
Air Longan Menambahkan Susu Badan

Ramai ibu menyusu memberikan testimoni yang positif tentang kesan air longan kering dalam menambahkan susu badan. Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

Pucuk Betik
Pucuk Betik Untuk Tambah Susu Badan

Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.


Daun Sirih
Menambah Susu Badan dengan Tuaman Daun Sirih 

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak. Biasanya bidan kampung selalu suggest petua guna daun sireh ni kerana daun sirih banyak kegunaannya.

Cekur Manis
Cekur Manis Banyakkan Susu Ibu 

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.Cara lainnya, daun cekur manis boleh di buat sayur masak lemak atau lain2 mengikut kesesuain.

Jantung Pisang

Jantung Pisang Menambahkan Susu Badan

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

Penyusuan Susu Ibu Dari Sudut Pandangan Islam


Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, dia memerlukan ibunya. Bayi itu perlu diberi makanan yang diserap melalui darah ibunya semasa di dalam kandungan. Makanan ini telah ditukar dengan kehendak dan kuasa Allah kepada susu yang mengandungi semua kandungan penting dan perlu untuk tumbesaran bayi itu. Al-Quran ada menyebut tentang penyusuan ibu dan perhubungan antara bayi dan ibu susunya iaitu apabila ibunya tidak dapat menyusu dengan sebab-sebab tertentu maka ibu susu diupah untuk menyusuinya.

Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu. Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun. Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Disini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas di sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu. Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga harus mengambik alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuknya terus menyusu. 

Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak. 

Ibu yang mampu dan boleh menyusui bayinya adalah di galakkan mengupah orang lain untuk menyusui bayinya. Islam memerintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang meyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu. 

Allah telah memenuhi segala keperluan bayi dan susu yang dihisap olehnya tiga hari pertama dalam kehidupan bayi. Buah dada ibunya akan menghasilkan sejenis cecair berwarna kekuningan iaitu kolestrom yang terdapat dalam kuantiti yang kecil. Cecair ini sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya. Tambahan pula ia membantu bayi untuk mula menerima dan mencernakan makanan yang dihisapnya. Dalam masa 24 jam buah dada ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehinggalah dia mencerai susu.

Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah. Penyusuan susu ibu menjanakan perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang. Selain dari apa yang diperkatakan tadi, penyusuan susu ibu menggerakkan sistem penghadaman ibu untuk menghasilkan makanan untuk bayi, dengan itu juga mempertingkatkan kesihatan ibu tersebut. Penyusuan susu ibu juga boleh menolong mengembalikan ibu kepada keadaan asal (sebelum bersalin) dengan cepat dan mengurngkan risiko barah buah dada dan ovari. .

info ini dipetik daripada laman web Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia

Petua - Daun Bunga Raya Untuk Kurangkan Suhu Panas Semasa Demam

Daun Bunga Raya
Mungkin ramai yang tidak tahu tentang manfaat dan kelebihan daun bunga raya, ni petua dari orang dulu-dulu la. Selain dari menggunakan asam jawa untuk disapukan seluruh tubuh semasa suhu badan panas akibat demam, kita juga boleh menggunakan daun bunga raya. Ambik daun yang hijau macam dalam gambar tu ye..
Ni petua yang paling mudah dan senang untuk dapatkan daun bunga raya. Kalau anak kami demam memang ni la ubatnya untuk kurangkan suhu badan, untuk orang dewasa pun boleh jugak lah. Caranya, ambik la beberapa helai daun bunga raya yang hijau, sediakan semangkuk air, lepas tu ramas-ramaskan daun bunga raya tadi dalam air tujuan untuk mendapatkan lendir dari daun tadi. Kemudian, sapukan lendir daun bunga raya tu ke seluruh tubuh untuk menyejukkan badan dan ulang beberapa kali sehingga badan sejuk dan suhu berkurangan.

Khasiat Lidah Buaya (Aloa Vera)


Lidah Buaya atau Aloe Vera (Latin: Aloe barbadensis Milleer) merupakan tanaman berduri yang berasal dari daerah kering di benua Afrika.Tamanan Lidah Buaya ini telah dikenali dan digunakan sejak ribuan tahun yang lalu karena khasiat dan manfaatnya yang luar biasa.


Catatan sejarah yang ada menyebutkan bahwa Bangsa Mesir kuno telah mengetahui manfaat lidah buaya sebagai tanaman kesihatan sejak tahun 1500 SM. Disebabkan manfaat lidah buaya yang begitu luar biasa, bangsa Mesir kuno menyebut tanaman lidah buaya sebagai tanaman keabadian.

Di sini disertakan pelbagai khasiat dan kegunaan Lidah Buaya, antaranya:


a) Rambut Bersinar, Lembut & Lebat Dengan Aloe Vera.



Lidah buaya memang terkenal untuk membuat rambut menjadi lembut dan cantik. Sebab tu lah banyak syampu yang menggunakan ekstrak lidah buaya dalam produknya. Masa kecik2 dulu kat rumah tok wan banyak pokok lidah buaya ni, suka la main2 jelly dia, pastu sapu kat rambu, ni petua orang tua dulu-dulu duk cakap. Khasiatnya boleh didapat dari kandungan glyco proteinnya. Kupas dulu kulitnya, lepas tu gosokkan bagian jelly dalam ke kulit kepala dan rambut dan biarkan selama 20 minit baru bilas dengan air bersih.

b) Melembap & Menganjalkan Kulit 


Lignin merupakan kandungan yang terdapat di dalam daun lidah buaya yang berguna untuk menjaga kelembapan kulit dan kulit tidak menjadi kering serta lebih anjal. Kandungan antrakuinon dan asam amino yang ada dalam lidah buaya membantu memperbarui dan menghasilkan sel-sel baru dan dapat menghilangkan sel kulit mati. Bagi sesiapa yang rajin, guna lidah buaya ni secara kerap, 3 atau 4 kali seminggu, kesannya akan nampak kulit wajah cantik dan berseri. Jadikan aloe vera sebagai masker wajah, karena ia mengandung antioksidan sebagi agen anti penuaan. 
 

c) Menghilangkan parut terkena air panas dan luka terbakar


Lidah Buaya ni sifatnya sejuk, lendir lidah buaya dapat menjadi pertolongan pertama saat kita dalam kecemasan apabila terkena air panas atau luka bakar. Aku sendiri pernah kena air panas oktober tahun lepas. Tiap-tiap hari aku sapukan lendir lidah buaya ni kat temapt gelembung atau bisa air panas tu. Dua kali jer aku sapu kat gelembung air bisa tu, terus kulit jadi kecut dan cepat kering. Kesannya dalam masa 3 bulan, langsung takde parut terkena air panas. 


d) Mengeringkan luka dan menghilangkan parut akibat kemalangan


Selain itu, kalau sesiapa yang terlibat dengan kemalangan dan mengalami luka. elok la jika disapu dengan lendir lidah buaya ni. Tempat luka akan kurang rasa pedih, sakit, menyejukkan tempat lika tu dan yang paling penting sekali cepat mengering dan menyembuhkan luka. Insyallah, kesan dari pemakaian yang betul dan berterusan, parut luka akan hilang dan kulit jadi licin seperti pertumbuhan kulit baru. Ini pengalaman dari kawan aku sendiri yang kemalangan dan luka teruk dimukan dan tangan, dia amalkan sapu lendir lidah buaya ni tiap-tiap hari sehingga hilang parut dan kulit muka dia nampak lebih berseri

Friday, August 12, 2011

Petua Memutihkan Kulit Muka Dengan Serbuk Kopi

Serbuk Biji Kopi
 Khasiat Biji Kopi Dalam Kecantikan:

1. Mampu menanggalkan sel kulit mati sehingga boleh memperbaiki kulit yang rosak
2. Dapat meneutralkan kulit yang teriritasi sekaligus memberi nutrisi pada kulit.
3. Mampu merevitalisasi sel kulit baru dan menjaga kelembapan kulit.
4. Boleh menghilangkan selulit jika dilakukan secara teratur.

Tips / Petua mengempiskan perut dan melangsingkan badan.

Limau Kasturi
Daun Cekur

1.Kempiskan perut dengan Asam Keping.

-Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas..
-Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam..
-Minum setiap pagi dan malam.
-Jika di amalkan selalu insyaalah perut yang buncit akan berkurangan.

2.Lansing dengan teh dan limau kasturi.

-Sebelum sarapan pagi elok di amalkan minum teh tanpa gula.
-Perahkan jus limau kasturi ke dalam teh anda.

3.Lansing dengan daun cekur.


-Ambil segenggam daun cekur, tepung beras,asam jawa,gula merah, gula pasir & garam.
-Campurkan kesemua bahan tadi dan di tumbuk.
-Masukkan 1/2 gelas air.
-Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.

4.Khasiat asam jawa.


-Ramas air asam jawa dalam 1 gelas.
-Masukkan air tadi ke dalam peti sejuk.
-Minum air tersebut selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.
-Lemak di badan pasti akan berkurangan.

5.Lansing dengan biji manjakani.


-Ambil 4 biji manjakani, 5 biji lada hitam dan 3 ulas bawang putih.
-Campur kesemua bahan tadi dan di rebus di dalam periuk tanah.
-Biar mendidih dan di sejukkan.
-Minum air rebusan ini 2 hari berturut-turut.
-Ia melansingkan badan di samping merawat luka dalaman bagi ibu yang baru bersalin.

6.Temu hitam.


-25 gm temu hitam
-25 gm bonglai
-Air 400 ml

-Rebus kesemua bahan tadi ke dalam air sehingga menjadi 200 ml.
-Selepas suam, masukkan sedikit jus limau nipis dan minum setiap hari semasa berpantang. 
Asam Keping
Biji Manjakani
Temu Hitam

Asam Jawa



 
~ SELAMAT MENCUBA ~

Wednesday, August 10, 2011

Cara Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa


Oleh: Ibnuumar Asseluluni

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;

Kaedah Pertama:

Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.


Kaedah Kedua:

Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.

8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.

Sumber : Darussyifa 

Tuesday, August 9, 2011

TIPS MEMBAKAR BISKUT


1) Sebelum mula membakar, baca dan fahamkan resipi dan sediakan semua perkakas dan bahan yang diperlukan.

2) Bahan-bahan kering seperti, tepung, oats, garam, soda bikarbonate hendaklah digaul supaya dimasuki udara (aeration). Bahan-bahan kering harus disukat mengunakan cara "dip and level". Masukkan sukatan cawan atau sudu dan ratakan dengan belakang pisau.

3) Gunakan sukatan kaca untuk bahan cecair seperti susu, air, minyak dll. Dan sukat pada aras mata (eye level).

4) Acuan pembancuh haruslah dibersihkan tepinya ketika mengadun, supaya mendapat adunan yang rata.

5) Jarakkan adunan biskut di loyang pembakar supaya biskut dapat dibakar dengan seimbang.

6) Sapukan shortening (mentega putih) ke loyang pembakar dan bukan butter atau majerin. Butter dan majerin mudah hangus dan berbekas di loyang pembakar. Kemudian taburkan sedikit tepung dan ratakan ke atas loyang pembakar dan buang lebihan tepung.

7) Bakar satu dulang adunan biskut pada satu masa supaya udara panas dapat membakar biskut dengan seimbang. Letakkan dulang pembakar di tengah-tengah ketuhar supaya udara panas mudah mengalir. Ada ketuhar yang mempunyai "hot spots". Jika biskut cepat masak pada satu "hot spot", putarkan loyang pembakar apabila telah hampir setengah masa waktu membakar.

8) Panaskan ketuhar sebelum membakar biskut. Selalunya mengambil masa 15 minit, masa berbanding kepada ketuhar yang anda gunakan.

9) Dalam setiap resipi, ia akan menyatakan masa yang perlu untuk membakar biskut. Faktor lain seperti suhu kepanasan, paras laut dan lain-lain juga menentukan kepanasan sesebuah ketuhar. Gunakan "timer" dan set kepada waktu minima mengikut resipi dan kemudian cuba test sama ada biskut sudah pun masak.

10) Sebelum menyimpan biskut yang baru dibakar, pastikan yang ia betul-betul sejuk untuk mengelakkan mendapat biskut yang tidak ranggup.

11) Simpan biskut di berlainan bekas supaya baunya tidak bercampur bersama biskut-biskut yang lain. Untuk biskut yang ranggup, simpan didalam bekas ketap udara.

12) Kebanyakkan biskut boleh dibekukan paling lama untuk sebulan. Bungkus dengan aluminium foil atau plastik cling wrap, labelkan dengan haribulan sebelum dibekukan.

Panduan: Biskut yang munggunakan butter adalah lebih lemak dan sedap berbanding mengunakkan majerin.

Saturday, August 6, 2011

Nak Kurus | Tips Turunkan Berat Badan



1. Makan selepas pukul 8 malam menyebabkan kegemukkan.

Sebenarnya : Peningkatan ataupun pengurangan berat badan kita adalah sangat bergantung kepada perbezaan antara jumlah kalori yang diambil, jumlah tenaga yang digunakan serta kadar metabolisma badan. Kenyataan diatas mungkin boleh diterimapakai, namun tidak semua individu akan mengalami hal yang sama. Kita ambil contoh terdekat dengan melihat rakan-rakan, mahupun, ahli keluarga kita sendiri yang mungkin sering makan ketika larut malam. Sekalipun begitu, sesetengah mereka tetap tidak mengalami masalah berat badan.


Suatu kajian telah dilakukan oleh Pusat Nutrisi Dunn di Cambridge, dengan menggunakan beberapa sukarelawan. Dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberikan makanan tengah hari yang berat dan makanan malam yang lebih ringan. Kumpulan kedua pula, diberikan makanan tengah hari yang ringan dan makanan malam yang berat. Dengan menggunakan ‘whole body calorimeter’ yang berfungsi untuk mengukur jumlah kalori yang telah digunakan dan disimpan, kesemua sukarelawan menunjukkan tiada hubungkait antara makanan berat pada waktu malam dengan pembentukan lemak.


Tidak kiralah, pukul berapa kita makan, apa yang menjadi penentu utama adalah jumlah kalori yang kita ambil dalam masa 24 jam perlulah selari dengan aktiviti fizikal yang kita lakukan.

2. Berlapar boleh membantu dalam mengurangkan berat badan

Apabila berpuasa, badan kita akan mula membakar lemak yang ada tersimpan untuk menghasilkan tenaga. Hasilnya berat badan kita akan turun seperti yang diharap-harapkan. Tetapi, menurut Claire MacEvilly, pakar nutrisi di MRC Pusat Kajian Nutrisi Manusia di Cambridge, “Berlapar atau berpuasa bukan sahaja membakar lemak, bahkan turut membuatkan pengecutan otot berlaku”

Sekiranya Pengecutan otot berlaku, ini membuatkan kadar metabolisma badan kita mula menurun. Kadar metabolisma ini merupakan kayu-ukur kepada kalori yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Apabila kadar metabolisma menurun, badan kita memerlukan kalori yang lebih kecil berbanding sebelumnya. Sekiranya kita berhenti mengamalkan rutin berlapar, dan mula makan seperti biasa. Justeru, kalori yang diambil sudah pasti lebih tinggi daripada keperluan badan, lantas kita akan cenderung untuk mengalami peningkatan berat badan.

Suka saya mengingatkan, untuk mengurangkan berat badan, kedua-dua entity ini harus ada – menjaga pemakanan dan melakukan aktiviti fizikal. Hal ini demikian kerana, apabila bersenam, kita akan membina otot, sekaligus mampu mengekalkan kadar metabolisma badan. Anda merancang untuk berlapar? Amalkan sekali dengan bersenam!


3. Makan kuantiti kecil dengan kerap boleh membantu dalam meningkatkan kadar metabolisma

Secara teori ramai yang percaya, dengan meninggikan kadar metabolisma, lebih banyak jumlah kalori yang boleh diambil. Sekiranya individu itu mengambil jumlah kalori yang sama (lebih rendah daripada kadar metabolisma), ini boleh menghasilkan penurunan berat badan. Tetapi adalah perlu diingatkan, jumlah mahupun kadar kekerapan pengambilan makanan, tidak memberikan sedikit impakpun kepada kadar metabolisma badan. Sebaliknya, apa yang mampu memberikan kesan adalah komposisi dan saiz badan.

Maka, sekali lagi adalah digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal. Dengan melakukan senaman berkala, sangat membantu dalam membina otot-otot dan seterusnya meningkatkan kadar metabolisma badan.





4. Minum ‘Coffee’ berperanan menurunkan berat badan

Mengamalkan minum kopi setiap pagi dianggap mengurangkan selera makan dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Tetapi, sebenarnya kesan ‘tiada selera makan’ yang dicetuskan daripada minuman kopi ini hanya sementara dan tidak memberikan impak yang nyata dalam penurunan berat badan.

Mengamalkan kopi ini sebenarnya bukan sahaja mengakibatkan gangguan tidur, bahkan turut boleh mengakibatkan kegemukan. Kenapa? Sekurang-kurangnya dua kajian telah membuktikan individu yang mengalami gangguan tidur (salah satu faktor : mengamalkan kopi) cenderung untuk meghasilkan lebih banyak hormon ghrelin, hormon yang meningkatkan selera makan. Selain daripada itu, hormon leptin, hormon untuk mengurangkan selera makan, kurang dihasilkan. Justeru, individu tersebut semakin berselera untuk makan lantas menjadi punca kepada kegemukkan. Ini merupakan kajian yang dibuat di Universiti California.

5. Susu boleh mengurangkan berat badan

Secara teori, kalsium membantu mencernakan lemak dengan lebih cekap dan seterusnya mengurangkan berat badan. Tetapi, secara realitinya, susu tidak memiliki keajaiban seumpama ini. Banyak kajian telah dilakukan perihal teori ini, namun kajian-kajian ini mendapati keputusan yang pelbagai.

Untuk mendapatkan sumber kalsium, kita digalakkan untuk mengambil susu ataupun mana-mana produk berasaskan susu (dairy products) yang mengandungi rendah lemak dan rendah kalori. Selain itu, sumber kalsium juga boleh diperolehi daripada, sayur-sayuran hijau tua, soya, jus oren, dan ikan salmon. 
Sumber: psipum

Friday, August 5, 2011

Makanan Sihat Pada Bulan Ramadhan

Buah-buahan baik untuk sistem pencernaan

Amalkan makan sayur-sayuran & ulam-ulaman untuk awet muda


SYURGA makanan’. Itulah ungkapan yang sesuai digambarkan apabila tiba bulan Ramadan. Bukan sahaja bagi umat Islam, bahkan kaum lain di negara ini terutama dengan adanya bazar Ramadan.

Selagi tidak penuh makanan di pinggan, seperti tidak lengkap menu berbuka puasa. Golongan wanita pula tidak perlu penat memasak. Semuanya seperti sudah tersedia dengan pelbagai juadah yang ada di bazar Ramadan. Lauk-pauk, kuih-muih, pencuci mulut dan minuman boleh dibeli untuk hidangan keluarga. Ada yang bertanya, “cukup tak makanan kita hari ni?”. Ada pula yang berkata, “tidak seronok pula tanpa manisan serta minuman sejuk.”

Selain keletihan, yang mana lebih kerap berlaku kepada anda? Adakah berat badan berkurang atau makin bertambah menjelang Aidilfitri? Perkara ini biasa berlaku disebabkan tabiat pemakanan sepanjang Ramadan. Ramai yang membeli makanan tidak menilai keperluan makanan tetapi lebih kepada selera.

Hakikatnya, ketibaan Ramadan bukan saja memberi peluang kepada kita mempertingkatkan amalan kerohanian malah amat berfaedah untuk kesihatan.

“Puasa dapat membantu individu untuk mengawal pemakanannya. Ia dapat membantu dalam pengawalan berat badan di samping melatih individu untuk lebih berdisiplin pada makanan. Pemilihan makanan semasa bersahur dan berbuka penting kerana ia akan memberikan kesan terhadap peningkatan atau penurunan berat badan. Pengambilan makanan yang manis, berlemak atau bergoreng boleh menyebabkan peningkatan berat badan,” ujar Pakar Diet Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Nor Lizawati Che ‘ Lah.

Untuk bersahur, disarankan mengambil makanan yang dihadamkan secara perlahan termasuklah makanan yang mengandungi fiber .

Ini kerana makanan ini dapat bertahan selama lebih kurang lapan jam dan ini dapat mengurangkan rasa lapar selepas bersahur sehingga waktu berbuka.

“Makanan yang dihadamkan secara perlahan adalah makanan atau produk bijirin dan bijian seperti barli, gandum, oat, sekoi, tepung suji, tepung penuh mil, kacang dan kekacang, nasi perang dan sebagainya (dikenali sebagai karbohidrat kompleks). Makanan yang mengandungi serat (juga dapat bertahan agak lama) adalah makanan yang mengandungi bran, gandum penuh mil, bijirin dan bijian, oat, nasi ulam, sayur-sayuran seperti kacang hijau, kacang pis, bayam, pucuk ubi, buah-buahan dengan kulit, buah kering terutama aprikot, buah tin, kurma dan prun, kacang seperti badam dan sebagainya.

Makanan yang cepat dihadam dapat bertahan 4 jam sahaja. Makanan yang cepat hadam ialah makanan yang mengandungi gula, gula putih dan sebagainya (dipanggil karbohidrat ringkas).

Contoh makanan termasuklah kuih manis, minuman sirap, kordial dan minuman tin,” tambahnya.

Menurut Nor Lizawati, pengambilan makanan ini secara berlebihan boleh mengakibatkan seseorang berasa letih atau lesu sejurus selepas makan.

Justeru itu, kurangkan mengambil makanan yang tinggi kandungan garam atau masin kerana ini boleh mengakibatkan rasa dahaga pada siang hari.

Misalnya untuk berbuka, orang ramai dinasihatkan untuk mula dengan makanan yang ringan dan mudah dihadam seperti buah-buahan atau jus buah-buahan, diikuti dengan makanan yang sederhana dan kemudiannya snek secara berkala.

“Puasa boleh melatih individu lebih berdisiplin pada makanan. Untuk mereka yang cuba mengurangkan berat badan, jangan abaikan keperluan nutrien oleh badan kerana ini boleh menyumbang kepada risiko untuk mendapat masalah kesihatan dan badan akan cepat lesu. Ini akan memberikan kesan kepada aktiviti seharian. Jangan terlalu obses untuk menurunkan berat badan tetapi kesihatan diabaikan. Amalkan diet yang seimbang,” nasihatnya.
Sumber: Utusan Online

Saturday, July 30, 2011

Buaian Bayi Automatik | SUNFLOWER AUTOMATIC BABY ROCKER

Sebelum beli buaian ni hubby aku dah survey rega nya kat internet & aku pun ada la jugak tanya gan kawan2, rata2 cakap harga kalau buaian automatik ni mesti mahal..dalam lingkungan RM 200 lebih..ishhh..terdetik dalam hati aku mahal la jugak ye..maklumlah anak 1st aku dulu tak pakai benda Alah ni..

adik kashif ni jer yang mengada-gada sangat..kuat sangat merengek & keje nak kena henjut jer buaian masa dia tido..mau patah tangan ibu ni adik weiiii kalo lagu ni la tiap2 ari..memang tension gila kepale hotak aku ni duk dengar dia teriak jer time aku nak wat keje umah..rugi saja abah beli baby coat kat adik..nak jual kat orang pun sayang gak..

dah dapat buaian automatik ni settle satu masalah, tak yah duk pening2 pale dah ler..setakat dah seminggu pakai ni ok la jugak..nyeyak jer Kashif tido..mula tu dia tak suka & heran jugak coz bunyi bising sket..kokrek..kokrek..kokrek aje bunyinya..

ada 7 spring semuanya tapi anak aku 5.2 kg baru dah pakai 5 spring, camno tu eh..spring dia nampak cam lembut la sangat2..xpe la adik, janji adik tido nyeyak..

 kami beli kat kedai perabot kat jitra pekan PJ lama tu..nasib la jumpa jenama ni ada pengiktirafan dari Malaysian Book of Records..kami budget rega rm 250 ke atas..dah tanya kat kedai tu RM 190 jer..syukur la dapat brand Sunflower ni dengan rega murah camtu..jimat duit belanja yer..

harap2 dapat tahan lama la penggunaannya..jangan lah gah pada namanya ajer..

ni aku snap gambo kotak nya aje lah..tapi sebijik camtu lah..cantik jugak sunflower tu..

Detailed Product Description

SUNFLOWER AUTOMATIC BABY ROCKER
- The most gentle & safest rocker that has ever invented.

SUNFLOWER AUTOMATIC BABY ROCKER

SynHz Automatic Baby Rocker SynHz stands for Synchronous Reciprocating Hertz Tracking Device. This PATENTED automatic baby rocker has advance sensors that tracks the starting and ending point of a spring resonance movement.


WHY SHOULD YOU GET THIS PRODUCT ? :

- The electronic circuit will fire the FORWARD and REVERSE pulse accordingly at the precise moment.

- As such it is able to sustain a resonance movement with very little electricity.

- The automatic baby rocker runs on 12Vdc adapter with maximum 1000mA current.

- With only 12W power consumption, it is able to resonate a whopping load of 600kg.


- It is also the first and only baby rocker that has been awarded as the highest weightage baby rocker in the MALAYSIA BOOK OF RECORDS

PRODUCT EXCELLENCE AWARD BY SIRIM YEAR 2006
Asia Pacific International Entrepreneur Excellence Award (Excellence Product ) YEAR 2008


* Convenient; * Safe; * Durable

- The most gentle &; safest rocker that has ever invented.

1. Unique "Overload Reset System" to
* protect the electronic circuit.
* prevent overheating of the DC motor.

2. Imported "SynHz - Designed motor.

3. Every model of our baby rocker (1st to 4th model) has auto timer device to prevent baby from prolonged rocking hazard.

4. No changing of any wearable parts whatsoever e.g. rubber belts. Unique external (Linking A) parts feature makes changing fast & easy.

5. Durable ABS casing and reliable POM internal parts.

6. Fast and efficient service nationwide.

Friday, July 29, 2011

Macam Mana Nak Kurus Bersama London Weight Management


huhu..tajuknya macam beria-ia jer kan..terlebih la sudah..hehe..adui..macam mana nak kurus & kempiskan perut buncit ni..itulah jer lah perkataan yang kuar dari mulut ku hari2..berdiet & bersenam nya tau mau..camne tu nak kurusnya..adei la..
ni hasil gambar yg hubby aku ambik curi2 dari luar tu..nak posing nak dalam tu lebih2 malu la pulak kan..kami pi ni kat London Weight Management cawangan Alor Star di Alor Star Mall. Jauh gak tu sejam dari rumah aku, tu pun ikut highway la..

lari dari tajuk la plak ye..alkisahnya yang menyebabkan aku sampai ke sini ialah bosan dah aku makan & pakai produk yang aku beli tu tapi berat tak turun2 jugak..sedih aku tau..so, aku try2 la pi kat LWM ni..

 Staf LWM yang entertain aku ialah Connie..biasalah kan kat butik2 kecantikan camni biasanya amoi2 yang ramping2 la..

so, sape2 yang datang kat situ memang akan dapat trial treatment la dulu untuk membuktikan keberkesanan treatment diorang..1st treatment ni memang dijamin akan menurunkan berat badan dalam 3 kg & 4-16 cm berkurangan..memang terbuktilah apa yang diorang buat dengan aku tu..


Rawatan yang aku perolehi untuk yang 1st trial tu ialah masuk dalam bilik sauna tu..huhh..panans gila beb..aku mana penah pi SPA untuk bersauna & segala macam tu..ishhh..ada rasa cam takut gak la..kot pengsan aku kat situ mapuihhh..dalam bilik sauna tu dalam 10 minit jer lah..basah berjeruk aku..

2nd step plak si connie tu sapu dengan apa entah tapi bau lavender la aromanya..lepas sapu tu kat semua tubuh aku dibungkus dengan apa benda entah..masa ni pun memang panas jugak la..memang bertakung kat plastik yang aku baring tu dengan air yang kuar dari badan aku..proses ni umpama cam kita buat exercise untuk berpeluh la..lebih kurang gitulah kalo ikut tejermahan aku la kan..

pastu si Connie suruh aku mandi untuk bersihkan badan yang dah berpeluh tu..3rd step plak dia lekatkan benda kat perut, kedua2 belah tangan & kedua2 belah peha aku. ada gak rasa cam elektrik mengalir pun ada gak..tapi tak la gitu kan..nanti keras & kering lak customer diorang..

sebelum buat ketiga2 step tu, kiraan berat diambil terlebih dahulu..1st & 2nd step tu untuk membuang toksin dalam badan kita la..3rd step tu baru la nampak hasilnya..

memang terbukti berkesan la rawatan yang diorang bagi tu & hasilnya berat aku menurun 2.9kg yg mana asalnya 60 kg menurun kepada 57.1 kg dalam masa 3 jam sahaja..huhu..memang seronok giler2 aku rasa..dasyatnya..senangnya..kalo aku jogging pun belum tentu lagi turun sebanyak itu weiii...

Cara Untuk Meningkatkan Kadar Metabolisme

10 Cara Untuk Meningkatkan Kadar Metabolisme Bagi Mempercepatkan Proses Penurunan Berat Badan
Tips ini diambil dari blog SLIM DIET2

1.Bina otot-otot (build Muscle) – Badan kita sebenarnya berterusan membakar kalori walaupun semasa kita berehat. Kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot.

2.Bersenam aerobik atau berjogging – Bersenam aerobik/berjogging mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.

3.Minum banyak air – Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak.Membiasakan meminum air masak sebelum makan.

4.Campurkan ais dalam air – Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.

5.Makan lebih kerap – Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan.Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme.

6.Pedaskan masakan anda – Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang boleh meninggikan kadar metabolisme.

7.Makan lebih protein – Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.

8.Minum kopi – Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula.

9.Minum teh hijau (Green Tea) – Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau sehari membantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun.

10.Elakkan crash diet. Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalori sehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan bakarkurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...