Showing posts with label Nur kashif Aliya. Show all posts
Showing posts with label Nur kashif Aliya. Show all posts

Wednesday, December 25, 2013

Cerita Orang Salji dan Pokok Salji



Mai mana la pulak cerita Orang Salji dan Pokok Salji ni yerr.. nak kata cerita dongeng pun tak pernah lagi ku dengar sejak kecil. Inilah dia istilah dari imaginasi anak aku yang tersayang tu.. Santa Clause tu dikata orang salji dan pokok christmas tu dikata pokok salji.. Inilah dia pengaruh tv, kalau ada cerita kat tempat sejuk asyik tanya jer bila kita boleh main salji. Dia ingat senang-senang jer nak main salji bagai tu gamaknya. 



Kami dah cuba terangkan sikit-sikit kat kakak negara macam mana yang ada salji, bila salji akan ada dan terangkan perbezaan antara negara Malaysia dan negara beriklim 4 musim. Harapnya dia faham la sikit-sikit daripada penerangan kami tu. Inilah yang dikatakan proses pembelajaran anak-anak kan, mula-mula dia fikir sendiri dulu ikut imaginasi dia dan kemudian baru la tahu perkara sebenar melalui pembelajaran yang formal. 





Tuesday, January 22, 2013

Kenangan Di Langkawi


Lepas tangkap gambar banyak-banyak tu korang simpan kat mana yer? Adakah print out sendiri ataupun cuci kat kedai gambar. Macam aku sendiri tak pernah cuci gambar yang banyak-banyak tu tapi aku backup banyak tempat la, burn dalam DVD, ada dalam laptop, external hard disk dan dalam FB. Nak simpan online storage kebanyakannya berbayar. 

Ada kawan aku hanya simpan dalam external hard disk, habis semua gambarnya hilang bila external hard disk tu rosak dan tak boleh bukak. Bagi aku kalau nak selamat baik simpan burn dalam DVD. Kalau ada cara lain lagi suggest la kat aku yer..

Ni gambar kenangan di Langkawi, Mac 2012. Bila tengok gambar ni rasa macam nak pergi lagi ke Langkawi tahun ni. Biasanya aku suka duduk kat area Cenang Beach, malam-malam happening. Ni kali ke-9 dah aku pergi Langkawi, jadinya tak hairan sangat aku nak bergambar sana sini, pergi pun cuma nak berehat tepi pantai dan makan coklat banyak-banyak dengan budjet biasa-biasa sahaja.

Gambar Helang Langkawi kena snap jugak.



Sunday, January 20, 2013

Doktor Cakap Tak Boleh Pergi Sekolah


Seminggu dua ni memang pening kepala memikirkan si kakak ni. Dia buat hal lagi tak mau pi sekolah plak. Khamis minggu lepas dia demam, bawa ke klinik tapi kali ni doktornya tersangat la baik dan pandai memujuk. Doktor cakap kakak kena makan ubat, minum air masak banyak, balik balik rumah rehat dan tak perlu pi sekolah.

Pesanan yang terakhir doktor tu yang dia guna pakai hari ni dan alasan tak nak ke sekolah, "kakak belum sihat, tak boleh pergi sekolah lagi la," katanya.

Kalau macam ni gayanya aku yang boleh jadi stress. 

Memang bagus dapat doktor yang peramah dan bijak memberi nasihat. Macam anak aku ni cukup payah nak makan ubat tapi bila doktor yang cakap kena makan ubat dan minum air masak banyak, boleh pulak dia ikut arahan doktor.



Thursday, January 10, 2013

Memang Macam Ni ker Anak Seorang Blogger


Memang Macam Ni ker Anak Seorang Blogger? ececehhhh..tajuk, macam propa jer..dari kiri: kakak, adik dan ibunya.

 Memang Macam Ni ker Anak Seorang Blogger tu maksud aku anak-anak blogger lain sama macam anak aku jugak ker? Budak dua beradik ni memang dah faham kalau aku atau abahnya buat keluar apa saja gadjet yang boleh tangkp gambar, mesti diorang dah ready dengan pelbagai gaya, kadang2 tu kecoh dibuatnya.

Mau tak kecohnya, lepas ambik satu gambar kalut la depa nak tengok hasilnya, adik pun sama jugak camtu.

Macam tu jugak la kat dapur, kakak selalu peringatkan ibunya dah ambik gambar ke belum lepas dah hidangkan lauk. Anak2 pun dah terikut sama macam ibunya pantang masak jer nak kena tangkap gambar.

Dan yang paling tak tahan soalan maut ni dia tanya dengan aku bila mana aku mengadap laptop: "ibu nak buat entri ker.." ataupun "ibu nak update blog ker.."

Hebat betol aura ber-blogging hinggakan anak aku umur 5 tahun pun boleh faham bahasa-bahasa blogging nih..

Anak-anak blogger lain macam mana pulak? Sama macam anak aku jugak ker..?





Monday, December 10, 2012

Nur Kashif Aliya 18 Bulan


Adik @ Kashif Aliya ni dah 18 bulan umurnya.. Abah dia suka panggil "Jepun" dan lucunya dia akan ikut semula cakap abah dia "pun-pun".. perkataan yang diajar akan diikut juga dengan bahasa dia lah.. adik ni suka buat benda yang dia boleh tiru melalui perbuatan.. Terbaru ibu ajar dia kutip sisa makanan yang jatuh atas lantai dan buang dalam tong sampah. 

Alhamdulillah, bila dia makan & tumpah atas lantai, dikutipnya & buang dalam tong sampah. Apa-apa benda yang dia berjaya buat kami akan tepuk tangan tanda sokongan. Seronok & senyum la dia..

Botol susu kakak yang bersepah atas lantai adik yang tolong simpan atas meja dan yang melucukan kami cawan kopi abah dia yang belum habis minum diambik dan simpan atas meja dapur. Tergelak kami dibuatnya, disiplin sungguh.

Satu lagi, kalo lepas makan kita sibuk kemas meja & cuci pinggan mangkuk, dia plak akan tolong tolok kerusi makan tu rapat dengan meja. Kadang-kadang tu terkejut juga dengan tindakan Kashif ni, macam dia cepat sangat belajar & meniru dari perbuatan ibu, abah & kakak dia.




Friday, December 7, 2012

Budak Vicks



Budak Vicks? Kenapa budak vicks? Sebab Kashif Aliya ni suka dengan vicks. Tengok vicks kat tangan dia tu, pantang jumpa jer, memang dia akan bukak & sapu di hidung, tangan, perut dan kaki dia. Dari kecik lagi adik memang suka menghidu vicks. 

Ada sehari tu, dia buka vicks tu yang masih penuh lagi, pastu dia sapu kat hidung macam hingus dilubang hidung. Tapi yang heran tu mata dia sikit pun tak berair walaupun dia sapu vicks banyak sangat. Kalo dibandingkan dengan kakak memang meraung, melalak la kena vicks sikit pun. Sifat dua beradik ni memang berlawanan sangat.





Tuesday, September 25, 2012

Apabila Abah Menghias Si Anak


Kenal tak?
Gaya ikatan sejemput...
Tiap kali abah dia buat sesuatu kat dia, lalu bergegas si Kashif ni ke cermin muka (cermin yang stand alone tu) nak tengok macam mana agaknya rupa dia selepas di 'tukar'..kadang-kadang macam-macam penampilan. Jadi Optimus Prime pun pernah, jadi ninja, gadis cina dan macam-macam. Yang paling kerap ialah sebagai gadis bertudung..wahh..



Sunday, September 23, 2012

BuDaK BuSuK BaRu BaNgUn TiDo



BuDaK BuSuK BaRu BaNgUn TiDo ye.. sape lagi kalo bukan anak dara ibu, Nur kashif Aliya nih.. budak kalo baru bangun tidur faham-faham jer lah macam mana bau masam & wanginya kan, menusuk kalbu gitu, huhuhu.. terjaga jer terus mengadap cerita Upin & Ipin dengan rambut yang berserabai tu.. tido petangnya tak pernah lama-lama, mesti sekejap jer dia tido. Adik nak tido lama camne, si kakak plak bunyi riuh rendah. Adik Kashif plak telinga lintah dan pantang ada bunyi sikit dah nak bangun. Anak aku dua beradik ni kan suka sangat bermain & tak suka tido tapi kalo nak berjalan, masuk jer dalam kereta, tak sampai 10 minit dah meracau nak tido.



Friday, August 3, 2012

Ragam Intan Payung



Salam Ramadhan semua,

Cepatnya masa berlalu, dah nak hampir setengah bulan kita menyambut kedatangan Ramadhan Al-mubarak. Tapi tak terasa detik-detik dan saat-saat yang berlalu itu. Sama juga lah dengan hal perkembangan anak-anak kita, sekejap jer rasa anak-anak sudah besar dan terasa macam sekejap jer dapat bermain dan melihat telatah anak-anak masa kecil kan.

Anak aku, adik Kashif ni pun dah berusia 1 tahun 2 bulan, terasa cepat sangat adik membesar, nasib baik membesar depan mata aku tiap-tiap hari. Macam-macam perkara adik dah pandai buat, telatahnya memang menghiburkan kami sekeluarga. Sejak kecik macam-macam gelaran yang kami panggil dan yang terkini kami panggil adik dengan gelaran 'Intan payung'..huhu..tau kenapa? Sebab adik suka tengok Upin & Ipin, manja dan pandai merajuk (macam kakaknya jugak). 

paling terkejut kami dengar adik pandai sebut "betol, betol, betol", masa ada iklan doa buka puasa Upin & Ipin cepat-cepat dia sebut "betol, betol, betol" sambil gelak-gelak. Bila suruh adik ulang balik sebut "betol, betol, betol" dia tak mau dah, buat-buat malu plak.

Selain tu, adik dah pandai sebut perkataan "dah" bila dah siap buat sesuatu benda. Kalau bagi barang kat kita adik akan sebut "nah". paling lucu tengok dia pandai bukak dan tutup pen dengan elok. Tiba waktu kita nak solat lagi la lucu tengok dia, sejadah tak hampar elok, dia sebuk perbetolkan bagi elok, berdiri angkat takbir dan terus sujud dengan mulutnya terkumat kamit. Betol la kata orang, anak-anak kecil akan ikut apa yang kita lakukan.





Friday, May 11, 2012

Ibu Saya Kata: "Pakai Baju Kurung la Cantik."


"ok la ibu, adik keluar dulu tauuu..nak tengok miowww kat luar tu..nanti kakak tinggal adik pulak..
tapi ok ker adik pakai baju kurung nih.."

"Maaf lah yer..kena masukkan jari dalam mulut jugak sebab gigi atas saya baru jer tumbuh..takde benda yang saya boleh gigit..Gerammm sangat ni tau.."

"ok ibuuu..adik dah masuk dalam rumah ni..kat luar tadi kena marah dengan kakak.."

"Tunggu la kejap, adik nak tengok tv ni..saya kan peminat setia Kampung Boy, Upin & Ipin dan Wonderpet.."

"apa pandang-pandang, ada nampak muka saya macam orang Jepun ker.."

"sebuk jer lah nak tangkap gambar saya ni..tunggu kejap, kaki saya tersangkut nak jatuh ni.."



Monday, May 7, 2012

Adik Kashif Suka Makan Apple



"Apple tak kupas lagi ni..dah nak ambik gambar.."

"Ok..adik gigit dah ni.."

"Okay, adik makan pelan-pelan ni.."

"Sambil tengok TV ni..nyum..nyum.."

"Habis dah makan..tukar baju lompat atas basikal pulak..!!" Sori, gambar ni blur sebab nak cepat takut si Kashif ni jatuh dari basikal tu. Nampak tak dia angkat dua-dua belah kaki naik atas basikal, bertuah punya budak.


Sunday, January 8, 2012

2 Jam Di Hospital Jitra Demi Adik


Wajah adik yang ceria telah berubah menjadi wajah yang sedih menahan kesakitan..pilu hati ibu tengok wajah adik dalam dua tiga hari ni..asyik merengek & tak mau duduk sorang-sorang..apatah lagi nak bermain dengan kakak, jauh sekali..gambar sebelah kiri pagi sebelum adik panas teruk & gambar kanan ni masa tengah bersiap nak ke hospital jam 12 tengah malam..terpaksa bawa juga adik ke hospital jitra malam tu jugak coz sejak siang suhu panas badan adik tak berubah walaupun dah makan ubat ikut jadual..


Ni masa kat hospital Jitra, lama gak la menunggu turn nak masuk tapi nasib baik tak ramai patient malam tu.. Doktor check suhu adik 39.1 Celcius dan untuk lebih tepat dengan menggunkan thermometer diletakkan bawah ketiak adik.So, bermula prosedur doktor suruh tanggalkan baju adik nak masuk ubat ikut punggung & lap seluruh tubuh supaya suhu turun cepat sket. Lebih kurang sejam lebih duk dalam wad sementara tu, adik dibenarkan pulang setelah suhu turun kepada 36 Celcius. Kalo la adik kena tahan kat wad malam tu memang haru biru jadinya, mengantuk giler la ibu dan kesian plak dengan kakak comel tu..


Ini budak memang kes parah, doktor pun tak boleh buat apa-apa dah untuk merawatnya..kakak asyik merayau ke hulu ke hilir, naik lemas jugak mata ibu & abah ni..last..last..abah cakap kakak naik atas katil & tidur..so, kakak pun dengan akal yang bijaknya, buat2 la tido..tak dan 5 minit pun, meloncat la dia dari katil tu..dan yang paling lucu sekali abah cakap: kakak tido la atas katil tu, hotel ni kan..tau kakak jawap apa: ishhhh...tu bukan otel..apa abah ni?..huhu..pandai kakak menilai ye, mana hotel & mana hospital..



Thursday, December 8, 2011

Favourate Kakak - Ayam KFC Changlun




kakak ni kan tak jemu2 makan ayam KFC..abah & ibu takde selera dah nak menelan fast food ni..cemuihhh dah bak kata orang Kedah ni..

sejak adik dah pandai duduk ni, lega sket kalo nak makan kat luar. adik dah pandai duduk baby chair senang la ibu & abah nak melahap makanan. adik punya tabiat tak mau duk dalam stroller, tu yang payahnya..


Saturday, December 3, 2011

Adik Kashif Aliya Anak Ibu Macam Chepun..Huhuuuu..

jangan marah dik ye..abah yang selalu panggil adik chepun, bukannya ibu tau..kakak, ibu & abah seronok sangat2 dengan kehadiran adik Aliya..cukup menghiburkan kami sekeluarga.. adik sekarang ni dah pandai duduk sendiri..cute & comel jer masa adik nak angkat punggung & duduk, tapi kakak suka kacau adik la..

sekejap je dapat melihat perkembangan anak ibu ni membesar.. rasa macam baru jer ibu lihat adik pandai merangkak..ni adik aliya dah pandai duduk dalam umur 6 bln setengah..sekarang ini adik teramat lasak & merangkak ke sana sini..

masa ni kan abah & ibu bawa adik & kakak jalan2 kat c-mart Arau..time ni dah lewat & kedai2 semua nak tutup..

Thursday, December 1, 2011

Anak Chepun Nome

aloloooo... anak ibu yang comel.. lomel.. tomel.. ini budak Chepun buat perangai tak nak tido & berjaga malam2.. kul 2 pagi pun tak mau nena lagi.. esok pagi membuta buat tahik mata sampai jam 12 tengahari daaa.. adik...adik.. bertuah sungguh dia.. nasib baik ibu tak bekerja gan orang & bekerja sendiri naaa.. kalo tak mampuihhhh ibu tak bangun pagi..

mata adik dah mengantuk tu yg sebeno benornya, tapi tak mau nak tido jugak duk ingat nak main jah.. duk merangkak merata habis cerok rumah adik duk tawas.. yang tak tahannya kena mop & vakum sentiasa lantai untuk keselessan si manja ibu ni..

Tuesday, November 29, 2011

Ragam Adik Beradik Yang Menghiburkan Ibu & Abah


huhuuuu.. tu dia adik ooiiiiii.. duk menirap atas printer abah tuh..selamba badak jer adik duk atas printer tu no.. kadang2 ibu rasa macam tak larat nak kawal adik & kakak ni, terlalu aktif sangat.. penat ooo.. adik baru jer usia 6 bulan lebih tapi duk pandai merangkak dah..ligat jer adik atur langkah merangkak ke merata tempat.. pantang buka pintu bilik air, cepat2 la dia nak merangkak masuknya.. dua tiga hari dah pandai nak duduk sendiri plak tapi belum tegak la belakangnya..risau ibu takut sakit tulang belakang adik yang masih lembut tu..

ni pulak 'duplicate' dari watak mak som dalam cerita Hikayat Putera Shazlan yang entah apa2 tu.. kakak siap ikut lagi gaya mak som yang marahkan Shazlan.. sejak ibu tengok cite ni, tak berkenan langsung dengan perangai Abby Abadi ni..

ce tengok subang & cincin kakak tu, berkenan sangat2 dia nak membelinya..entah apa2 la anak bertuah ni.. semuanya dia nak meniru gaya orang dewasa.. jenuh aku penoh nak melarangnya.. umo baru 3 tahun jagung tapi nak melaram lebih2.. dah la pakai baju entah apa2..



Saturday, August 20, 2011

Adik Kashif Tidur Meniarap


Ikut sapa anak ibu ni tido menirap, risau ibu takut lemas & tak boleh menyawa, tapi tengok macam adik pandai cari ruang pernafasan. Biasanya kalau baby tido macam dia akan tido lama & nyeyak. Ibu memang suka cium bau anak2 aku nih, terutamanya sebelum mandi tuh..ishhh...tak senonoh la ibu adik ni.
Masa ibu kerja dulu, kalu rindu & risau dengan kakak yang tinggal dengan pengasuh dia, ibu boleh terhidu atau terasa macam angin bawa bau kakak masuk dalam ofis ibu. Mungkin itu cuma naluri seorang ibu apabila rindu dengan anaknya. Sebab tu lah masa pengasuh kakak tak nak menjaga kakak dah ibu jadi tak tentu hala, risaukan anak. Tapi sekarang ni lega, ibu boleh jaga kedua-dua anak ibu yang banyak songeh. Adik & kakak penyeri dan pelengkap hidup ibu dan abah. Jadi anak-anak yang soleh ye anak-anak ibu dan dengar cakap ibu bapa. Amin...


Sunday, July 31, 2011

Adik Kashif Demam






aloloooo..ciannya anak ibu ni demam sampai bulat matanya..patutla dia merengek jer kejenya..pi kat farmasi check suhu 36 Celsius. kalo baby suhu camtu memang tahap demam dah tu..nasib ada ubat lagi kat rumah dan cuma beli cool fever jer..

masa cucuk kat peha adik tak demam pun tapi ni entah nape plak la adik leh demam..ibu rasa cam salah ibu coz ibu nak kurus sangat then effect kat adik la..

biasanya kalau anak2 demam aku guna daun bunga raya yang hijau tu..ambik daun bunga raya tu ramaskan dalam air akan kuar lendir..ambik air lendir tu sapu kat seluruh badan. lendir bunga raya tu akan rasa sejuk dan mampu menurunkan suhu badan. itulah petua yang aku selalu amalkan dan berkesan.


lucu tengok tangan adik cam robot jer..

Saturday, July 30, 2011

Buaian Bayi Automatik | SUNFLOWER AUTOMATIC BABY ROCKER

Sebelum beli buaian ni hubby aku dah survey rega nya kat internet & aku pun ada la jugak tanya gan kawan2, rata2 cakap harga kalau buaian automatik ni mesti mahal..dalam lingkungan RM 200 lebih..ishhh..terdetik dalam hati aku mahal la jugak ye..maklumlah anak 1st aku dulu tak pakai benda Alah ni..

adik kashif ni jer yang mengada-gada sangat..kuat sangat merengek & keje nak kena henjut jer buaian masa dia tido..mau patah tangan ibu ni adik weiiii kalo lagu ni la tiap2 ari..memang tension gila kepale hotak aku ni duk dengar dia teriak jer time aku nak wat keje umah..rugi saja abah beli baby coat kat adik..nak jual kat orang pun sayang gak..

dah dapat buaian automatik ni settle satu masalah, tak yah duk pening2 pale dah ler..setakat dah seminggu pakai ni ok la jugak..nyeyak jer Kashif tido..mula tu dia tak suka & heran jugak coz bunyi bising sket..kokrek..kokrek..kokrek aje bunyinya..

ada 7 spring semuanya tapi anak aku 5.2 kg baru dah pakai 5 spring, camno tu eh..spring dia nampak cam lembut la sangat2..xpe la adik, janji adik tido nyeyak..

 kami beli kat kedai perabot kat jitra pekan PJ lama tu..nasib la jumpa jenama ni ada pengiktirafan dari Malaysian Book of Records..kami budget rega rm 250 ke atas..dah tanya kat kedai tu RM 190 jer..syukur la dapat brand Sunflower ni dengan rega murah camtu..jimat duit belanja yer..

harap2 dapat tahan lama la penggunaannya..jangan lah gah pada namanya ajer..

ni aku snap gambo kotak nya aje lah..tapi sebijik camtu lah..cantik jugak sunflower tu..

Detailed Product Description

SUNFLOWER AUTOMATIC BABY ROCKER
- The most gentle & safest rocker that has ever invented.

SUNFLOWER AUTOMATIC BABY ROCKER

SynHz Automatic Baby Rocker SynHz stands for Synchronous Reciprocating Hertz Tracking Device. This PATENTED automatic baby rocker has advance sensors that tracks the starting and ending point of a spring resonance movement.


WHY SHOULD YOU GET THIS PRODUCT ? :

- The electronic circuit will fire the FORWARD and REVERSE pulse accordingly at the precise moment.

- As such it is able to sustain a resonance movement with very little electricity.

- The automatic baby rocker runs on 12Vdc adapter with maximum 1000mA current.

- With only 12W power consumption, it is able to resonate a whopping load of 600kg.


- It is also the first and only baby rocker that has been awarded as the highest weightage baby rocker in the MALAYSIA BOOK OF RECORDS

PRODUCT EXCELLENCE AWARD BY SIRIM YEAR 2006
Asia Pacific International Entrepreneur Excellence Award (Excellence Product ) YEAR 2008


* Convenient; * Safe; * Durable

- The most gentle &; safest rocker that has ever invented.

1. Unique "Overload Reset System" to
* protect the electronic circuit.
* prevent overheating of the DC motor.

2. Imported "SynHz - Designed motor.

3. Every model of our baby rocker (1st to 4th model) has auto timer device to prevent baby from prolonged rocking hazard.

4. No changing of any wearable parts whatsoever e.g. rubber belts. Unique external (Linking A) parts feature makes changing fast & easy.

5. Durable ABS casing and reliable POM internal parts.

6. Fast and efficient service nationwide.

Wednesday, July 20, 2011

Adik Kepanasan


alo...looooo....nomel nya anak ibu ni tak berbaju..baru 2 bulan dah syok isap jari.. kesian kat adik, la ni musim panas siang malam..jadi naik biji merah2 kat badan adik..ruam panas..arini keje buat perangai jer tak mau tido tp rupa cam megantuk..



ibu bagi adik berkemban jap baru lepas mandi..seronok dia & pandai sembang dengan ibu plak tu..baguihhh adik ni..

lepas mandi ni baru adik boleh tido nyeyak plak kan!!!

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...