Showing posts with label Nur Kamila Qistina. Show all posts
Showing posts with label Nur Kamila Qistina. Show all posts

Wednesday, December 25, 2013

Cerita Orang Salji dan Pokok Salji



Mai mana la pulak cerita Orang Salji dan Pokok Salji ni yerr.. nak kata cerita dongeng pun tak pernah lagi ku dengar sejak kecil. Inilah dia istilah dari imaginasi anak aku yang tersayang tu.. Santa Clause tu dikata orang salji dan pokok christmas tu dikata pokok salji.. Inilah dia pengaruh tv, kalau ada cerita kat tempat sejuk asyik tanya jer bila kita boleh main salji. Dia ingat senang-senang jer nak main salji bagai tu gamaknya. 



Kami dah cuba terangkan sikit-sikit kat kakak negara macam mana yang ada salji, bila salji akan ada dan terangkan perbezaan antara negara Malaysia dan negara beriklim 4 musim. Harapnya dia faham la sikit-sikit daripada penerangan kami tu. Inilah yang dikatakan proses pembelajaran anak-anak kan, mula-mula dia fikir sendiri dulu ikut imaginasi dia dan kemudian baru la tahu perkara sebenar melalui pembelajaran yang formal. 





Saturday, February 2, 2013

Apa Beza Susu Dutch Lady Coklat dan Susu Dutch Lady Milo



Apa Beza Susu Dutch Lady Coklat dan Susu Dutch Lady Milo

Saja nak cite pasal si kakak ni, aku rasa pelik juga dengan budak sorang ni. bercakap bukan main lagi kata nak susu coklat, dah kali kedua belikan untuk dia. Kali pertama beli memang dia tak isap langsung susu dutch lady coklat tu, tak sedap katanya. Membazir camtu jer.

Tak berapa lama lepas tu dia mintak lagi nak susu coklat juga. Aku dan abah dia tak berapa nak percaya sangat permintaan kakak ni. Jadinya, aku campurkan susu dutch lady biasa dengan milo, jadilah susu milo namanya. Sedapnya kata kakak. Setiap kali dia mintak susu, mesti dia cakap nak susu coklat sebab dia tak tahu susu yang aku bancuh tu susu + milo.

Kerap sangat dia mintak camtu, abahnya kata beli la susu coklat tu plak. Rupanya silap sangkaan kami tu, sekali lagi susu coklat tu membazir dan tak sedap katanya. Dan yang aku tak fahamnya Apa Beza Susu Dutch Lady Coklat dan Susu Dutch Lady Milo tu?



Tuesday, January 22, 2013

Kenangan Di Langkawi


Lepas tangkap gambar banyak-banyak tu korang simpan kat mana yer? Adakah print out sendiri ataupun cuci kat kedai gambar. Macam aku sendiri tak pernah cuci gambar yang banyak-banyak tu tapi aku backup banyak tempat la, burn dalam DVD, ada dalam laptop, external hard disk dan dalam FB. Nak simpan online storage kebanyakannya berbayar. 

Ada kawan aku hanya simpan dalam external hard disk, habis semua gambarnya hilang bila external hard disk tu rosak dan tak boleh bukak. Bagi aku kalau nak selamat baik simpan burn dalam DVD. Kalau ada cara lain lagi suggest la kat aku yer..

Ni gambar kenangan di Langkawi, Mac 2012. Bila tengok gambar ni rasa macam nak pergi lagi ke Langkawi tahun ni. Biasanya aku suka duduk kat area Cenang Beach, malam-malam happening. Ni kali ke-9 dah aku pergi Langkawi, jadinya tak hairan sangat aku nak bergambar sana sini, pergi pun cuma nak berehat tepi pantai dan makan coklat banyak-banyak dengan budjet biasa-biasa sahaja.

Gambar Helang Langkawi kena snap jugak.



Sunday, January 20, 2013

Doktor Cakap Tak Boleh Pergi Sekolah


Seminggu dua ni memang pening kepala memikirkan si kakak ni. Dia buat hal lagi tak mau pi sekolah plak. Khamis minggu lepas dia demam, bawa ke klinik tapi kali ni doktornya tersangat la baik dan pandai memujuk. Doktor cakap kakak kena makan ubat, minum air masak banyak, balik balik rumah rehat dan tak perlu pi sekolah.

Pesanan yang terakhir doktor tu yang dia guna pakai hari ni dan alasan tak nak ke sekolah, "kakak belum sihat, tak boleh pergi sekolah lagi la," katanya.

Kalau macam ni gayanya aku yang boleh jadi stress. 

Memang bagus dapat doktor yang peramah dan bijak memberi nasihat. Macam anak aku ni cukup payah nak makan ubat tapi bila doktor yang cakap kena makan ubat dan minum air masak banyak, boleh pulak dia ikut arahan doktor.



Thursday, January 10, 2013

Memang Macam Ni ker Anak Seorang Blogger


Memang Macam Ni ker Anak Seorang Blogger? ececehhhh..tajuk, macam propa jer..dari kiri: kakak, adik dan ibunya.

 Memang Macam Ni ker Anak Seorang Blogger tu maksud aku anak-anak blogger lain sama macam anak aku jugak ker? Budak dua beradik ni memang dah faham kalau aku atau abahnya buat keluar apa saja gadjet yang boleh tangkp gambar, mesti diorang dah ready dengan pelbagai gaya, kadang2 tu kecoh dibuatnya.

Mau tak kecohnya, lepas ambik satu gambar kalut la depa nak tengok hasilnya, adik pun sama jugak camtu.

Macam tu jugak la kat dapur, kakak selalu peringatkan ibunya dah ambik gambar ke belum lepas dah hidangkan lauk. Anak2 pun dah terikut sama macam ibunya pantang masak jer nak kena tangkap gambar.

Dan yang paling tak tahan soalan maut ni dia tanya dengan aku bila mana aku mengadap laptop: "ibu nak buat entri ker.." ataupun "ibu nak update blog ker.."

Hebat betol aura ber-blogging hinggakan anak aku umur 5 tahun pun boleh faham bahasa-bahasa blogging nih..

Anak-anak blogger lain macam mana pulak? Sama macam anak aku jugak ker..?





Wednesday, January 9, 2013

Hari ke-4 Kakak ke Tadika



 Dah hari ke-4 kakak ke tadika, saja aku bagi di mula minggu ni. Tahun lepas umur dia 4 tahun kami hantar dia ke tadika yang sama juga, dekat jer, belakang rumah. Tapi dua bulan lebih jer dia bertahan sebabnya susah sangat nak bangun tido tapi mau ke sekolah tak kira masa. So, kami pun malas nak paksa-paksa sangat lagi tahun lepas lagi pun baru 4 tahun kan.

Dah masuk umur 5 tahun ni kena paksa juga, alhamdulillah dah 4 hari ni tak nangis2 masa bangun tido. Masa nak tido tu kena selalu peringatkan dia yang esok kena pergi sekolah dan kena bangun pagi.

Tiap-tiap hari cakap, kakak seronok pergi sekolah, ramai kawan-kawan, cikgu baik dan tak marah kakak tapi cikgu tu tak bagi kakak mandi di sekolah. Kakak tak faham rupanya, kawan-kawan yang mandi tu balik petang, kakak plak 12.30 pm dah balik.

Dulu pernah aku cakap dengan abahnya supaya hantar ke sekolah cina yang ada sesi petang tapi hubby memang menentang sekeras-kerasnya. Hubby memang risau sebab dia budak lagi dan minda budak cepat terpengaruh dan meresap benda2 yang tak elok. Lagi pun kata hubby sekolah cina bukannya menekan BI pun, kalo nak sangat anak belajar bahasa cina bagi dia ambik course bahasa cina bila dah besar sikit. Aku plak yang kena lecturer dengan abahnya.
 



Thursday, July 26, 2012

Terlepas Waktu Bersahur


Jam baru jer pukul 12.30 tengahari, tapi tekak ni terasa kering sangat-sangat. Sabar jerlah nak menunggu sampai waktu berbuka nanti. Aku memang tak biasa kalau tak makan sahur, badan mesti rasa mengigil kalau cuaca panas sangat. Petang kemarin kakak dah mula demam, lepas buka puasa pi klinik tapi tak sempat dah, klinik tutup awal bulan puasa ni. Beli ubat, cool fever dan check suhu kat farmasi, pukul 3.30 pagi plak kakak terjaga dan merengek, rasa badan dia panas sangat. Lap-lap badan kakak dan terus bagi makan ubat sampai jam 4.40 pagi. Rasa macam mengantuk sangat, ingatkan nak tido jap, bangun plak pukul 5.15 pagi untuk makan dan minum air sikit jer. Syok sangat tido, sedar-sedar dah pukul 6.00 pagi, itu pun bunyi alarm postpone. Aduhhh, terus pening kepala aku tengok jam masa tu, masa memang tekak pun dah rasa kering & dahaga sangat. 

Pukul 9.00 pagi tadi badan adik plak rasa panas, budak kecik ni plak demam rupanya. Dua-dua kena paksa makan ubat. Tengahari ni macam kurang sikit panas badan adik dan kakak. Menu buka puasa petang ni nak beli ke masak sendiri berbelah bagi juga, rasa macam tak larat nak masak. Biasanya beli makanan kat bazaar ramadhan pun sikit jer, tak larat la nak makan banyak-banyak macam waktu tak puasa.


Thursday, December 8, 2011

Favourate Kakak - Ayam KFC Changlun




kakak ni kan tak jemu2 makan ayam KFC..abah & ibu takde selera dah nak menelan fast food ni..cemuihhh dah bak kata orang Kedah ni..

sejak adik dah pandai duduk ni, lega sket kalo nak makan kat luar. adik dah pandai duduk baby chair senang la ibu & abah nak melahap makanan. adik punya tabiat tak mau duk dalam stroller, tu yang payahnya..


Wednesday, August 31, 2011

Dipagi 1 Syawal

kakak ni memang penat & letih giler.. dah pagi raya dia bantai tido lagi.. mana tak penatnya sampai jer kat Kuching dia terus main & beramah mesra dengan tuan rumah. kesudahannya pagi raya cam gini la jadinya.. botol susu umpama macam tonik untuk tido la.. dah bangun tido tu nak mandi & pakai baju pun susah.. memang hari-hari la ibu & abah hadap kerenah kakak yang tak tentu hala tu..

Sunday, August 28, 2011

Ini Budak Nakal Yang Banyak Akal - Kamila Qistina


Ini budak namanya Kamila yang banyak buat hal dan sentiasa menyebabkan suasana gamat & kelam kabut setiap mana. Pening kepala otak ibu & abah memikirkan anak dara sorang ni. Makin hari makin teruk manja dia, sekarang ni cakap setakat 3 kali jer, kalo tak mau dengar cakap jugak memang cubit jer lah sebagai pengajaran. 

Ni ibu nak cite sket, sifat ingin tau kakak yang terlampau tu membuatkan kakak pandai2 sendiri blander cili kering (ibu buat2 tak nampak jer, nak tau sejauh mana kakak pandai berdikiri). Sebelum tu ibu ajar kakak untuk blander cili kering coz semua benda ibu buat dia yang lebih2 nak buatnya. lepas tu kakak nak buat lagi, tanpa takut kakak on kan suis dan tekan on blander tu, dengan jayanya blander tu berputar. Moralnya, sentiasa berwaspada dan pantau apa yang anak kita lakukan. Kalau tak macam gini la jadinya kan..


Malam tadi lepas bukak puasa satu lagi hal yang kakak buat, curah sebotol bedak atas tilam & habis semua cadar dan selimut kena bedak la. Masa tu ibu terlelap mata sekejap coz nak tido kan adik Kashif. Dah la  lampu ibu tak 'on' sebab nak bagi Kashif tido cepat, last2 ibu yang tertido dulu. Apa tunggu lagi, kakak pun buat hal lah. Patut la adik tak mau tido & terbatuk-batuk, rupa-rupanya tersedut bedak yang jadi macam asap dalam bilik. Lepas ni tak tau la apa lagi yang kakak nak buat hal.

Friday, August 19, 2011

Anak Ibu Ke Anak Mama?

Ini budak memang nakal dan teramatlah nakal. Pening kepala ibu & abah nak handle budak sorang ni. Bermacam-macam kerenah dan ragam yang dia buat hal. Ibu sedaya upaya tak nak pukul & marah kakak, tapi sikap kakak sejak kebelakangan ni memang melampau, termasuklah suka membuli adik Kashif. Kesian kat adik setiap hari dengar jerit pekik kakak. Hobi kakak suka menjerit, nak minta sesuatu pun jerit-jerit & tak pernah nak cakap pelan. Tak tau macam mana lagi nak ajar kakak ni.

Monday, August 1, 2011

Cerita Bab Anak-Anak

Cemuih dah eh dengan cite KFCM ni..so, nak cite peel perangai anak2 aku pulak lah..huhuuuu...nak cite bab kakak dulu lah..kakak makin dah besor ni makin banyak elah & akai nya..memang pening kepala nak menguruskan budak sorang ni..

dia suka sangat2 mengusik adik dia..selamba badak jer dia sergah budak kecik tu..adik plak kena sergah mestilah terkejut..dia suka benor tengok adik dia bagi reaksi camtu..lepas tu dia buat lagi berkali-kali lah sampai adik dia nangis..dah adik nangis seronok gelak lah dia..

adik dia nak tido pun susah, suka sangat dia cium adik..adik plak mestilah rimas..yang aku risau sangat2 kalau dia geram boleh dia nak pulas2 tangan si Kashif tu..dia nak buat macam baby doll plak..cubit2 pipi adik dia selamba jer dia buat..adoiii camne lah aku nak tangani nya..

kakak gak makin bijak dan pandai dah sekarang ni..dia nak ambik benda yang duk tinggi atas almari, dia susun semua bantal tinggi2 untuk capai barang tersebut..bagus..pandai kakak berfikir..

tapi yang ibu tak tahannya kakak suka mengamuk time tido & time bangun tido..tak tahan ooo dengan kerenah dia yang ni..kaki dia duk sepak2 kat kita plak tu..dah ler bangkit tido lewat, camne nak pi school tu..berangan nak ke sekolah..Insyallah lepas raya ni ibu hantar kakak pi sekolah coz ibu & abah dah bz lepas raya nanti..nanti abah dah mula start kuliah & ibu plak bz gan biz ibu..

Monday, July 18, 2011

@ Playground With Kakak & Adik


petang tadi balik dari 'market' pi rumah kawan abah dulu. Pastu baru singgah kat taman permainan demi kakak la ni. Kesian nengok kakak dah lama tak visit playground.hehe..semenjak ibu bersalin lah rasanya tak main2 kat playground. Abah plan bulan september nanti nak hantar kakak ke Taska supaya dia dapat bergaul dengan kawan2 & takde lah nak merengek kat rumah. Bukannya niat ibu & abah nak bersenang lenang bila hanta kakak ke Taska tapi kakak yang nak sangat2 ke sekolah & nak berkawan. Kesian juga tengok kakak duk rumah takde kawan sepermainan macam kanak2 lain.

Satu je yang ibu & abah tak berkenan dengan perangai kakak bila main kat playground tak mau nak balik..semua budak2 lain dah balik, kakak tak mau balik lagi..kalo ajak balik jugak meraung sekuat hati, malu gan orang kat situ..dah la kakak badan jer besar tapi bercakap tak lancar lagi..budak lain muda dari kakak dah petah bercakap & mengerti. Mungkin kakak terlampau manja sangat kot..



ala ciannya tengok muka adik Kashif. duk dalam kete adik tido, dah turun kete mengeliat tak puas nena la kan..nasib tak mintak nenen kat playground tu..kakak punya pasal sabo jer lah adik..nanti adik plak dah beso sama naik gan kakak la..

Friday, July 15, 2011

Kakak Dapat School Beg


school beg ni lah yang kakak nak sangat2. Ibu & abah nak pi beli lom ada masa lagi. Balik kg ritu tok wan dia belikan tuk dia.. Apa yang dia nak semua wan dia belikan.. Kadang2 tu geram gak aku kalo ajar camtu coz kami tak ajar anak beli semua benda yg dia nak.. nanti jadi kebiasaan mintak beli benda2 yang tak berfaedah..


pic ni masa nak balik ke Kedah dah.. Sian dia balik rumah cari paksu dia bangun tido esoknya.. agaknya dia ingat kami nak jalan2 je bukannya balik rumah..dah balik rumah kakak xde kawan la & xde orang yg boleh ikut kerenah dia..balik kampung memang manja mengada-gada giler la..nak wat camne lagi, dia cucu 1st..

Penat gak time balik ke Kedah tu.. dah la bertolak dari Terengganu kul 3pm..sampai rumah kul 12.30pm. Penat giler2 beb..ni gara2 baju raya kakak la, makcik tu ukur bahu dia kecik sangat..kalo nak pakai raya nanti memang sendat la..terpaksa la aku beli kain ela yg corak sama sekali lagi..buat semula bajunya.. Kami buat siap2 baju raya time balik Ganu ritu & dah siap pun..senang sket x yah duk pikir dah..

Saturday, June 25, 2011

Ulang Tahun ke-3 Kelahiran Kakak (21 Jun 2011)

Ni la rupa kek untuk besday kakak pada 21 Jun 2011 baru ni, gambar kartun minnie mouse, disney. Sedap jugak rasa kek ni, perisa coklat. Jelly yang kilat2 kat atas tu pun sedap gak rasanya.

Ibu pun tak sangka abah nak beli kek wat surprise & tak tanya ibu dulu. Biasanya abah akan tanya ibu dulu nak beli kek ke tak. Abah dah berkenan gan kek tu terus beli jer lah.

Ibu ingatkan nak celebrate masa ibu lepas pantang nanti, celebrate kat Terengganu. Dah abah beli kek, malam tu terus makan kek la.

Pukul 11.30 malam kami pi Jitra untuk beli ayam KFC kegemaran kakak. Dah malam pun terpaksa redah jugak la pi Jitra coz kat sana jer ada KFC 24 jam. Demi anakda tercinta ibu & abah. Pergi & balik ambik masa 1 jam jugak la. Ibu & Kashif pun ikut gak teman kakak & abah tapi duk dalam kete jer lah kan.



Anak abah mesti mau bergambar dengan abah ma...

















Kakak paling excited kalo time tiup meniup lilin ni. Pipi kakak macam belon la.. Dah nak ambik gambar baru la dia mau pakai klip rambut tu, kalau tak jangan harap loooo....

Tuesday, June 14, 2011

Kerisauan Dihati Ibu

Kadang2 rasa sayu jer hati ibu bila pandang wajah kakak yang seakan2 dah mengerti sangat2 walaupun usianya baru nak masuk 3 thn. Dah la kakak bercakap pelat & banyak perkataan lagi dia tak tahu. Faktornya sebab kakak terlampau manja sangat2. Dah ada adik ingatkan bertambah ok tapi sebaliknya kakak pulak yang nak jadi baby. adehhhh..

Hati ibu mana yang tak sayu mengenangkan anak nampak sempurna dimata orang lain tapi hakikatnya ada sedikit kekurangan. Kakak ni memang sihat & sempurna semuanya, cuma satu jer kekurangan sebab kaki kakak pendek sebelah kanan hampir2 3 cm.

Segala ujian semua dah dibuat untuk mengesan sebarang penyakit berkaitan dengan tulang dan sebagainya. Hasil pemeriksaan memang xde tanda2 sebarang penyakit cuma hasil dari ct-scan memang jelas nampak tulang kaki kakak sebelah kanan lebih kecil dari sebelah kiri. Tulang kaki sebelah kanan pun nampak lebih pendek.

Doktor kata kes ni jarang berlaku & doktor cuma boleh buat pemantauan setiap 6 bulan sekali ada pemeriksaan. Cuma doktor nasihatkan kakak kena pakai kasut flat & tambah tapak kasut belah kanan supaya seimbang dengan belah kiri. Apa yang paling risau sekali takut effect tulang belakang.

Ibu tak kesah kalo itu yang ditakdirkan untuk kakak ibu masih lagi bersyukur sebab kakak sihat walafiat sekarang ni & tak penah sakit2. Tapi bagi ibu & abah selagi ada peluang ibu & abah usaha tuk sempurnakan kaki kakak. Lagipun dapat kesan kaki kakak camtu masa umur dah setahun lebih. Masa kecik2 tak perasan. Insyallah, ibu akan berdoa sentiasa supaya kaki kakak akan pulih macam kanak2 lain.

Friday, April 8, 2011

RaMbuT BaRu KaKaK

awal bulan april ritu pi potong rambut kakak.. abah dia kesian tengok rambut kusut masai cam singa jer kalo bangun tido.. rambut kakak dah lah halus mulus..


lama dah abah dia suruh potong rambut kakak tapi ibu kesian tengok dia rambut pandek.. tengok2 rambut pendek lagi cun gitu anak dara ibu ni..


mula2 sampai kat kedai tu ok jer dia.. dia x tau lagi apa tujuan ke kedai tu kot.. tapi kakak cam takut2 jer tengok ada customer lain tengah potong rambut.. tiba jer giliran dia, tak mau duk atas kerusi.. puas nak memujuknya..


last2 ibu yang kena dukung & duk tepi dia.. baru la ok sket.. bukannya apa, saja2 nk buat manja.. tukang gunting rambut tu kata bahagian bawah rambut kakak kering & mudah kusat musai.. nak sikat pun payah.. pah dah potong easy comb jadinya..


Sunday, February 6, 2011

ToDaY NaK StoRi PaSaL AnaK AkU Ni..


huhhhhh.. dah lama sungguh aku tak story kat sini.. hehe.. nak wat camne busy sangat2.. camni la gaya hidup aku tak penah duduk diam.. yang aku nak cite ni pasal peel anak dara aku yang sorang ni lah.. arini aku rasa cam tak sihat jer.. sakit sangat kepala aku ni.. serba tak kena rasanya.. saat ni pun masih sakit lagi kepala aku ni.. yang anak aku ni plak makin kita sakit makin dia nak buat perangai.. kekadang aku x faham perangai dia.. kadang2 meradang tak tentu hala.. bila di tanya makin bertambah la meradangnya.. la ni duk buat perangai main campak2 barang plak.. lepas isap susu baling botol susu dia.. macam2 lagi la benda yang dia baling n lempar..


petang tadi masa aku tengah baring n layan sakit kepala aku ni, boleh dia baling handphone aku ke dinding.. tak sangka dia buat camtu.. dah la hp aku dulu pun rosak dek kerana dia jugak.. pastu apa lagi kena cubit la gan abah dia.. dah tahap maksimum nak marah dah tu.. kesian la pulak aku tengok dia.. rasa nak nangis jer mikirkan peel dia sejak aku pegnan ni.. dia cam terlampau manja sangat2..


dah tengok dia wat perangai sangat rasa bersalah pun ada rasanya.. dia nak kuar main2 rasanya.. dia ni cepat boring.. kul 5 ptg tadi aku gagah kan diri jugak bawa dia main2 kat padang bola UUM.. dia memang suka main bola.. tengok jer padang bola mesti dia nak ajak main.. bola dia sentiasa ada dalam kete.. separuh jalan jer terus dia tertido x sempat main lagi tu.. kesian plak.. so, kena la pi masuk kedai dulu nak bagi dia tido puas2 dulu..





dalam kul 6.30 ptg camtu dia bangun.. kami pun terus ajak dia pi padang.. terus ceria n seronok main bola gan abah dia.. ni gambo lama dah.. petang tadi xde mood nak ambik gambo daaa..




Thursday, January 20, 2011

PooL KakaK



ishhhh..lama betol dah aku tak menaip keyboard ni.. rasa gatal2 jer tangan ni nak menekan huruf2 ABC ni.. haha.. cam biasalah aku bz sket dalam 1 2 minggu ni wat promosi biz kecil-kecilan aku tu.. so, xde menda yang nak cite aku upload la picture2 lama ni.. kira cite lama & basi dah ni..


9 dec 2010 kami pi bercuti kat penang, jalan2 kat chowrasta bazaar tu terjumpa kedai jual mainan kanak2.. mainan2 yang ada kat kedai tu harganya murah2 sangat.. x sangka plak jumpa pool ni.. memang dah lama kami cari pool jenis ni.. ada tengok pun kat giant la murah sket reganya..
pool ni beso gak & reganya pun berpatutan.. rm 40 jer.. aku lupa la bape kaki x bape kaki saiznya.. jenuh aku & kamila mengisi airnya.. dah besar sangatkan.. kami masuk 3 beranak dalam pool tu pun boleh..


sempat la isi separuh jer airnya tuk kakak mandi2 & main gan pelampung dia tu.. pelampung tu pun beli kat penang gak.. cian kakak main sorang2 jer ye.. dia bukan main seronok lagi dah dapat apa yang dia nak..

bangun tido lewat bengkak lagi mata kakak.. kul 12 tengahari baru nak bangun tido mana x bengkak mata tu.. kalo suruh dia mandi merengek jer.. tapi duk dalam pool air sejuk2 pun x kesah.. apa2 lah kakak oiii janji hepi udah ler..




rasanya masa ni kakak tengok kucing rumah sebelah.. tu yang mata menjuling ke lain tu.. kalo boleh gan kucing2 tu sekali dia nak bawa mandi sama..



pandai jugak kakak main2 dalam pool tu walaupun main sorang2 jer.. seronok ibu tengok.. ibu pun geram tengok pool tu rasa cam nak masuk sama main air..dia seronok jer tapi yg jadi mangsanya ibu la kena tunggu & tengok dia main.. bahaya nanti tinggal kakak main sorang2 boleh mati lemas tu dengan air banyak camtu tanpa pengawasan orang tua.. takut la jadi apa2 gan anak ibu ni..


Friday, January 14, 2011

ModeL EmzeTi IT


alaaa laaaa... nomei nya kakak.. duk berdiri sebelah streamer.. tu xde keje sangat la abah bagi kakak jadi model dulu tu.. jap lagi nak pi gantung streamer tu..

senyum cenggeh jer dia no.. duk dalam rumah sentiasa naik basikal dia.. rimas ibu nak menengoknya..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...