Saturday, August 20, 2011

Resepi Popia Simpul


Bahan-Bahan:

Kulit popia - potong / bahagi 8 potongan
Serunding ikan

Cara Membuatnya:

1. Potong kulit popia kepada 8 bahagian, masukkan sedikit inti serinding ikan, gulung memanjang dan simpul seperti ikat tali kasut.

2. Dah siap menyimpul semuanya, panaskan minyak dan goreng popia sampai kekuningan. Kacau selalu & api perlahan sahaja.


Bahan2 : (semua bahan ni boleh agak2 je nk byk mana)

10 ekor  ikan (direbus,dibuang tulangnya dan dikisar)-ikan ape pun boleh..ikan bilis pun boleh
5 ulas Bwg putih -dikisar
10biji Bwg merah – dikisar
2 biji Bwg besar -dikisar
2 btg serai Serai – dikisar
1 inci halia -dikisar
1 inci lengkuas -dikisar
5 sudu besar serbuk ketumbar
5 sudu besar serbuk jintan
3 sudu besar serbuk kunyit
5 sudu besar serbuk cili (guna cili kering pun boleh..kalau nk pedas tambah le lagi)
1 tin santan
Sdkt air asam jawa
Sdkt gula
Sdkt garam

Cara membuatnya :

-Masukkan semua bahan..masak hingga betul2 kering.Api jgn kuat sgt ye..kena selalu kacau sbb takut hangit. Pastikan betul2 kering baru serunding tahan lama.

2 comments:

Norzie hany said...

Tiap2 tahun mmg sis tak pernah tinggal buat popia simpul ni.Tapi guna serunding udang.Tahun ni nak cuba ikan bilis pulak.

nazayiena said...

Dulu pernah kak Nurul buat popia tp bukan simpul gulung biasa je,tp x ranggup kenapa ya?

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...