Monday, December 3, 2012

Resepi Ikan Bakar Berempah


Ikan bakar berempah sebelum dibakar

Resepi Ikan Bakar Berempah

Resipi : Ana Suzana
sumber : K.Nor@SecubitGaram / DayangJack
 
Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap/kerapu/bawal (dibersihkan) - aku guna ikan talapia pun sedap jugak.
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)~ takde daun kunyit, aku bubuh bunga kantan macam Ana buat.. hihi..
2 helai daun limau purut (diracik halus)

Bahan-bahan dikisar bersama:


3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)~ 

1 sudu besar rempah kari ikan 
3 sudu makan air asam jawa ~ resepi plak diganti dgn 2 ketul kiub tomyam knorr
1 sudu besar kicap pekat ~ Aku tak masukkan
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas 

gula dan garam secukupnya
sedikit air



 

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
  2. Sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. (Aku guna pemanggang ajaib jer dan taburkan bunga kantan & daun limau purut).
  3. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit. Aku tak perap & terus bakar dalam pemanggang ajaib.
  4. Kemudian bakar ikan sehingga masak.


14 comments:

❤Kamsiah❤ said...

nampak begitu mengoda...tak da lauk lain pun takpa...
tp kalau meratah mcm tu ja pun sedap,kan...

azieazah said...

Yes! Saya ada talapia belum masak. Nanti nak try bakar jugak!

shaiful zaidi said...

memang ajaib pemanggang tu...he3x

Mummy Akmar said...

Nampak sedap..Thanks share Sis

Anum said...

nyum2

eLL said...

oh. saya biasa letak cili blender dan bawang merah, perap ngn kunyit dan garam sikit dan bakar dalam foil. yg simple aje. tapi makan dengan nasi panas pun sedap.

syiela said...

tetiba lapat huhuhu

Knor said...

wah mavleessnya.betul ke ejaan ni..

rajin sungguh KS..
bila nak jamu k.nor ni..

Kakzakie said...

Mesti aromanya menyentap tak sabar nak makan. Sedap kakak pasti sangat.

TK said...

Ini yg tganu style punya ikan bakar ke?..rasa nak p carik skrg juga..tapi mmg 2 3 hri ni kita terasa nak mkn ikan bakar tganu style..

mama aini said...

ehem sejak ada pemanggang ajaib ni mesti salina rajin masak ek..mama aritu menunjuk je..hu2x..

Shasha Yacob said...

kalau saya dah pandai masak nanti, makanan nih lah saya buat, haha. nampak sodap je

Ann Ishak said...

best resepi ni tapi saya kena cari dulu pemanggang ajaib tu

Harith Iskandar said...

esok pos kat opis sy boleh?ehe :)

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...