Friday, December 28, 2012

Kalsium Tinggi Dalam Krimer Manis Susu F&N


Kalsium Tinggi Dalam Krimer Manis Susu F&N
 
Nampak gayanya lepas ni kena tukar la susu krimer manis dan bukannya beli susu pekat manis. Tentang kesihatan ni kena jaga betol-betol dan risau takut terkena kencing manis walaupun bukan keturunan yang ada sejarah kencing manis dan penyakit tiga serangkai ni.

TEH tarik boleh dikatakan minuman kegemaran rakyat Malaysia. Ia merupakan komposisi teh dan susu yang diadun sempurna secara menuangnya dari bekas bancuhan ke dalam cawan dari jarak tinggi berulang kali sehingga menghasilkan buih.

Namun, rasanya yang manis lantaran sering menggunakan susu lemak penuh krim menyebabkan ia sering dikaitkan dengan penyakit kencing manis.

Pengeluar susu F&N Dairies (M) Sdn. Bhd. telah melancarkan satu lagi rangkaian produk terbaharunya iaitu krimer manis kalsium tinggi F&N baru-baru.

Krimer manis kalsium tinggi F&N itu merupakan produk baharu pertama yang dikeluarkan di kilang F&N Dairies baharu di Pulau Indah, Klang. Menyedari keperluan kandungan nutrisi dalam pengambilan makanan, produk terbaharu itu mengandungi tiga kali kalsum berbanding susu lemak manis yang lain.

Diperkaya dengan vitamin D3 bagi membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dalam badan.

"Semua tin diisi dengan kuantiti cecair nitrogen yang berpatutan untuk memastikan kesegaran produk kekal dalam tempoh yang lama," katanya ketika majlis pelancaran krimer manis kalsium tinggi F&N.

Sama seperti rangkaian susu yang lain, Krimer manis kalsium tinggi F&N juga sesuai untuk minuman teh, kopi, coklat dan malt.
Kosmo



11 comments:

LYAfrina said...

lyammg biasa gna krimer mnis

NzA said...

boleh cuba juga nie...thanks 4 info yg brguna....

Anum said...

Salam Jumaat
dan selamat pagi
semoga hari-hari yang dilalui akan ceria

azi said...

akak memang gunakan krimer.. rumah akak ni, sehari satu tin mesti habis .cuti sekolahkan...anak-anak akak suka milo ais..letak milo dengan susu banyak2 .. memang kawww punya..

Fiza Rahman said...

Thanks for the info. Tapi cap F&N ni mahal lah. Saya beli susu yg murah jer ☺☺

dhiera said...

kite pun sekarang guna susu high calcium ni.

azieazah said...

Thanks berkongsi info. Malangnya, susu tin jarang naik ke rumah saya.

nea lopah said...

salam kenal... Thanks 4 sharing..lepas ni saya pun kena
tukar lah jugak dari pekat manis pada krimer ni.
jemput ziarah blog saya :
http://nabihahsejutarasa.blogspot.com/

ummiross said...

Ummi suka teh tarik!, kalau ada susu yang bagus lagi baik kan..

MaMa Rey said...

jarang beli.bila nak guna baru beli.
tq info ini

mama aini said...

Thanks atas info ni..mama pun suka susu FN ni..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...