Tuesday, December 11, 2012

Jalan-Jalan Cari Makan Di Restoren Anjung Keli, Kangar


Aku rasa kalau orang Kedah/Perlis ni ramai yang dah tahu akan kewujudan Restoren Anjung Keli ni, terletak di Jalan Padang Behor, 01000 Kangar, Perlis. Masakan utamanya sudah tentu la berasaskan ikan. Aku & hubby serta anak-anakku memang gemar sangat-sangat makan ikan keli bakar.


Anak aku si kakak tu suka ratah camtu jer ikan keli bakar ni..sekor tu habis sekali dihadapnya..

Ikan keli bakar  dia rasa lemak-lemak manis jer..memang terbaik dan segar dari ladang. Biasanya kami akan ke sini sebelum lunch hour sebab makanan dia cepat habis..


 Selain ikan keli bermacam-macam lauk pauk lagi yang ada..lauk-lauknya semua sedap dan menyelerakan


 Selain daripada Ikan keli bakar, aku suka juga ikan keli salai dan keli masak kari..

  Ni pulak Keli pedas dan Keli goreng.. Gambar yang aku ambik ni banyak fokus kepada masakan yang berasaskan ikan keli jer tapi menu lain memang banyak sangat kalau nak disebutkan.

 Pelbagai jenis ulaman yang ada ikut citarasa anda dan termasuklah aneka rasa sambal belacan yang ada, memang kecur liur aku tengok. Budu pun ada juga disediakan untuk pengemar budu.

 Buah-buahan pun ada juga sebagai hidangan pencuci mulut..

Jam 12 tengahari pun dah ramai orang bagai nak rak, ini kan plak lunch hour, memang sesak dan padat.



14 comments:

Anum said...

nyum2

Knor said...

kak nor suka sgt lauk kampung macam ni...adui sedapnya..bakar pulak guna arang..suka mkn lauk ni rmai2 lg bestkan..

Mizz ErMa said...

sy xpenah makan ikan keli, so xtau macam mana rasa dia..hehe

hananhadila said...

tengok gambar pun tahu daa sedap . hehe

syiela said...

lauk pauk nampak sangat sedap kak.. terliur

Anim2 said...

tak pernah sampai la KS..tepi jalan besar ke?

p/s kak anak beranak memang peminat keli

Daddy Ziyyad said...

Besar juga ruang makan restoren ni...

Kedai yg ada jual menu ikan bakar waktu lunch, selalunya mmg akan padat..org suka.

mama aini said...

ehem banyaknya makanan kat restoren tu..thanks atas info ni..

Kesuma Angsana said...

sedap tu, singgah baca dlm cuti2 mesia ni

shasha yacob said...

nampak sodap nih. hihi

ummiross said...

Terima kasih berkongsi info, kalau ke Perlis bolehlah ummi cari restoran ni.

JunAina said...

Walaupun Aina orang Perlis selalu balik bila time cuti tak pernah pulak tergerak nak gi sana. Mungkin bila balik sibuk nak makan masakan mak kots. Simpan hajat nak ajak my buddyz kat Perlis gi makan2 kat sini.

Mohd Shafwan said...

lapaq aih rasa

TiranaAduka said...

jauh sis ta nak dtg sana.

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...