Sunday, December 23, 2012

Petua Dan Doa Untuk Perbanyakkan Susu Ibu


Petua Dan Doa Untuk Perbanyakkan Susu Ibu 

 Alhamdulillah, dua-dua anak aku minum susu ibu, si adik / Kashif dah umur 1 tahun 17 bulan masih menyusu susu badan lagi. Kakaknya dulu menyusu susu badan sampai umur 2 tahun 2 bulan. Si kakak dulu rezekinya murah sikit, air susu banyak sangat. Si adik plak cuma kurang sedikit susu badan terhasil tapi itu pun masih cukup untuk adik. 

Para ibu di luar sana berusahalah untuk menyusu anak-anak dengan susu ibu. Anak-anak pun sihat dan kurang diserang penyakit.

Jom amalkan Surah Al Baqarah ayat 60 untuk perbanyakkan susu ibu

Surah Al Baqarah ayat 60



Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing)[55]. Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan.

Cara-cara mengamalnya:
  • Berdoa: “Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk anakku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menurut segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN”
  • Baca Salawat Nabi dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
  • Baca Surah Al Baqarah ayat 60 dan letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak aku supaya aku mampu keluarkan susu yang cukup pada anak aku sehingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun. InsyaAllah






10 comments:

khairul hassan said...

ooo baru tau

Harith Iskandar said...

oooo

suhaina laui. said...

tq kak...info yg sgt berguna ;)

Nor Salmi said...

Bagi yg kurang susu tu bolehlah amalkan ayat ni. Sebagai ibu tentu kita ingin menyepurnakan kewajipan kita kpd anak2.

ummiross said...

Cantik doa-doa dari Al Quran ni, ummi pun klu baca Quran, baca dengan maknanya sekali.

azi said...

Kasih salina...
akak ketiga-tiga anak menyusu badan..alhamdulillah..banyak air susunya...:)

TQ info kat atas tu...:)

TiranaAduka said...

ada juga sis dalam blog tirana aduka. Cer klik petua.

hainom OKje said...

Em...anak anak okje pun murah rezeki dpt menyusu lama!

Fiza Rahman said...

Thanks for the doa. Saya pon selalu amalkan doa dan zikir 'al- matin' setiap kali mengepam. Alhamdulillah susu maintain & banyak ☺☺

mama aini said...

thanks atas perkongsian..info ni bagus utk bakal `ibu` yg tu..he2x..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...