Monday, December 24, 2012

Kepentingan Kalsium Untuk Kesihatan Tulang


Kalsium menyokong stuktur tulang dan gigi. Ia juga penting dalam pengawalaturan pengecutan otot, pembekuan darah dan fungsi saraf. Selain daripada susu dan hasil tenusu, makanan yang tinggi dalam Kalsium termasuklah ikan dengan tulang lembut seperti sardin dalam tin dan ikan bilis, kacang dan kekacang seperti dal kuning, brokoli, kangkung dan kai-lan serta produk yang diperkuat dengan Kalsium seperti dadih dan bijirin sarapan.

Kepentingan Kalsium dan Vitamin D untuk Kesihatan Tulang

Vitamin D meningkatkan penyerapan Kalsium dan Fosforus serta membantu mengawalatur penyimpanan Kalsium dan Fosforus di dalam tulang. Ini membantu mengekalkan penyimpanan mineral di dalam tulang. Kekurangan Vitamin D mengurangkan penyerapan Kalsium dan penyimpanan mineral di dalam tulang, lantas menyebabkan tulang yang lembut dan tidak sempurna. Manifestasi ini dikenali sebagai rikets dalam kanak-kanak dan osteomalasia dalam orang dewasa. Vitamin D boleh dihasilkan di dalam badan melalui tindakan cahaya matahari ke atas kulit. Selain itu, Vitamin D juga boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, kuning telur dan produk tenusu yang diperkuat dengan Vitamin D.
 
 
Sumber: Nestle
Foto: Google Image

 
 

11 comments:

redza said...

penting sesangat jaga tulang..kalau da rapuh apa pon tak boleh

Norzie hany said...

Terima kasih atas perkongsian.

ummiross said...

Ummi suka cheese dan hampir semua produk dari tenusu,tapi kalau susu tengok jenis juga, sesetengah ummi tak boleh minum, sakit perut.

kak nora said...

bunda ambil susu anlene

shaiful zaidi said...

Salam..thanks for sharing.

hainom OKje said...

Bagus info ni Kasih... Ada guna jugak hati ayam tukan...

mummY daniSha said...

thanks 4 sharing =)

yan's cottage said...

tq...untuk info nie....bagi yang meningkat umur macam kita nie lagi banyak memerlukan nya kan...?

azieazah said...

Kalsium paling penting terutama time mengandung.

mama aini said...

thanks atas info2 begini..

karyawarni said...

Kalsium memang penting untuk kesihatan tulang. Untuk kesihatan sendi optimum Shaklee Joint Health Complex

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...