Tuesday, December 4, 2012

Resepi Mee Kari



Resepi Mee Kari
resepi: tiffinbiru

Bahan-bahan Kuah Mee Kari:
 
700 garam ayam, potong kecil, cuci dan toskan ~ Aku lebih suka guna ayam goreg biasa jer.
3 keping fishcake ~ aku guna fish ball

400 ml santan pekat
2 camca besar pes cili kering
3 1/2 camca besar rempah kari daging
1 keping asam gelugor ~ aku guna air asam jawa
Air secukupnya
1 kiub ayam (optional)
2 biji tomato, belah 4 setiap satu
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus:

 
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyi hidup

Bahan Tumis:
 

1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 pelepah daun kari, dilurut

Bahan lain:
 

Mi kuning secukupnya, cuci dan celur sekejap
Sawi dicelur & toskan
Telur rebus - dibelah dua
Taugeh, dicelur sekejap dan toskan
Hirisan daun sup/daun bawang
Tauhu, digoreng dan hiris - aku tak suka bubuh tauhu
Hirisan cili merah
Isi kerang rebus secukupnya ~ masa ni takde kerang
Belahan limau kasturi ~ aku tak suka perah limau
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah pes cili kering dan tumis hingga garing. Masukkan bahan kisar dan rempah kari, kacau rata dan tumis hingga garing dan terbit minyak, guna api perlahan.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata, biar hingga kecut. Tuang santan cair dan air secukupnya. Biar mendidih, masukkan hirisan fishcake / fish ball, kiub ayam, tomato dan asam gelugor/ asam jawa. Biar hingga ayam masak, tuang pati santan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Letak mi secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah kari bersama isi2nya dan letak bahan2 lain atasnya. Jika suka perah limau kasturi sebelum dimakan.



 

7 comments:

Norzie hany said...

Mee kari antara makanan fav sis....sedapnya salina.

azieazah said...

Saya suka, tapi rakyat dlm rumah kureng skit, tu yang jarang buat. Tapi kalu buat, suka boh kerang banyak-banyak!

Pasni nak kene try lagi lah.

TiranaAduka said...

salam sis salina
Lengkap dan padat..sesuai dgn jiwa sis. Cheff salina. Keep it up sis..

mama aini said...

thanks atas perkongsian resepi ni..

Harith Iskandar said...

huhu tingat dulu2 mase beraye kat Arau mee jer la yg sy kejar dulu.wit raye tolak tepi sbb bile dpt mee tu kire rase dh mewah la..ehe tp now bkn time raye...now time makannnnn...nyum nyum :p

Knor said...

sedapnya...

TiranaAduka said...

melihat kembali post resepi dari chef salina.

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...