Saturday, December 22, 2012

Ayu Raudhah dan Zaquan Adha Bakal Dapat Anak Lelaki


Ayu Raudhah dan Zaquan Adha Bakal Dapat Anak Lelaki

Tahniah buat mereka berdua, jika tahun lalu, Ayu Raudhah dan suami Zaquan Adha dirundung kedukaan kerana insiden keguguran. Namun pada April depan, segala kedukaan itu akan berbalas dengan kelahiran anak sulung mereka.

Ayu yang kini hamil enam bulan turut mendedahkan, hasratnya untuk menimang anak lelaki akan terlaksana dan dia amat teruja dan berdebar menanti kelahiran putera mereka.

“Alhamdulillah, saya dah pergi ‘scan’ kandungan dan doktor sahkan lelaki. Saya memang seronok bila dapat tahu jantina bayi kerana memang saya mahukan anak lelaki. Tapi, suami lebih teringin anak perempuan. Bagi saya, tidak kisah perempuan atau lelaki, yang penting adalah didikan yang sempurna.

“Kalau suami mahukan anak perempuan juga, mungkin untuk anak kedua atau ketigalah pula. Insya-Allah, dengan izinnya,” kata Ayu sambil ketawa kecil.

Berehat demi kandungan

Mengambil pengajaran daripada insiden keguguran lalu, Ayu membuat keputusan berehat sementara untuk menumpukan perhatian pada kandungan. Enggan melalui episod duka itu lagi, Ayu berharap agar kandungannya berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah, setakat ini, kandungan dan kesihatan saya tiada masalah. Cuma, sejak mencecah usia enam bulan ini, berat badan semakin naik. Tapi, tak ada mendadak sangat. Cuma, saya semakin mengah dan cepat penat. Jalan sikit saja, dah termengah-mengah. Sebab itulah, di awal kandungan, saya tidak mengambil sebarang tawaran lakonan.

“Saya ingin memastikan, tiada kemudaratan pada kandungan dan saya sendiri kerana saya pernah keguguran akibat terlalu banyak bekerja. Bila dah bersalin nanti, saya akan kembali aktif dalam lakonan,” katanya adik kepada aktres jelita, Rozita Che Wan ini.

Sumber: Sinar

5 comments:

Norzie hany said...

Tahniah buat mereka berdua.

Hudalatip said...

Mesti comel anak dia ni nanti, harap kandungan dia selamat..

NzA said...

moga dipermudahkan...

ummiross said...

Semoga selamat melahirkan..moga ibu dan baby terus sihat.

mama aini said...

tahniah buat mereka..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...