Friday, December 21, 2012

Hanya Doa Untuk Melegakan Sakit Di Hati


Hanya Doa Untuk Melegakan Sakit Di Hati

Mendoakan kemudaratan, balasan buruk & kemusnahan terhadap sesuatu organisasi malah individu yang dirasakan menzalimi adalah HARUS namun lebih baik dengan tambahan adab doa seperti mengikat balasan dan bala itu dengan "JIKA MEREKA BENAR-BENAR ZALIM". Ini adalah penting kerana penilaian manusia adalah lemah dan mudah tersasar, yang adil mungkin dikatakan zalim & sebaliknya, maka sebaiknya diSERAHKAN kepada Allah yang Maha.
Mengetahui melalui "JIKA" tadi. Itu merupakan tanda rendah diri kita dan sedarnya kita, penilaian kemanusian kita mungkin tersasar dek kerana emosi. Selain itu, mendoakan keinsafan dan hidayah itu pastinya lebih baik berbanding musibah walaupun benar-benar zalim, namun ini sememangnya sukar.


Rasa hatiku: Memang sakit di hati memandangkan mereka langsung tidak rasa bersalah, lagak macam tiada apa-apa yang berlaku. Biarlah aku berdiam diri dan menyisihkan diri dari mereka yang rasa diri mereka lebih baik dan terbaik memandangkan diri mereka langsung tidak pernah berubah. Keinsafan hanya dibibir mulut saja tidak guna jika tidak dilakukan dengan perbuatan. wallahualam..


5 comments:

Norhaizan hakim said...

Berdiam diri mungkin satu keputusan yg baik ketika berada di dalam situasi yg kita tidak gemari.

Ena's Palace said...

Ye...sebaiknya berdiam diri dan bersabar....berserah saje kpd yg berjuasa utk mmbalasnya...

Knor said...

kak pun tak larat juga dgn kerenah org2 mcm ni..

Harith Iskandar said...

nape kak?

mama aini said...

sabar ek dear..itulah asam garam kehidupan..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...