Sunday, December 30, 2012

4 Tip dan Petua Kecilkan Pori wajah


4 Tip dan Petua Kecilkan Pori wajah

1. Cari penyebab utama pori-pori wajah semakin membesar. Genetik memainkan peranan yang cukup besar dalam menentukan ukuran pori-pori. Minyak pada kulit secara natural juga penyebab kepada ukuran pori-pori. Tubuh menghasilkan sebum (minyak kulit) secara semula jadi untuk mencegah kulit daripada kekeringan.

Memiliki kulit yang sangat berminyak, kotoran akan mudah menempel dan mengendap dalam pori-pori sehingga membuatkan pori-pori semakin membengkak dan meregang. Setelah tahu puncanya, lebih mudah untuk kita mencari penawarnya.

2. Gunakan topical retinoid solution untuk merawat kulit wajah. Ia akan membantu melarutkan bakteria pada kulit dan meminimumkan kerosakan akibat jerawat dan matahari.

3. Jaga pori-pori agar sentiasa bersih. Gunakan pembersih kulit wajah setiap hari dan setiap kali setelah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Gunakan juga produk pengelupasan seminggu sekali untuk menghilangkan lapisan kulit mati. Produk pengelupasan harus digunakan sesekali sahaja kerana ia boleh menyebabkan kulit kering sehingga mengeluarkan lebih banyak minyak.

4. Gunakan pelembap wajah yang tidak menyumbatkan pori-pori. Hindari pelembap yang mengandungi minyak dan mulailah menggunakan pelembap non-comedogenic. 
Foto: Google Image

5 comments:

shaiful zaidi said...

wajah mmg kena jaga dgn betul..tq.

Anim2 said...

Waktu remaja dulu, muka kak memanb berjerawat. Tapi bila dan bersuami, hilang pulak. Agaknya itu pun petua hilangkan jerawat

khairul hassan said...

muka sy dh berkedut..dh terlambat dh hehe

Ena's Palace said...

tq for sharing...
org pompuan mmg kena slalu jaga kulit muka supaya sentiasa nmpk bersih dan cantik..tak gitu!

mama aini said...

thanks atas info ni..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...