Friday, December 21, 2012

Resepi Soto Ayam


Aku dan anak-anak suka makan soto ayam ni tapi nak membuatnya jarang-jarang sekali sebab hubby tak berapa nak suka sangat. Dia tak suka makan nasi impit tu dengan sup, tak kena gaya katanya. Mood memasak tengah rajin, boleh jer buatkan.

Resepi Soto Ayam

Sumber Resepi: Mat Gebu


BAHAN KUAH SOTO:
1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan (aku tak timbang pun berapa gram rangka ayam)
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
1 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
4 biji buah keras* (aku tak bubuh)
1/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar lada hitam biji* (aku tumbuk dgn lesung)
(*dikisar halus)

BAHAN TUMIS :
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, didadu
Begedel
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus 
(- ayam ni aku rebus dengan halia, bawang putih, serai dan sedikit garam)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA:
  1. UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah garam, secukup rasa..
  2. UNTUK SOTO AYAM :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Biasanya orang makan soto dengan sambal kicap kan, aku main bedal camtu jer..



Resepi Begedil  

Sumber resepi: blogresepi
 
Bahan-bahan:

300g daging cincang
2 biji kentang – potong dadu n dgoreng. then lenyek2kan.
1/2 biji bawang besar
* 
1 inci halia * 
1 sudu kecil ketumbar* 
1 sudu kecil jintan manis* 
1 sudu jintan putih * 
sedikit lada sulah
garam
daun bawang/daun sup
bawang goreng

1 biji telur 
 

Cara membuatnya:
  1. Kisarkan bahan yang bertanda *.
  2. Gaul bersama daging, masukkan semua bahan-bahan kecuali telur. Bulat-bulatkan dan tekan nipiskan skit.
  3. Panaskan minyak dalam non stick pan dan jangan guna minyak bayank sangat. Agak-agak 3/4 tenggelam begedil.
  4. Celupkan begedil ke dalam telur, goreng hingga masak.
  5. Jangan balikkan selagi bahagiann bawah tak garing lagi, takut begedil akan hancur. Api kecik je, takut luar dah garing tapi dalam tak masak lagi.



12 comments:

Marya Yusof said...

As salam wbt kasih Salina,

Lama kurenung soto tu! hikhik... sedapnyeeeeeeeeee.... terliur dah ni! huhuhuu

ANIM said...

Kak &, suami org johor tapi dok kedah. Pernah satu ketika buat soto utk open house, kwn2 kedah dok pandang. Pelik nasi impit yg selalu mkn dgn kuah kacang, mkn ngan sup pulak. Kalau bihun, takpe. Sejak hr tu, menu soto xpernah keluar

yan's cottage said...

aduh sedapnya.....mailah..... nak semangkut lapaq nie....

azi said...

kasih salina..
kami sekeluarga memang sukakan soto ayam tapi akak gantikan nasi impit tu dengan bihun...:)

pagi-pagi tengok soto tu buat akak lapar...baru aja fikir nak diet...he..he..

Anum said...

nyum2
moning :)

shaiful zaidi said...

sedapnya...nak rasa skit....

ummiross said...

Singgah makan soto jap!

Jamal k ahmad said...

assalamualaikum ks.

panjangnya resepi..

kak pernah berniaga soto ni..laku sgt..sampai org singapura sanggup ulang alik semata2 nak mkn soto yg akak jual..dah lama dah tu..

Daddy Ziyyad said...

sedap gila soto ni...kalau mak saya buat, ada yg version taruk santan

Kesuma Angsana said...

mmg sedap tq share ye

Knor said...

assalamualikum KS yg namanya jamal k ahmad tu suami kak..blog dia tak logout..komen kak tu..sorry ye tercicir..heheh

mama aini said...

ehem..mama suka makan soto.. ;)

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...