Sunday, December 2, 2012

Resepi Sate Daging



Resepi Sate Daging
Resepi: Potret Kasih
 
Bahan-bahan:
  • 1 kg isi ayam/daging batang pinang} dihiris kepingan
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar minyak masak
  • lidi sate
  • minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)
Bahan dikisar:
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 biji buah keras
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk
  • 4 cm halia
  • 2 batang serai
  • 4 cm lengkuas
  • 1 sudu besar ketumbar } disangai
  • 1 sudu kecil jintan manis } disangai
  • 1 sudu kecil jintan putih } disangai

Cara-Cara: 

  1. Campurkan gula, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.
  2. Perap daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam.
  3. Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak.
  4. Macam biasalah sate pasti sedap & lazat disajikan sersama kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun.

Tips: Lidi terlebih dahulu direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan untuk mengelakkan lidi hangus bila sate dibakar.




6 comments:

Norzie hany said...

Rajinnya Salina buat sate.

syiela said...

terus lapar kak sampai dah dekat nk lunch ni

shaiful zaidi said...

lapar la ujan-ujan ni....

azieazah said...

Rajinnya buat sate daging. Kalu saya, kompom la makan kat kedai. hehehe

mama aini said...

rajinnya salina..nak sikit sate !!!..

Shasha Yacob said...

banyak cerita pasal makanan erk, thumb up

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...